“Al-‘Asyarah Al-Mubasysyirun bi al-Jannah” – 10 Sahabat Nabi Muhammad SAW Yang Dijamin Syurga
Dalam sejarah Islam, terdapat 10 individu yang mendapat penghargaan tertinggi dari Nabi Muhammad SAW. Mereka bukan sahaja sahabat terdekat nabi, tetapi juga dijamin syurga oleh baginda. Siapakah mereka dan apakah pengorbanan mereka?
10 sahabat yang turut dikenali sebagai “Al-‘Asyarah Al-Mubasysyirun bi al-Jannah” ini, telah mendapat jaminan ini sebagai penghargaan terhadap pengorbanan, keimanan, dan jasa mereka dalam memperjuangkan agama Islam.
Untuk mengetahui siapakah 10 orang sahabat ini, pastikan anda terus membaca artikel ini sehingga ke penghujung artikel ini.
Sahabat Generasi Terbaik
Para Sahabat merupakan orang-orang yang dekat dengan Rasulullah S.A.W. Mereka ini adalah orang yang hidup pada zaman Nabi dan berjuang bersama baginda dalam mempertahankan agama Islam.
Mereka ini dikatakan sebagai generasi Islam terbaik, kerana mereka mendapat didikan agama ini terus daripada NabI Muhammad S.A.W. Perkara ini telah dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W, sendiri seperti dalam hadith berikut:
Daripada Abdullah Bin Mas’ud bahawa Nabi S.A.W bersabda:
خَيْرُ النَّاسِ قَرْنِي ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ
Trending sekarangMaksudnya : “ Sebaik-baik manusia adalah manusia yang berada di kurun aku (para sahabat), kemudian orang yang menuruti mereka kemudian orang yang menuruti mereka…”
Riwayat Al-Bukhari (3651)
Antara para sahabat Nabi Muhammad S.A.W yang popular dan terkenal dalam perjuangan penyebaran agama Islam bersama baginda ialah:
- Adi bin Hatim RA
- Abdullah bin Abi Aufa RA
- Abu Bakarah RA
- Abu Burdah RA
- Abu Zar RA
- Abul Ash bin Rabi al-Absyami al-Quraisyi
- Al-Sa’b bin Jathamah RA
- Ali bin Abi Talib RA
- Asma’ binti Abu Bakar RA
- Ata’ bin Abi Rabah RA
- Hakim bin Hizam RA
- Ibn Mas’ud RA
- Miqdad RA
- Muaz bin Jabal RA
- Nu’man bin Basyir RA
- Rafi bin Khadij RA
- Rifa’ah Al-Qurazhi RA
- Sa’ad bin Abi Waqqas RA
- Samurah bin Jundub RA
- Ubadah bin Al-Somit RA
- Ummi Khaltum binti Uqbah Ranha
- Zaid bin Khalid RA
Baca juga: Perang Badar: Peperangan Pertama Pimpinan Rasulullah S.A.W
Hadith 10 Sahabat Nabi Yang Dijamin Syurga
Di antara para sahabat Rasulullah S.A.W sama ada yang telah dinyatakan atau tidak dinyatakan di dalam artikel ini, terdapat 10 orang sahabat nabi yang telah diberikan jaminan syurga sewaktu hidup mereka.
Mereka ini dikenali sebagai “Al-‘Asyarah Al-Mubasysyirun bi al-Jannah” yang membawa maksud kumpulan sahabat yang dijamin syurga oleh Rasulullah S.A.W sendiri.
Jaminan syurga ini telah diberikan oleh Nabi Muhammad S.A.W kerana mereka-mereka merupakan orang-orang dari kumpulan pertama yang berjuang dengan baginda dari awal permulaan agama Islam.
