13 Rukun Solat & Perkara-Perkara Membatalkan Solat

RUKUN SOLAT
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

13 Rukun Solat & Perkara-Perkara Membatalkan Solat

Solat adalah merupakan tiang agama. Setiap umat Islam diwajibkan menunaikan solat apabila menepati syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak. 

Dalam menunaikan ibadah solat, terdapat beberapa aspek penting perlu kita pelajari agar ibadah solat kita diterima. Salah satu aspek terpenting yang perlu diketahui ialah rukun solat. 

Kita WAJIB mempelajarinya kerana sekiranya tertinggal salah satu rukun solat, maka solat tidak sah.

Berikut dikongsikan lebih lanjut mengenai rukun solat serta perkaa-perkara yang membatalkan solat. 

BACA JUGA: Bacaan Dalam Solat & Makna Bahasa Melayu

Maksud Rukun Solat

Dari segi bahasa, rukun bermaksud asas atau tiang bagi sesuatu. 

Rukun solat pula bermaksud asas perbuatan-perbuatan dan bacaan yang wajib dilakukan secara tersusun dimana solat tidak akan lengkap dan tidak sah tanpanya.

Rukun solat terbahagi pula kepada tiga bahagian, iaitu fi’li, qauli dan qalbi.

  • Maksud Qalbi ialah rukun melibatkan hati; niat & tertib
  • Maksud Qauli pula ialah rukun melibatkan perkataan atau bacaan. Bacaan harus didengar oleh telinga sendiri. Antara bacaan yang terlibat dengan rukun qauli ialah:
  1. Takbiratul Ihram (ucapan Allahu Akbar)
  2. Al Fatihah
  3. Tahiyat Akhir
  4. Selawat atas nabi
  5. Salam yang pertama
  • Manakala rukun Fi’li ialah rukun yang melibatkan pergerakan atau perbuatan. Rukun tersebut adalah:
  1. Berdiri (qiam).
  2. Rukuk.
  3. Iktidal.
  4. Sujud.
  5. Duduk antara dua sujud.
  6. Duduk tahiyat akhir.

13 Rukun Solat

“Apabila kamu bangun untuk solat, sempurnakanlah wuduk, kemudian hadaplah ke kiblat lalu bertakbir. Kemudian bacalah apa yang mudah daripada al-Quran. Kemudian rukuklah sehingga kamu rukuk dengan tamakninah. Kemudian bangunlah sehingga kamu berdiri tegak. Kemudian sujudlah sehingga kamu sujud dengan tamakninah. Kemudian bangkitlah sehingga kamu duduk dalam tamakninah. Kemudian sujudlah sehingga kamu sujud dalam tamakninah. Kemudian bangkitlah sehingga kamu duduk dengan tamakninah”

— Riwayat Bukhari

Terdapat 13 rukun solat yang wajib dilakukan semasa menunaikan solat, iaitu:

13 Rukun Solat & Perkara-Perkara Membatalkan Solat

1. Niat

Niat ialah lintasan atau ingatan di dalam hati. Niat bagi setiap solat adalah berbeza-beza mengikut jenis solat. 

2. Berdiri tegak

Maksud berdiri tegak adalah berdiri tegak lurus iaitu tulang belakang tegak dengan dada menghadap kiblat dan disunatkan menundukkan sedikit kepala untuk memandang ke tempat sujud.

3. Takbiratul Ihram

Takbiratul ihram adalah perbuatan melafazkan “Allahuakbar” untuk memulakan solat dengan suara yang dapat didengar sekurang-kurangnya oleh diri sendiri.

4. Membaca al-Fatihah

Surah al-Fatihah wajib dibaca ketika berdiri pada setiap rakaat solat dengan tajwid yang betul.

5. Rukuk

Rukuk adalah perbuatan membongkokkan tubuh badan 90 degree (kepala ke hadapan sehingga sama rata dengan punggung). Kedua-dua telapak tangan dilekapkan pada kedua-dua kepala lutut. 

6. Iktidal

Iktidal adalah perbuatan berdiri tegak selepas rukuk.

7. Sujud

Sujud dilakukan dua kali untuk setiap rakaat. 7 anggota sujud wajib diletakkan di kawasan sujud. Anggota sujud adalah:

  • Dahi -1
  • Kedua-dua tapak tangan -2
  • Kedua-dua lutut -2
  • Kedua-dua kaki -2

8. Duduk antara dua sujud

Duduk antara dua sujud ialah duduk sebentar secara iftirasy selepas sujud pertama sebelum melakukan sujud yang kedua dalam setiap rakaat.

9. Duduk tahiyat akhir

Duduk tahiyat akhir adalah duduk secara tawarruk dan kedua-dua tangan diletakkan di atas paha ketika membaca tahiyat akhir sebelum memberi salam.

10. Membaca tahiyat akhir

11. Membaca selawat ke atas Rasulullah

12. Memberi salam

13. Tertib

Setiap rukun solat wajib dilaksanakan dengan tertib iaitu mengikut turutan.

Perkara Yang Membatalkan Solat

Berikut ialah antara perkara-perkara yang membatalkan solat: 

1.  Meninggalkan Rukun Solat Dengan Sengaja

Apabila rukun solat ditinggalkan secara sengaja, maka solat tidak sah. Sekiranya terlupa, tidak terbatal solat. Tetapi perlu ditambah rukun yang terkurang itu apabila ingat kembali.

2. Berhadas Semasa Solat

Solat akan terbatal apabila kita berhadas besar mahupun kecil semasa sedang solat. 

3. Makan & Minum

Makan dan minum semasa sedang solat akan membatalkan solat termasuk menelan sisa makanan yang ada di celah-celah gigi. 

4. Melakukan Pergerakan Lebih Tiga Kali

Bergerak sebanyak tiga kali berturut-turut atau lebih yang bukan perbuatan solat.

5. Terbuka aurat

Terbuka aurat dengan kadar yang lama sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja seperti ditiup angin atau ditarik oleh anak-anak boleh membatalkan solat sekiranya tidak ditutup segera. 

RUJUKAN:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut