Pengeluaran KWSP 2024 : Jenis Akaun, Syarat & Cara Pengeluaran

Terkini, pengeluaran KWSP 2024 akan distrukturkan semula meliputi tiga jenis akaun iaitu Akaun 1 (Akaun Persaraan), Akaun 2 (Akaun Sejahtera), dan Akaun 3 (Akaun Fleksibel).

Mungkin ramai yang ingat pengeluaran KWSP hanya boleh dibuat untuk beli rumah atau setelah mencecah usia 60 tahun.

Sebenarnya, KWSP membenarkan pengeluaran penuh atau sebahagian dari simpanan untuk memenuhi keperluan tertentu berhubung kait dengan persaraan selari dengan polisi KWSP sedia ada.

Terdapat 17 jenis pengeluaran sebahagian yang boleh dibuat sebelum pengeluaran penuh pada 55 tahun bagi memudahkan ahli KWSP membuat persediaan bagi menghadapi persaraan yang lebih selesa.

Berikut adalah jenis pengeluaran Akaun 1, Akaun 2 dan Akaun 3 yang dibenarkan.

Jangan lupa follow TikTok rasmi eCentral untuk dapatkan info-info dalam bentuk video seperti di bawah:

@ecentral.my 3 jenis akaun KWSP 2024 korang wajib tahu. Kalau keluarkan 100% duit Akaun 3, boleh lah beli iPhone 15 sebijik 🤭 #kwsp #kwspakaun3 #akaun3kwsp #akaunfleksibel #pengeluarankwsp #kwsp2024 #kwspinfo #infokwsp #akaunkwsp ♬ original sound – eCentral

TERKINI : Penstrukturan Semula Akaun KWSP 2024

Pada 11 Mei 2023, semua akaun KWSP ahli di bawah umur 55 tahun akan distruktur semula.

Penstrukturan semula akaun KWSP ini dilakukan bertujuan untuk memperkukuhkan jaminan pendapatan persaraan dan memenuhi keperluan kitaran hayat ahli.

Penstrukturan semula ini akan melibatkan perubahan daripada 2 akaun kepada 3 akaun seperti berikut:

  1. Akaun sedia ada dinamakan semula daripada Akaun 1 kepada “Akaun Persaraan”; dan Akaun 2 pula dinamakan “Akaun Sejahtera” tanpa perubahan pada tujuan kedua-dua akaun tersebut;
  2. Memperkenalkan akaun tiga iaitu “Akaun Fleksibel”;
  3. Simpanan dalam Akaun Fleksibel boleh diakses atau dikeluarkan oleh ahli pada bila-bila mengikut keperluan, tertakluk kepada terma dan syarat.
  4. Caruman baharu yang diterima selepas tarikh kuat kuasa akan dikreditkan ke dalam akaun mengikut nisbah 75:15:10 iaitu Akaun Persaraan (75%), Akaun Sejahtera (15%) dan Akaun Fleksibel (10%).

Maklumat Penting Pengeluaran KWSP 2024

Selepas pelaksanaan Penstrukturan Semula Akaun KWSP, baki semasa Akaun 1 dan Akaun 2 akan kekal di dalam Akaun Persaraan dan Akaun Sejahrera. Manakala simpanan Akaun Fleksibel akan bermula daripada RM0.

Selepas tarikh pelaksanaan, ahli mempunyai pilihan untuk memindahkan sebahagian daripada baki simpanan dalam Akaun Sejahtera sebagai amaun permulaan ke dalam Akaun Fleksibel.

Ahli juga boleh memilih pilihan pindahan amaun permulaan bermula 12 Mei 2024 sehingga 31 Ogos 2024.

Jenis Akaun KWSP 2024

1. Akaun Persaraan

Akaun Persaraan adalah Akaun 1 yang dinamakan semula berdasarkan tujuan atau objek akaun berkenaan.

Akaun ini bertujuan untuk mengumpul dan meningkatkan simpanan persaraan ahli dalam jangka masa panjang bagi kehidupan yang selesa selepas persaraan.

Simpanan di Akaun Persaraan tidak boleh dikeluarkan sebelum ahli berumur 55 tahun. Bagaimanapun, ahli yang layak boleh melaburkan sebahagian daripada simpanan Akaun Persaraan dalam pelaburan yang diuruskan oleh Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang diluluskan, tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.

2. Akaun Sejahtera

Akaun Sejahtera adalah Akaun 2 yang dinamakan semula berdasarkan tujuan atau objektif akaun berkenaan. Akaun ini bertujuan untuk memenuhi keperluan kitaran hidup pra-persaraan bagi jangka sederhana yang menyumbang kepada kesejahteraan semasa persaraan.

Simpanan di Akaun Sejahtera boleh dikeluarkan bagi tujuan pengeluaran pra-persaraan yang dibenarkan (tertakluk kepada terma dan syarat KWSP) seperti berikut:
i.    Perumahan
ii.   Pendidikan
iii.  Kesihatan
iv.  Perlindungan Insurans
v.   Haji
vi.  Umur 50 Tahun

3. Akaun Fleksibel

Akaun ini bertujuan untuk memenuhi keperluan kewangan jangka pendek ahli. 

Simpanan Akaun Fleksibel boleh dikeluarkan oleh ahli pada bila-bila masa tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh KWSP.

Walau bagaimanapun, KWSP menggalakkan pengeluaran cuma digunakan pada waktu kecemasan dan untuk keperluan mendesak sahaja.

Pengeluaran KWSP 2024 (Akaun 3)

Pengeluaran Akaun 3 KWSP boleh dilakukan melalui KWSP i-Akaun atau mana-mana kaunter / cawangan KWSP yang berdekatan.

Setiap bayaran pengeluaran dari Akaun 3 akan dibuat dalam tempoh tujuh hari bekerja selepas permohonan diluluskan.

Syarat-syarat pengeluaran daripada Akaun 3 adalah seperti berikut:

  • Semua ahli KWSP Warganegara Malaysia dan Bukan Warganegara Malaysia
  • Belum mencapai umur 55 tahun
  • Mempunyai simpanan dalam Akaun Fleksibel; dan
  • Had amaun pengeluaran minimum yang ditetapkan adalah RM50

Ada tiga jenis senario yang perlu anda tahu sebelum membuat pengeluaran Akaun 3.

  • Baki simpanan Akaun 2 RM3,000 dan ke atas
  • Baki simpanan Akaun 2 melebihi RM1,000 dan tidak melebihi RM3,000
  • Baki simpanan Akaun 2 RM1,000 dan ke bawah

Bagi simpanan Akaun 2 RM3,000 dan ke atas, simpanan semasa dalam Akaun 2 anda nanti akan diagihkan, 16.7% ke Akaun 1, 50% kekal di Akaun 2 dan 33.3% ke Akaun 3.

pengeluaran kwsp akaun 3 fleksibel

Bagi baki simpanan Akaun 2 melebihi RM1,000 dan tidak melebihi RM3,000, simpanan semasa dalam Akaun 2 akan diagihkan RM1,000 ke Akaun 3, dan baki selebihnya kekal dalam Akaun 2. Tiada pindahan ke Akaun 1. 

pengeluaran kwsp akaun 3 fleksibel

Bagi baki simpanan Akaun 2 RM1,000 dan ke bawah, kesemua simpanan dalam Akaun 2 akan dipindahkan ke Akaun 3. Tiada pindahan ke Akaun 1 atau Akaun 2. Jadi Akaun 2 anda akan mula dari kosong.

pengeluaran kwsp akaun 3 fleksibel

Cara Memohon

Pengeluaran KWSP boleh dimohon secara manual dengan mengisi borang melalui kaunter, kios atau melalui i-Akaun KWSP.

Anda juga boleh memohon pengeluaran secara online melalui i-Akaun KWSP.

Cara Membuat PEMINDAHAN dari Akaun 2 (Akaun Sejahtera) ke Akaun 3 (Akaun Fleksibel)

  1. Login I-Akaun
  2. Anda akan melihat laman utama I-Akaun Anda.
  3. Klik pada Ketahui Lanjut (Atas Kiri).
  4. Penerangan diberikan sebelum anda melakukan pemindahan.(Dibaca)
  5. Klik Teruskan.
  6. Sekiranya anda memahami penerangan tersebut dan ingin melakukan pemindahan, klik “Pindah Sekarang”.
    Peringatan Penting
    Anda hanya boleh melakukan SEKALI pemindahan sahaja. Tarikh akhir PEMINDAHAN adalah 31 Ogos 2024. Anda juga boleh memilih untuk TIDAK memindahkan sebarang amaun ke Akaun 3.
  7. Klik Teruskan.
  8. Anda akan dimaklumkan mengenai jumlah SEBELUM pemindahan dan SELEPAS pemindahan.
  9. Klik Teruskan sekiranya anda bersetuju dengan jumlah yg boleh dipindahkan dan memahami terma dan syarat-syaratnya.
  10. Perakuan Ahli – Klik Terima.
  11. Klik “Ya” sekiranya anda pasti dengan pilihan anda.
  12. Pilihan pindahan berjaya (Kelulusan 3-5 hari bekerja)
pengeluaran kwsp akaun 3 fleksibel

SILA RUJUK VIDEO PANDUAN DAN GAMBAR YANG DILAMPIRKAN DI BAWAH: PANDUAN MEMBUAT PILIHAN PINDAHAN AMAUN PERMULAAN MELALUI KWSP I-AKAUN

Login i-Akaun – anda akan mendapati paparan utama seperti di bawah.

Jika anda ingin membuat pilihan pindahan amaun permulaan, sila klik Teruskan.

KWSP akan memberi anggaran perincian akaun Sebelum dan Selepas membuat pemindahan akaun.

Jika anda berminat untuk membuat pemindahan, sila klik Teruskan.

Baca Perakuan Ahli dan klik Terima untuk meneruskan proses pemindahan.

Anda tidak boleh membatalkan pilihan pindahan amaun permulaan ini selepas permohonan dihantar.

Klik Ya untuk meneruskan proses ini.

Anda akan menerima paparan seperti di bawah sekiranya pilihan pindahan anda telah berjaya dihantar.

Permohonan anda adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang ditentukan oleh KWSP.

Sumber: Firdaus Shakirin

Untuk makluman, kelulusan akan mengambil masa 3-5 hari bekerja. Selepas itu, anda perlu membuat permohonan untuk pengeluaran dari Akaun 3 ke akaun bank anda pula.

Jangan lupa buat semakan i-Akaun anda dari semasa ke semasa untuk memastikan permohonan anda berjaya.

Setelah berjaya, sila rujuk langkah-langkah membuat pengeluaran dari Akaun 3 dalam screenshot di bawah.

Cara Membuat Pengeluaran Akaun 3

Untuk makluman, setelah anda membuat pemindahan amaun permulaan ke Akaun 3 (Akaun Fleksibel), anda boleh membuat pengeluaran dari Akaun 3 ke akaun bank anda.

Cara Melakukan PENGELUARAN Akaun 3 (Akaun Fleksibel)

  1. Login I-Akaun.
  2. Klik Pengeluaran.
  3. Klik pada “Keluarkan simpanan anda”
  4. Pilih jenis pengeluaran anda.
  5. Klik Akaun Fleksibel
  6. Jumlah yang boleh dikeluarkan tertera di bahagian kanan atas.
    “Anda boleh mengeluarkan sehingga RMXXXX”
  7. Klik “Keluarkan Sekarang”.
  8. Bayaran pengeluaran dari Akaun Fleksibel / Akaun 3 KWSP akan dibuat dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas permohonan diluluskan.
akaun 3 kwsp fleksibel
akaun 3 kwsp fleksibel
akaun 3 kwsp fleksibel
Sumber : Firdaus Shakirin

Pengeluaran KWSP 2024 (Akaun 1 & Akaun 2)

Pengeluaran keseluruhan simpanan dalam Akaun 1 dan Akaun 2 dibenarkan bagi tahun 2024 ini sekiranya ahli telah mencapai usia 55 tahun.

Ketika ahli telah mencapai usia 55 tahun, caruman dalam Akaun 1 dan Akaun 2 akan digabungkan ke dalam Akaun 55.

Bagi ahli yang memutuskan untuk meneruskan pekerjaan selepas usia 55 tahun, segala caruman yang dibuat selepas usia tersebut akan dimasukkan ke dalam Akaun Emas.

Akaun Emas ini merupakan akaun khas yang mana pengeluarannya hanya dibenarkan setelah ahli mencapai usia 60 tahun.

Siapa yang boleh mohon?

  • Warganegara & Bukan Warganegara
  • Berumur di antara 55 hingga 59 tahun
  • Mempunyai simpanan dalam Akaun 55

Kategori:

  • Pengeluaran penuh​
  • Pengeluaran sebahagian​
  • Pengeluaran bayaran bulanan
  • Kombinasi pengeluaran sebahagian & bayaran bulanan​
  • Bayaran dividen tahunan secara automatik​
  • Bayaran pengeluaran ke IPD yang dilantik

Apa yang boleh dikeluarkan?

Kelayakan PengeluaranWarganegaraBukan Warganegara (Menjadi Ahli Sebelum 1 Ogos 1998)Bukan Warganegara (Menjadi Ahli Pada/ Selepas 1 Ogos 1998)
Semua Simpanan Dalam Akaun 55YaYaYa
Pengeluaran Sebahagian
(Tiada had minimum pengeluaran)
YaYaTidak
Pengeluaran Bayaran Bulanan
(Minimum RM100/ bulan atau RM1,200/ tahun untuk sekurang-kurangnya 12 bulan atau sehingga umur 100 tahun)
YaYaTidak
Kombinasi Pengeluaran Sebahagian dan Bayaran BulananYaYaTidak
Pengeluaran Bayaran Dividen Tahunan Sahaja
Permohonan Bayaran Dividen Tahunan ke atas simpanan tahun sebelumnya secara sekaligus (lump sum)
YaYaTidak
Pengeluaran Bayaran Dividen secara bulanan
Pengeluaran minimum RM600 (RM100 sebulan untuk sekurang-kurangnya 6 bulan). Tempoh bayaran minimum 6 bulan dan maksimum 12 bulan.
YaYaTidak
Pengeluaran Umur 55  Tahun (Pelaburan)
​​​​​​​
Permohonan pada  bila-bila masa.
​​​​​​​Jumlah pindahan minimum RM1,000.00. 
Perlu mengekalkan simpanan minimum RM1,000.00 dalam Akaun 55. 
YaYaTidak

Nota: Permohonan secara dalam talian melalui i-Akaun (Ahli). Pindahan amaun pengeluaran daripada Akaun 55 hanya dibenarkan kepada IPD yang dilantik oleh KWSP.

17 Jenis Pengeluaran KWSP 2024

Untuk memudahkan ahli KWSP membuat persediaan bagi menghadapi persaraan yang lebih selesa, KWSP membenarkan PENGELUARAN PENUH atau PENGELUARAN SEBAHAGIAN daripada simpanan untuk memenuhi keperluan tertentu berhubung kait dengan persaraan selari dengan polisi KWSP sedia ada.

2 kategori pengeluaran yang dibenarkan adalah:

  1. Pengeluaran Sebahagian
    • Umur 50
    • Pendidikan
    • Beli Rumah
    • Bina Rumah
    • Mengurang / Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan
    • Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan
    • Perumahan Fleksibel
    • Perumahan PR1MA
    • Haji
    • Kesihatan Simpanan Melebihi RM1 Juta
  2. Pengeluaran Penuh
    • Umur 55
    • Umur 60
    • Pekerja Berpencen & Pesara Pilihan
    • Hilang Upaya
    • Meninggalkan Negara
    • Kematian

1. Pengeluaran Umur 50 Tahun KWSP

Anda boleh membuat sekali sahaja pengeluaran sebahagian ataupun kesemua simpanan Akaun 2 apabila mencapai umur 50 tahun untuk digunakan sebagai persediaan untuk persaraan anda.

Syarat-syarat:

  • Berumur di antara 50 hingga sebelum mencapai umur 55 tahun
  • Mempunyai simpanan dalam Akaun 2
  • Boleh membuat sekali sahaja pengeluaran sebahagian ataupun kesemua simpanan Akaun 2

2. Pengeluaran Pendidikan

Ahli boleh memilih untuk mengeluarkan simpanan daripada Akaun 2 bagi membantu membiayai pendidikan sendiri, pasangan (suami/isteri), anak-anak dan/atau ibu bapa di institusi dalam dan luar negara yang diluluskan.

Ahli boleh mengeluarkan simpanan Akaun 2 di bawah Pengeluaran Pendidikan untuk membiayai yuran pengajian sekiranya mengikuti pengajian peringkat Sijil Tahap 3, Diploma, Diploma Lanjutan, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, Doktor Falsafah atau yang setara dengannya di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di dalam atau di luar negara mengikut syarat dan prosedur yang ditetapkan.

Untuk maklumat lanjut, boleh klik di pautan ini https://www.kwsp.gov.my/…/withdrawals/partial/education

Pengeluaran kwsp pendidikan

3. Pengeluaran KWSP Untuk Beli Rumah

Untuk makluman Ahli boleh memohon Pengeluaran Membina Rumah sekiranya tidak pernah membuat Pengeluaran Membeli/Membina Rumah dan ingin membina sebuah rumah kediaman/rumah kampung.

