Pindahan Akaun Fleksibel KWSP: Syarat & Cara Pemindahan Akaun 3

Pindahan Akaun Fleksibel: Syarat & Cara Buat Pindahan Ke Akaun 3

Seperti yang kita ketahui,, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan inisiatif Penstrukturan Semula Akaun KWSP yang telah berkuat kuasa sejak 11 Mei 2024 yang lalu. 

@ecentral.my

Replying to @Atiqah kena buat pemindahan Akaun 2 ke Akaun 3 dulu, baru boleh buat pengeluaran Akaun 3. Atau dah ada caruman majikan. Kalau Akaun kosong, tak boleh buat. #kwsp #kwspakaun3 #akaun3kwsp #kwsplulus #isukwsp

♬ Suspense, horror, piano and music box – takaya

Penstrukturan Semula Akaun KWSP ini menjadikan jumlah akaun setiap ahli menjadi 3 akaun (sebelum ini dua akaun sahaja). Akaun 3 tersebut dikenali sebagai Akaun Fleksibel. 

BACA JUGA: i-Akaun KWSP: Daftar Online, Login & Semakan Akaun 1,2,3

Akaun 3 / Akaun Fleksibel KWSP

Akaun Fleksibel atau Akaun 3 KWSP adalah akaun baharu yang terdiri daripada 10% jumlah simpanan ahli. Akaun ini bertujuan untuk memenuhi keperluan kewangan jangka pendek ahli. 

Simpanan Akaun Fleksibel boleh dikeluarkan oleh ahli pada bila-bila masa tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh KWSP. 

Walau bagaimanapun, KWSP menggalakkan pengeluaran cuma digunakan pada waktu kecemasan dan untuk keperluan mendesak sahaja.

Pengeluaran Akaun Fleksibel KWSP

Anda boleh membuat Pengeluaran Akaun Fleksibel sebaik sahaja akaun tersebut mempunyai simpanan minimum RM50, sama ada selepas pindahan amaun permulaan telah dibuat atau setelah pengkreditan caruman baharu.

Syarat-syarat pengeluaran Akaun Fleksibel:

  • Belum mencapai umur 55 tahun​
  • Mempunyai simpanan dalam Akaun Fleksibel​
  • Pengeluaran pada bila-bila masa dengan had amaun pengeluaran minimum RM50

Saluran Permohonan Pengeluaran

Kaedah Bayaran

Bayaran bagi Pengeluaran Akaun Fleksibel akan dibayar secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli. Pastikan syarat-syarat di bawah dipenuhi bagi memastikan urusan pembayaran pengeluaran Akaun Fleksibel berjalan lancar:

  • Akaun bank (simpanan atau semasa) yang masih aktif; dan
  • Akaun bank adalah didaftarkan atas nama ahli sendiri (bukan akaun bersama/ syarikat).​

NOTA: 

Sebelum membuat pengeluaran Akaun Fleksibel, anda perlu membuat pindahan permulaan daripada Akaun 2 ke Akaun 3 (Akaun Fleksibel) terlebih dahulu. Pemindahan ini boleh dilakukan bermula 12 Mei 2024 sehingga  31 Ogos 2024. 

Sekiranya anda tidak membuat pindahan amaun ke Akaun Fleksibel, pengeluaran anda tidak berjaya. 

Pindahan Akaun Fleksibel: Syarat & Cara Buat Pindahan Ke Akaun 3

Cara Membuat Pindahan Ke Akaun 3 (Akaun Fleksibel)

Anda boleh membuat pilihan pindahan ini melalui aplikasi KWSP i-Akaun atau melalui Self-Service Terminal (SST) di Pejabat KWSP bermula 12 Mei 2024.

Sila rujuk langkah-langkah di bawah:

1. Layari laman web rasmi KWSP (i-Akaun):

https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login

2. Kemudian, login ke i-Akaun anda.

3. Klik butang “Ketahui Lanjut” (Atas Kiri).

4. Penerangan diberikan sebelum anda melakukan pemindahan.(Dibaca)

5. Klik Teruskan.

6. Sekiranya anda memahami penerangan tersebut dan ingin melakukan pemindahan, klik “Pindah Sekarang”.

7. Klik “Teruskan”.

8. Anda akan dimaklumkan mengenai jumlah SEBELUM pemindahan dan SELEPAS pemindahan.

9. Klik “Teruskan” sekiranya anda bersetuju dengan jumlah yg boleh dipindahkan dan memahami terma dan syarat-syaratnya.

10. Perakuan Ahli – Klik “Terima”.

11. Klik “Ya” sekiranya anda pasti dengan pilihan anda.

12. Pilihan pindahan berjaya (Kelulusan 3-5 hari bekerja).

NOTA: 

  • Anda hanya boleh melakukan SEKALI pemindahan sahaja. 
  • Tarikh akhir PEMINDAHAN adalah 31 Ogos 2024. 
  • Anda juga boleh memilih untuk TIDAK memindahkan sebarang amaun ke Akaun 3. 

Untuk mengetahui langkah-langkah membuat pindahan daripada Akaun 2 ke Akaun Fleksibel dengan lebih jelas, anda boleh rujuk video di bawah:

NOTA: Bagi sesiapa yang tidak mempunyai i-Akaun, jangan lupa lakukan pendaftaran segera. Rujuk cara-caranya melalui infografik di bawah. 

Pindahan Akaun Fleksibel: Syarat & Cara Buat Pindahan Ke Akaun 3

Panduan Permohonan Pengeluaran Akaun Fleksibel

Pengeluaran boleh dilakukan setelah:

✅Memenuhi syarat pengeluaran Akaun Fleksibel.

✅Telah membuat pindahan permulaan daripada Akaun 2 ke Akaun 3 (Akaun Fleksibel).

✅ Akaun Fleksibel mempunyai simpanan minimum RM50 (sama ada selepas pindahan amaun permulaan daripada Akaun Sejahtera telah dibuat atau setelah pengkreditan caruman baharu).

Rujuk panduan permohonan untuk pengeluaran Akaun Fleksibel seperti di bawah: (Rujuk Gambar)

Maklumat Lanjut

Dapatkan maklumat lanjut dan terkini mengenai Penstrukturan Semula Akaun KWSP, anda boleh rujuk pautan-pautan berikut:

Jangan lupa ikuti media sosial rasmi KWSP:

Bantu kami share artikel ini: