4U2C : Biodata Ahli, Lagu Famous & Tarikh Konsert 2025

4u2c
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Bagi peminat genre rap Melayu, pastinya anda teruja dengan kemunculan semula kumpulan 4U2C yang akan berlaku pada September 2025 ini. 

Kumpulan rap ini, merupakan antara kumpulan muzik yang menjadi pelopor utama genre rap di Malaysia pada hujung tahun 90-an.

Berikut kami kongsikan dengan anda, serba sedikit maklumat berkenaan kumpulan rap ini. Baca artikel ini untuk ketahui lebih lagi tentang mereka. 

Biodata Ahli Kumpulan 4U2C

4U2C merupakan sebuah kumpulan pop rap Malaysia yang mencipta fenomena dalam industri muzik tempatan pada era 1990-an.  Ditubuhkan pada tahun 1992, kumpulan ini terdiri daripada tujuh ahli asal yang terkenal dengan gaya muzik rap dan tarian yang bertenaga, menjadikan mereka pelopor genre rap di Malaysia. 

Populariti mereka melonjak dengan lagu-lagu seperti “Fiona” dan gaya unik mereka yang menggantung cakera padat (CD) sebagai rantai di dada, menjadikan mereka ikon budaya remaja pada masa itu.

Maklumat peribadi mengenai kumpulan 4U2C seperti tarikh lahir, pasangan, dan sebagainya agak terhad. Namun pada asalnya kumpulan ini dianggotai oleh tujuh individu berbakat, iaitu:

  • Dato Mizal Zaini (AC Mizal)
  • Nor Azam bin Mohamed (Azam)
  • Mohamad Johari Mohamad Noor (Joe)
  • Mohd Fazril Harun (Adik)
  • Razlan Ramdan (Lan)
  • Mohd Suffian Muda (Yanz)
  • Raja Azrin Shah Raja Zaini Ismail (Rin)

Selepas beberapa tahun, beberapa ahli keluar, dan kumpulan ini menyaksikan kemasukan ahli baharu seperti Adiex, Aren, Charlie dan One II (Nirwan Irwan), yang telah meninggal dunia pada tahun 2019.

4u2c
4u2c-kini

Sejarah Penubuhan & Trademark CD

Untuk pengetahuan anda kumpulan rap 4U2C ini diasaskan oleh tiga orang ahli kumpulan ini sendiri iaitu, Dato Mizal Zaini (AC Mizal) bersama Azam dan Joe. Minat mereka dengan muzik rap menemukan mereka dengan penerbit Man Senoi dan isterinya, Ramziah Mohamed Noor.

Pertemuan tersebut menjadi titik permulaan bagi kumpulan rap ini, di mana mereka telah mengundang empat ahli baru iaitu Adik, Lan, Yanz, dan Rin untuk melengkapkan formasi kumpulan. Kejayaan kumpulan ini terus meningkat naik dengan keluarnya album pertama mereka pada Ogos 1992, yang telah terjual sebanyak 70, 000 unit.

Kemasyuran mereka dan elemen ikonik yang menjadi trademark kumpulan ini iaitu perbuatan menggantungkan CD besar di dada sebagai rantai telah menjadi simbol budaya pop pada era 1990-an. Fenomena ini telah menyumbang kepada imej unik mereka dan kekal dikenang sehingga kini.

Pada penghujung tahun 1995, kumpulan ini menghadapi pergolakan dalaman apabila ibu bapa beberapa ahli mendakwa pihak pengurusan tidak membayar gaji yang setimpal, menyebabkan perpecahan kumpulan rap ini pada tahun  1996.

Namun, buat peminat kumpulan rap ini, anda tidak perlu risau kerana baru-baru ini, Dato AC Mizal dan ahli yang lain telah mengumumkan kemunculan semula kumpulan ini dengan konsert WE 4U2C Live in Concert pada 15 September 2025 yang menjanjikan nostalgia dan tiga single baharu.

kumpulan rap malaysia

Baca juga: KRU : Biodata, Sejarah & Konsert GenKRU 2025

Senarai Album

Untuk pengetahuan anda kumpulan rap 4U2C ini telah  menghasilkan beberapa album sepanjang kerjaya mereka, antaranya ialah:

  1. 4U2C (1992): Album sulung yang melambungkan nama mereka, menampilkan lagu “Fiona”, “Darling I Love U”, “Kami Rappers”, dan “Video Game”. Album ini terjual 70,000 unit menjelang 1993.
  2. Love 2CU (1993): Album mini yang mengandungi tiga lagu lama yang diadun semula dan tiga lagu baru, termasuk “1 Syawal” bersempena Aidilfitri.
  3. 2BD#1 (1994): Album kedua yang menampilkan lagu seperti “2BD#1” dan “Simfoni”, mengukuhkan kedudukan mereka dalam genre pop rap.
  4. Kembalilah Fiona (1996): Album terakhir selepas beberapa ahli asal keluar, menandakan fasa akhir kumpulan sebelum pembubaran.

Mereka juga menghasilkan satu EP, menjadikan jumlah keseluruhan empat album studio dan satu EP dalam tempoh aktif mereka dari 1992 hingga 1996.

Lagu Famous 4U2C

Antara lagu-lagu terkenal 4U2C yang mendapat sambutan hangat termasuk:

  • 1 Syawal: Lagu dari album mini “Love 2CU” yang bersempena dengan Aidilfitri.
  • Fiona: Lagu ikonik yang dicipta dan ditulis lirik oleh Joe, dianggap sebagai lagu trademark kumpulan ini. Lagu ini menjadi fenomena pada era 1990-an dan kekal popular sehingga kini.
  • Darling I Love U: Lagu dari album sulung yang turut mendapat perhatian peminat.
  • Kami Rappers: Memperkenalkan identiti rap mereka kepada pendengar.
  • Video Game: Menggambarkan kegilaan remaja terhadap permainan arked pada masa itu.
  • 2BD#1: Lagu dari album kedua yang menegaskan dominasi mereka dalam genre rap di Malaysia

Konsert WE 4U2C

Untuk peminat kumpulan rap ini, tahukah anda bahawa, kumpulan rap ini akan mengadakan kemunculan dalam konsert WE 4U2C Live in Concert yang akan berlansung pada 15 September 2025 di Idea Live Arena, 3 Damansara Mall, Petaling Jaya.

Konsert yang akan dijalankan ini, akan menampilkan ahli asal kumpulan rap ini. Dengan membawa tema Bringin’ Back Da 90’s Flava, konsert ini bertujuan untuk menghidupkan semula kenangan era 90-an, ketika kumpulan ini menjadi pelopor genre rap di Malaysia.

Berikut merupakan harga tiket dan susunan tempat bagi konsert yang bakal berlansung pada bulan september akan datang. Tiket ini boleh mula dibeli pada 30 Jun 2025

4u2c
4u2c

Isu Man Senoi “Hak Cipta”

Selepas beberapa hari kumpulan 4U2C mengumumkan kemunculan semula mereka pada 15 September ini, Man Senoi dan isterinya Mama Rap yang merupakan komposer utama 25 buah lagu kumpulan ini telah mendakwa mereka tidak dihubungi langsung berkenaan penganjuran konsert tersebut.

Man Senoi (Othman Masri), 72, dan Mama Rap (Ramziah Mohamed Noor), 62, menyatakan bahawa mereka sepatutnya dihubungi oleh pihak penganjur, memandangkan peranan mereka sebagai penerbit dan pemilik hak cipta, menyebabkan lagu-lagu tersebut tidak boleh dimainkan tanpa keizinan mereka.

Namun, AC Mizal dan Yanz menjelaskan bahawa semua urusan telah diserahkan kepada pihak yang bertanggungjawab, dan konsert akan tetap diteruskan tanpa gangguan. Mereka menegaskan fokus mereka adalah untuk memberikan persembahan terbaik kepada peminat.

Man Senoi & Mama Rap

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut