Surah Yusuf: Ringkasan Surah & Kelebihan Membacanya

Surah Yusuf: Ringkasan Surah & Kelebihan Membacanya

Surah Yusuf adalah merupakan surah ke-12 di dalam Al-Quran, terdiri daripada 111 ayat dan diturunkan di Makkah (Makkiyah). 

Surah ini dinamakan surah Yusuf adalah kerana menitikberatkan isinya mengenai riwayat Nabi Yusuf.  

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenai surah ini. 

BACA JUGA: Surah As Sajadah: Ringkasan Surah & Kelebihan Membacanya

Tema dan Intipati Surah 

Tema

Watak utama dalam surah ini tentunya  Nabi Yusuf. 

Tema yang disentuh dalam surah ini adalah,  Allah menekankan berulang ulang kali yang Allahlah yang dominan (berkuasa) dalam setiap perkara, kecil atau besar. Ini kita boleh lihat dalam ayat 21 dan disentuh dalam semua kisah dalam surah ini.

وَاللَّهُ غالِبٌ عَلىٰ أَمرِهِ وَلٰكِنَّ أَكثَرَ النّاسِ لا يَعلَمونَ.

Dan Allah Maha Kuasa melakukan segala perkara yang telah ditetapkanNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.

Satu lagi tema surah ini adalah tentang kualiti yang setiap Muslim kena ada untuk menangani masa-masa susah atau apabila diuji oleh Allah. 

Dalam kisah Nabi Yusuf, Allah menonjolkan kesudahan yang baik daripada kesabaran, dan bahawa kesenangan datang setelah penderitaan. 

Allah menguji Nabi Ya’qub dengan kehilangan putranya, Yusuf, dan penglihatannya. Allah juga menguji ketabahan dan kesabaran Yusuf dengan dipisahkan dari kedua orang tuanya, dibuang ke dalam sumur, dan diperdagangkan sebagai hamba sahaya. 

Lalu Allah menguji imannya dengan godaan perempuan cantik lagi bangsawan dan akhirnya dimasukkan ke dalam penjara. 

Kemudian Allah melepaskan Yusuf dan ayahnya dari segala penderitaan dan cubaan, menghimpunkan mereka kembali, mengembalikan penglihatan Ya’qub, dan menghidupkan lagi cinta Yusuf.

Intipati Surah

Antara intipati dalam surah Yusuf adalah menceritakan perihal mukjizat dan kisah Nabi Yusuf A.S.

  • Bermimpi sebelas bintang, matahari bulan, semua sujud kepadanya.
  • Ditinggalkan dalam perigi oleh saudaranya. Sekelompok musafir menjumpainya dan menjual kepada seorang Mesir.
  • Digoda Zulaikha dan difitnah dan dipenjara.
  • Dakwahnya dalam penjara.
  • Takwil Nabi Yusuf tentang mimpi raja.
  • Bebas dari penjara dan menjadi pembesar negara.
  • Pertemuan dengan saudara dan kedua orang tuanya

Ringkasan Surah Mengikut Ayat

  1. Ayat 1-18: Pengenalan Yusuf dan keluarganya (ayat 1-18)
    • Surah ini memulakan dengan pengenalan Nabi Yusuf dan keluarganya, termasuk ayahnya, Nabi Ya’qub (‘alaihis salam), dan saudara-saudaranya.
  1. Ayat 4-21: Mimpi Nabi Yusuf
    • Nabi Yusuf bermimpi dan berkongsi mimpinya kepada ayahnya, yang memicu kecemburuan saudara-saudaranya.
  1. Ayat 23-35: Pengkhianatan kepada Nabi Yusuf
    • Saudara-saudara Nabi Yusuf merancang untuk membunuhnya, tetapi kemudian mereka memilih untuk membuangnya ke dalam sumur. Yusuf kemudian diambil oleh pedagang dan dijual sebagai budak di Mesir.
  1. Ayat 23-35: Godaan isteri Aziz
    • Nabi Yusuf bekerja di rumah seorang bangsawan Mesir bernama Aziz. Isteri Aziz menggodanya, tetapi dia menolak dengan tegas untuk melanggar ajaran agama.
  1. Ayat 36-53: Penjara dan menerangkan mimpi
    • Nabi Yusuf akhirnya dipenjarakan setelah dituduh mencuba memerkosa isteri Aziz. Di dalam penjara, dia menerangkan mimpi dua orang tahanan dan meminta salah seorang di antara mereka untuk mengingati dirinya kepada raja agar dia dibebaskan.
  1. Ayat 54-76: Pembebasan dan kedudukan tinggi
    • Salah seorang tahanan yang dibebaskan itu, kemudian ingat kepada Yusuf ketika raja memerlukan penjelasan mengenai mimpinya. Yusuf dibebaskan dan diberi kedudukan tinggi di dalam kerajaan Mesir.
  1. Ayat 77-93: Ketibaan saudara-saudara Nabi Yusuf
    • Kemudian, kelaparan melanda negeri mereka dan saudara-saudara Nabi Yusuf datang ke Mesir mencari makanan. Mereka tidak menyedari bahawa Yusuf adalah saudara mereka yang hilang.
  1. Ayat 94-101: Pendedahan identiti Yusuf
    • Yusuf membongkar identitinya kepada saudara-saudaranya, yang terkejut dan menyesali perlakuan mereka terhadapnya.
  1. Ayat 102-111: Bertemu kembali dengan keluarga
    • Akhirnya, keluarga Yusuf berkumpul kembali di Mesir, dan mereka memohon ampun kepada Yusuf atas kesalahan mereka.

Bacaan Surah Yusuf (Beserta Audio)

Kelebihan Surah Yusuf

Berikut adalah beberapa kelebihan yang boleh kita perolehi dari Surah Yusuf:

1. Doa Agar Dipermudahkan Proses Mendapatkan Pekerjaan

Allah SWT berfirman dalam Surah Yusuf ayat 54 – 56:

Maksudnya: Dan raja berkata: “Bawalah Yusuf kepadaku, agar aku memilih dia sebagai orang yang rapat kepadaku.” Maka tatkala raja telah bercakap dengan dia, dia berkata: “Sesungguhnya kamu (mulai) hari ini menjadi seorang yang berkedudukan tinggi lagi dipercayai pada sisi kami.”

Berkata Yusuf: “Jadikanlah aku bendaharawan negara (Mesir); sesungguhnya aku adalah orang yang pandai menjaga, lagi berpengetahuan.”

Dan demikianlah Kami memberi kedudukan kepada Yusuf di negeri Mesir; (dia berkuasa penuh) pergi menuju kemana sahaja ia kehendaki di bumi Mesir itu. Kami melimpahkan rahmat Kami kepada siapa yang Kami kehendaki dan Kami tidak menyia-yiakan pahala orang-orang yang berbuat baik.”

2. Doa Pendinding Agar Dalam Penjagaan Allah

Allah SWT berfirman dalam Surah Yusuf ayat 64 yang bermaksud:

Berkata Ya’qub: “Bagaimana aku akan mempercayakannya (Bunyamin) kepadamu, kecuali seperti aku telah mempercayakan saudaranya (Yusuf) kepada kamu dahulu?” Maka Allah adalah sebaik-baik Penjaga dan Dia adalah Maha Penyayang diantara para penyayang.

3. Doa Menjadi Anak Yang Soleh

Allah SWT berfirman dalam Surah Yusuf ayat 101:

Maksudnya: “Ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau telah menganugerahkan kepadaku sebahagian kerajaan dan telah mengajarkan kepadaku sebahagian ta’bir mimpi. (Ya Tuhan) Pencipta langit dan bumi. Engkaulah Pelindungku di dunia dan di akhirat, wafatkanlah aku dalam keadaan Islam dan gabungkanlah aku dengan orang-orang yang saleh.”

4. Doa Ketika Menghadapi Sakaratul Maut

Melalui Tafsir Majmu’ul Bayan, Rasulullah SAW ada bersabda:

Maksudnya: “Ajarkan surat Yusuf pada budak-budakmu, dikarenakan seorang muslim yang membaca serta mengajarkannya pada keluarga serta budaknya, Allah dapat berikan kemudahan waktu sakaratul mautnya serta memberinya kemampuan supaya sebagai seorang muslim tidak dihasut. ” – (Tafsir Majmu’ul Bayan)

5. Mendapat Pahala Membaca Al Quran

Daripada Ibnu Mas’ud RA ia berkata:

Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada Al-Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud: Alif, Lam, Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.”

(Hadis Ibnu Mas’ud ini direkodkan oleh Ad-Darimi Tirmizi dalam Sunan Tirmizi, Kitab Abwab Fadhail Al-Quran, No hadis 2910, status hadis ini hasan sahih).

Pengajaran 

Surah Yusuf dalam Al-Quran adalah satu surah yang penuh dengan pengajaran dan hikmah. Ia menceritakan kisah Nabi Yusuf (‘alaihis salam) yang penuh dengan ujian, ketabahan, dan taqwa. 

Antara pengajaran-pengajaran yang dapat dipetik dari Surah Yusuf adalah seperti berikut:

1. Setiap Manusia Diuji

Sebagai manusia, kita tidak dapat mengelak daripada ujian Allah. Sedangkan nabi pun begitu dahsyat diuji, apatah lagi kita. Maka ujian adalah perkara biasa dalam hidup. Dalam surah ini, terdapat kisah yang menceritakan ujian-ujian kehidupan yang dilalui oleh Nabi Yusuf. 

2. Menerima Ujian Allah dengan Redha

Apabila kita memahami hakikat bahawa ujian adalah untuk semua manusia, maka kita dapat menerima segala ujian dan cabaran yang mendatang dengan lebih tenang dan redha. 

3. Setiap Perbuatan Ada Balasannya

Tidak kiralah sama ada perbuatan baik atau buruk, kedua-duanya mempunyai balasannya tersendiri. Sesiapa yang berbuat baik, maka akan mendapat balasan yang baik. Begitu juga sebaliknya. Dan, sekiranya kita dizalimi (orang berbuat buruk kepada kita), usah risau. Allah pasti akan memberi balasan kepada orang tersebut dan memberikan ganjaran kepada kita sekiranya kita bersabar. 

4. Ketabahan dan kesabaran

Nabi Yusuf menghadapi banyak ujian dan kesulitan dalam hidupnya, termasuk dikhianati oleh saudara-saudaranya dan dipenjarakan tanpa sebab. Namun, beliau menunjukkan kesabaran yang tinggi dan terus berharap pada Allah SWT.

5. Keadilan dan kebenaran

Surah Yusuf menekankan pentingnya berlaku adil dan jujur dalam setiap situasi, walaupun dalam keadaan yang sukar. Contohnya, ketika Nabi Yusuf ditipu oleh isteri Aziz Mesir, beliau memilih untuk memilih jalan yang benar walaupun akibatnya adalah dipenjarakan.

6. Menjaga Maruah

Kisah tentang bagaimana Nabi Yusuf menolak godaan isteri Aziz Mesir mengajarkan kita untuk menjaga maruah dan menjauhi perkara yang melanggar ajaran agama.

7. Sikap Memaafkan

Walaupun Nabi Yusuf menghadapi pelbagai kesengsaraan dan penderitaan, Baginda tetap menunjukkan sikap pengampunan terhadap saudara-saudaranya yang sebelumnya telah mengkhianatinya.

8. Ketentuan Allah

Surah Yusuf mengajar kita bahawa segala sesuatu berlaku dengan ketentuan dan kehendak Allah SWT. Walaupun pada mulanya kejadian-kejadian yang berlaku mungkin kelihatan buruk, namun pada akhirnya, segala-galanya adalah untuk kebaikan.

Ini adalah beberapa pengajaran utama yang boleh dipetik dari Surah Yusuf, namun terdapat banyak lagi hikmah dan pengajaran yang dapat diperoleh dengan meneliti kisah ini dengan lebih mendalam.

Sumber:

  1. Quran.com
  2. Ringkasan Tafsir Surah Yusuf. CeliK Tafsir
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!