Hadis yang menyatakan mengenai 10 orang sahabat Rasulullah S.A.W yang dijamin syurga terdapat di dalam Kitab Musnad Imam Ahmad ibn Hanbal, Kitab Sunan at-Tirmizi, Abu Daud, dan Ibnu Majah. Hadis tersebut berbunyi seperti berikut:
أخبرنا أبو خليفة حدثنا الحوضي عن شعبة عن الحر بن الصياح : عن عبد الرحمن بن الأخنس أنه كان في المسجد فذكر المغيرة عليا فنال منه فقام سعيد بن زيد فقال : أشهد على رسول الله صلى الله عليه و سلم أني سمعته يقول عشرة في الجنة : النبي صلى الله عليه و سلم في الجنة و ابو بكر في الجنة و عمر في الجنة و عثمان في الجنة و علي في الجنة و طلحة بن عبيد الله في الجنة و الزبير بن العوام في الجنة و سعد بن مالك في الجنة و عبد الرحمن بن عوف في الجنة ولو شئت لسميت العاشر قالوا من هو فسكت فقالوا من هو فقال : سعيد بن زيدTrending sekarangMaksudnya : “ Abu Al-Khalifah mengkhabarkan kepada kami daripada Syu’bah daripada Al-Hurr Bin Al-Siyah daripada Abdurrahman Bin Al-Akhnas bahawa ada satu ketika beliau berada di Masjid. Maka Mughirah menyebut tentang Ali dan beliau mencela Ali. Lalu Sa’id Bin Zaid bangun dan berkata : Aku bersaksi dengan nama Rasulullah S.A.W bahawa aku mendengar Baginda bersabda tentang sepuluh orang yang berada di dalam syurga : Nabi berada di syurga, Abu Bakar berada di syurga , Umar berada di syurga, Uthman berada di syurga, Ali berada di syurga, Talhah Bin Ubaidullah berada di syurga, Zubair Bin Al-‘Awwam berada di syurga, Sa’ad Bin Malik berada di syurga, Abdurrahman Bin ‘Auf berada di syurga. Kalau kamu mahu akan aku namakan orang yang kesepuluh. Para sahabat bertanya siapakah dia lalu Nabi S.A.W diam. Para sahabat bertanya lagi : siapakah dia?. Maka Nabi S.A.W menjawab : Sa’id Bin Za’id.”
Riwayat Ibnu Hibban (6993)
Sumber: Mufti WP
Senarai 10 Sahabat Nabi Yang Dijamin Syurga
Berikut merupakan senarai 10 sahabat yang telah disebut di dalam hadith di atas dan penerangan pendek berkenaan pengorbanan mereka dalam agama Islam:
- Abu Bakar As-Siddiq
Saidina Abu Bakar merupakan sahabat terdekat Nabi dan khalifah pertama umat Islam selepas kewafatan baginda. Beliau terkenal dengan kesetiaan dan keberaniannya, serta pengorbanannya yang sangat besar dalam menyebarkan Islam. - Umar Al-Khattab
Saidina Umar merupakan khalifah kedua selepas kewafatan Abu Bakar. Beliau dikenali sebagai seorang yang tegas dan adil. Keberaniannya dalam memimpin umat Islam dan usaha gigihnya untuk menegakkan keadilan menjadikannya seorang pemimpin yang dihormati. - Uthman Ibn Affan
Khalifah ketiga ini terkenal dengan sifat dermawan dan kebijaksanaannya. Uthman juga memainkan peranan penting dalam mengumpulkan dan menulis al-Quran, memastikan bahawa wahyu Allah terpelihara dengan baik. - Ali Ibn Abi Talib
Ali, sepupu Nabi dan suami kepada Fatimah, adalah seorang pejuang yang berani dan berilmu. Beliau menjadi khalifah keempat dan dikenali dengan kesetiaan yang tidak berbelah bagi terhadap Nabi Muhammad. - Abu Hurairah
Abu Hurairah adalah sahabat yang paling banyak meriwayatkan hadis daripada Nabi. Beliau sentiasa dekat dengan Nabi dan banyak menghabiskan waktu untuk mempelajari ajaran Islam. - Zubair Ibn Al-Awwam
Zubair adalah pahlawan yang sangat setia kepada Nabi. Beliau merupakan salah seorang dari sepuluh yang dijamin syurga kerana keberanian dan kesetiaannya dalam setiap peperangan. - Talhah Ibn Ubaidullah
Talhah terkenal dengan keberaniannya di medan perang. Beliau merupakan salah seorang sahabat yang berjuang dengan penuh semangat untuk mempertahankan Nabi dan umat Islam. - Abdurrahman Ibn Awf
Abdurrahman adalah seorang hartawan yang sangat dermawan. Beliau membantu umat Islam yang memerlukan dan sentiasa mengutamakan kepentingan agama daripada kepentingan peribadi. - Sa’d Ibn Abi Waqqas
Sa’d adalah pemimpin tentera Islam yang berjaya dan terkenal dengan kesetiaan serta pengorbanannya dalam perjuangan di medan perang. - Said Ibn Zaid
Said adalah sahabat yang sangat taat kepada ajaran Islam dan turut serta dalam banyak peperangan. Beliau adalah contoh pengorbanan dan kesetiaan kepada Nabi.
Penutup
Selain mereka, terdapat juga sahabat lain yang dijamin syurga berdasarkan sifat dan tindakan mereka, seperti Bilal bin Rabah, Khadijah binti Khuwailid, dan Fatimah Az-Zahra, tetapi nama-nama di atas adalah yang disebut secara khusus dalam hadis ini.
Semoga kita dapat meneladani iman dan perjuangan mereka!