Biodata Ustaz Don Daniyal, Pendakwah & Usahawan Berjaya

Sejak beberapa hari ini, nama Ustaz Don mendapat perhatian ramai pihak baik dari netizen sendiri mahupun golongan agamawan di Malaysia.

Semuanya berpunca dari namanya yang digugurkan  daripada mengendalikan program Salam Baitullah di RTM.

Untuk artikel pada kali ini, kami akan membawa anda mengenali dengan lebih rapat dengan sosok individu cukup dikenali ramai, Ustaz Don.

Baca juga:

Latar Belakang

ustaz don
Kredit Facebook @UstazDonOfficialPage
NamaDon Daniyal Don Biyajid
Nama PanggilanUstaz Don Daniyal
Tarikh Lahir14 November 1984
Tempat LahirBukit Mertajam, Pulau Pinang
PendidikanIjazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat dari Maahad Qiraat Shoubra, Mesir
PekerjaanPenceramah agama, pendakwah
Akaun Media SosialInstagram @ddaniyaldbiyajid
Facebook @UstazDonOfficialPage
YouTube @ustazdontv
Telegram @ustazdondaniyal
TikTok @ddaniyaldbiyajid

Kehidupan Peribadi

Ustaz Don merupakan anak kedua daripada empat beradik. Yang sulung adalah kakanya, Ainul Bashirah Dona dan diikuti dua orang adik lelaki iaitu Don Luqman dan Don Asyraf.

Ayahnya bernama Don Biyajid bin Mustafa, manakala ibunya pula Maryam binti Che Abdul Kadir.

Ustaz Don mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati yang juga seorang doktor, Husna Zahry Rafie pada tahun 2012.

Hasil perkongsian hidup itu, pasangan ini dikurniakan empat orang hero iaitu Don Mustofa (2014), Don Ibrohim (2016), Don Sulaiman (2019) dan Don Yunus (2021).

ustaz
Kredit Instagram @husnazahry
ustaz
Kredit Instagram @husnazahry

Kelulusan & Pendidikan

Ustaz Don mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kebun Sireh, Bukit Mertajam dan seterusnya menyambung pelajaran di peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Selepas tamat pengajian diperingkat sekolah menengah, Ustaz Don melanjutkan pengajian di peringkat Diploma di Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat, Pulau Pinang sekitar tahun 2002 hingga 2004.

Kemudian melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda pula di Maahad Qiraat Shoubra, Mesir pada tahun 2005 hingga 2008.

Beliau juga pernah memaklumkan sedang berada dalam tahun akhir program Ijazah Sarjana dalam jurusan Qiraat di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Di samping itu, beliau juga biasa mendengar dan menghadiri majlis ulama-ulama di Pondok Padang Lalang, Bukit Mertajam.

Kerjaya & Profesional Ustaz Don

Ustaz Don pernah bergelar pensyarah muda di Jabatan Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat di Akademik Islam KUIZ.

Beliau memulakan karier di media sosial dengan mengendalikan program interaktif berbentuk keagaamaan iaitu 30 Minit Ustaz Don yang bersiaran di TV AlHijrah.

ustaz
Kredit Facebook @UstazDonOfficialPage

Sambutan pada rancangan tersebut sangat menggalakkan dan berjaya memikat hati ramai lapisan masyarakat khususnya anak muda.

Ramai penonton yang tertarik dengan gaya dan penyampain beliau yang santau, bersahaja tetapi penuh informasi.

Selain aktif di televisyen, beliau juga selalu dipanggil menjadi penceramah jemputan di stesyen radio seperti Don Give Up (Suria FM). Slot pagi Jumaat (8 pagi – 9 pagi) bersama Morning Morning Suria ini adalah bagi menjawab segala kemusykilan anda tentang isu agama, adab, keluarga dan sebagainya.

Pada penghujung tahun 2020, beliau mengembangkan lagi minatnya dalam bidang perniagaan bila mana berjaya membuka sebuah restoran menu western iaitu Smoked Kingdom.

Restoran ini menyediakan makanan berkualiti premium pada harga yang mampu milik. Antara menu yang popular adalah Youyu Steak, Smoked Brisked dan Belgian Choc. Hari ini Smoked Kingdom sudah mempunyai tiga cawangan iaitu sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya dan Shah Alam.

ustaz
Kredit Facebook @UstazDonOfficialPage

Drama:

  • Salam Famili, Astro Ceria (2023)

Televisyen:

  • 30 Minit Ustaz Don (TV AlHijrah)
  • 60 Minit Ustaz Don (TV AlHijrah)
  • Mari Mengaji: Back To Basics 2 Musim (Astro Oasis)
  • My Generation (Astro Oasis)
  • Geng Ngaji Musim 2 (Astro Oasis)
  • Salam Baitullah (TV1)
  • Demi Pengorbanan (Astro Oasis)
  • Hijrah Berselawat (TV AlHijrah)
  • Malam Ini Ustaz Don (Astro Oasis)

Bibilografi:

  • Syariat Itu Mudah, Kahwin Itu Indah
  • Solat & Selawat

Fakta Menarik Mengenai Ustaz Don

  • Beliau seorang yang aktif berpidato di zaman persekolahannya.
  • Beliau adalah pengarah syarikat Az-Zayt menggantikan Al-Marhum Dato’ Ustaz Ismail Kamus.
  • Beliau adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bagi Agami Group Sdn. Bhd
  • Beliau adalah pengerusi Mahabbaten Travel & Tours.

Tahniah Ustaz Don! Semoga usaha anda dalam bidang dakwah terus menjadi kebaikan kepada umat Islam di Malaysia.

Sumber:

  1. Instagram @ddaniyaldbiyajid
  2. Ustaz Don Adakan Sidang Media Perjelas Kontroversi. Malaysia Gazette
Bantu kami share artikel ini: