“1 tahun berapa hari?”
Pertanyaan ini sebenarnya sangat ringkas dan mudah untuk dijawab. Pengiraan hari dalam setahun sudahpun diajar semasa di bangku sekolah lagi dalam mata pelajaran Matematik.
Biasanya, soalan sebegini sering diajukan oleh kanak-kanak kepada orang dewasa atau lebih berpengetahuan.
Nak tahu tak beberapa aspek menarik dan fakta penting tentang hari dan tahun dalam kalendar yang kita gunakan seharian?
Teruskan membaca.
1 Tahun Berapa Hari? – Jumlah Hari Dalam Satu Tahun
Secara umum, satu tahun terdiri daripada 365 hari.
Namun, setiap empat tahun sekali, terdapat tambahan satu hari dalam bulan Februari, menjadikan jumlah hari dalam tahun tersebut menjadi 366 hari.
Tahun yang mempunyai 366 hari ini dikenali sebagai tahun lompat (leap year).
Tahun Lompat
Tahun lompat wujud untuk memastikan kalendar kita seiring dengan pergerakan orbit bumi mengelilingi matahari, yang memakan masa kira-kira 365.25 hari.
Tahun lompat berlaku setiap empat tahun sekali kecuali untuk tahun yang habis dibahagi dengan 100 tetapi bukan 400. Contohnya, tahun 2000 adalah tahun lompat tetapi tahun 1900 tidak.
BACA JUGA: Kalendar Islam 2025 & Tarikh Penting Bulan Islam
Kalendar Gregory
Tahukah anda, kalendar yang kita gunakan di Malaysia dikenali sebagai Kalendar Gregory atau juga dikenali sebagai kalendar Masihi.
Kalendar ini adalah sistem kalendar yang paling banyak digunakan di dunia. Ia diperkenalkan oleh Pope Gregory XIII pada tahun 1582 sebagai pembaikan kepada kalendar Julian.
Bulan & Jumlah Hari Dalam Kalendar Gregory
- Januari: 31 hari
- Februari: 28 atau 29 hari (tahun lompat)
- Mac: 31 hari
- April: 30 hari
- Mei: 31 hari
- Jun: 30 hari
- Julai: 31 hari
- Ogos: 31 hari
- September: 30 hari
- Oktober: 31 hari
- November: 30 hari
- Disember: 31 hari
Jumlah hari dalam setiap bulan adalah tetap kecuali Februari yang berubah mengikut tahun biasa atau tahun lompat.
BACA JUGA: 1 Meter Berapa Kaki? ~ Panduan Lengkap Unit Ukuran Ft dan Meter
Kalendar Hijri
Berbeza dengan kalendar Gregory, kalendar Hijri atau kalendar Islam adalah berdasarkan pergerakan bulan mengelilingi bumi. Permulaan setiap bulan ditandai dengan pengamatan anak bulan yang pertama kali dilihat.
Setiap tahun dalam kalendar Hijri mempunyai 354 atau 355 hari, lebih pendek daripada kalendar Gregory. Ini menyebabkan tahun Hijri lebih pendek dan perayaan Islam seperti Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri beredar melalui musim-musim dalam kalendar Masihi.
Bulan & Jumlah Hari Dalam Kalendar Hijri
- Muharram
- Safar
- Rabiulawal
- Rabiulakhir
- Jamadilawal
- Jamadilakhir
- Rejab
- Syaaban
- Ramadan
- Syawal
- Zulkaedah
- Zulhijjah
NOTA: Jumlah hari dalam satu bulan di kalender Hijri adalah 29-30 hari.
Kesimpulan
Secara ringkasnya, satu tahun dalam kalendar Gregory terdiri daripada 365 hari, dan setiap empat tahun sekali, kita akan mengalami tahun lompat yang mempunyai 366 hari. Mengikut kalendar Hijri pula, setahun mempunyai 354 atau 355 hari.
Kedua-dua sistem kalendar ini mempunyai keunikan tersendiri dan digunakan untuk tujuan yang berbeza dalam kehidupan seharian.
Sumber
- How Many Days Are In A Year? – NASA
- What Is a Leap Year? – NASA Space Place
- Islamic Calendar – IslamicFinder