Bantuan Dana Siswa HEPA UMT Untuk Pelajar B40

Bantuan Dana Siswa HEPA UMT Untuk Pelajar B40 ~ Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Hal Ehwal Pelajar (PHEP) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) kini membuka peluang bagi pelajar dari keluarga B40 untuk memohon Dana Siswa HEPA UMT.

Bantuan ini disasarkan bagi meneruskan proses pembelajaran para siswazah dengan lebih lancar demi mencapai kejayaan akademik yang lebih cemerlang.

Baca Juga : BUDI : Bantuan Pendaftaran IPT Secara One-Off Untuk Pelajar Sabah

Tarikh Permohonan

Pelajar yang berkelayakan boleh membuat permohonan mulai 8 Jun 2022 sehingga 15 Jun 2022.

Dana Siswa HEPA UMT

Syarat-Syarat Permohonan Bantuan Dana Siswa HEPA UMT

Pelajar yang berminat untuk memohon perlulah menepati syarat-syarat permohonan yang telah digariskan seperti berikut :

  • Terbuka kepada semua pelajar Pra-Siswazah UMT.
  • Pelajar Islam atau non Muslim berstatus aktif.
  • Pelajar berasal daripada keluarga berpendapatan B40.
  • Pelajar yang menghadapi masalah kewangan yang Kritikal.

Cara Memohon

Pelajar boleh kemukakan permohonan secara atas talian menerusi langkah-langkah berikut :

  • Log masuk di Portal MyNemo iaitu https://mynemo.umt.edu.my/.
  • Klik bahagian ‘HEPA.’
  • Pilih bahagian ‘My Ihsan.’
  • Klik bahagian ‘Permohonan Baru’ dan isi atau kemaskini profil pemohon.
  • Pilih bahagian ‘Dana Asnaf’ dan isi maklumat yang berkaitan.
  • Hantar permohonan untuk pengesahan lanjut.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai bantuan dari HEPA UMT ini, sila hubungi :

Seksyen Tajaan dan Kebajikan Pelajar,

Pejabat Hal Ehwal Pelajar, Universiti Malaysia Terengganu.

No Telefon: 09-668 4323.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!