Permohonan boleh dipertimbangkan sekiranya pembinaan rumah di atas tanah milik sendiri atau milik suami/isteri di mana suratan hakmilik tanah (geran tanah) yang dikemukakan perlu mencatatkan nama ahli atau pasangan sebagai pemilik tanah selain memenuhi terma dan syarat pengeluaran yang ditetapkan.

Untuk makluman, geran kongsi juga boleh diterima bagi tujuan pengeluaran Membina Rumah.

Geran bagi lot tanah tersebut perlu dikemukakan untuk memastikan pemilik berdaftar dan bahagian tanah tuan untuk tujuan pembinaan rumah.

Klik pautan ini : https://www.kwsp.gov.my/…/withdra…/partial/build-a-house untuk syarat dan dokumen pengeluaran.

Pengeluaran kwsp
Pengeluaran kwsp

4. Bina Rumah

Syarat-syarat:

  • Umur bawah 55
  • Mempunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2
  • Ahli/pasangan ahli membeli tanah dan membina sebuah rumah di atas tanah tersebut
  • Pinjaman yang diluluskan dari pemberi pinjaman yang dibenarkan ATAU pembiayaan sendiri
  • Tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan/ Telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah tetapi telah menjualnya/melupuskan pemilikan
  • Surat Perjanjian Membina Rumah tidak melebihi tiga (3) tahun dari tarikh permohonan diterima

5. Mengurangkan Atau Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan

Anda boleh membuat pengeluaran daripada Akaun 2 bagi mengurang/menyelesaikan baki pinjaman perumahan atau memberi bantuan pembiayaan kepada pasangan.

Syarat-syarat:

  • Umur bawah 55 tahun
  • Mempunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2
  • Telah membeli/membina rumah kediaman*
  • Ahli telah didaftarkan sebagai pemilik rumah tersebut
  • Rumah kediaman telah dicaj sebagai cagaran
  • Ahli masih mempunyai baki pinjaman perumahan daripada institusi yang dibenarkan
  • Permohonan di buat setahun sekali daripada tarikh permohonan yang sebelumnya
  • Pinjaman yang diluluskan oleh institusi yang dibenarkan

6. Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan

Dalam usaha untuk meringankan beban pemilik rumah, KWSP telah memperkenalkan Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan.

Anda boleh membuat pengeluaran KWSP dari Akaun 2 untuk membantu membayar ansuran bulanan sekurang-kurangnya enam bulan atau sehingga masalah kewangan anda selesai.

Syarat-syarat:

  • Umur bawah 55 tahun
  • Sekurang-kurangnya RM600 di dalam Akaun 2
  • Membeli/membina sebuah rumah kediaman
  • Masih mempunyai tunggakan pinjaman perumahan dengan pemberi pinjaman yang diiktiraf oleh KWSP
  • Ansuran bulanan telah bermula
Pengeluaran kwsp

7. Perumahan Fleksibel

Anda boleh menggunakan simpanan KWSP kini dan masa depan untuk menguatkan lagi had kelayakan bagi mendapatkan pinjaman perumahan dari institusi kewangan.

Apakah Perumahan Fleksibel?

Sebahagian dari simpanan di dalam Akaun 2 akan diketepikan untuk Akaun Pinjaman Perumahan Fleksibel.

Semasa penilaian kelayakan pinjaman dibuat, institusi kewangan akan mengira caruman bulanan KWSP anda sebagai sebahagian dari pendapatan.

Kelayakan pinjaman yang lebih tinggi membolehkan anda membeli rumah idaman

Syarat-syarat:

  • Umur bawah 54 tahun
  • Membeli/Membina rumah kediaman
  • Ada pinjaman perumahan dengan institusi kewangan yang diiktiraf KWSP

8. Perumahan PR1MA

Ahli KWSP di alu-alukan untuk menggunakan simpanan semasa dan juga simpanan kemudian hari demi mendapatkan rumah PR1MA pertama anda.

9. Pengeluaran KWSP Untuk Haji

Ahli beragama Islam yang merancang untuk mengerjakan ibadat haji boleh menggunakan simpanan Akaun 2 sebagai tambahan kepada simpanan di Lembaga Tabung Haji (LTH) sebagai perbelanjaan.

Syarat-syarat:

  • Umur bawah 55 tahun
  • Dipilih untuk melakukan ibadat haji oleh LTH
  • Tidak pernah memohon pengeluaran haji
  • Simpanan di LTH tidak mencukupi
Pengeluaran kwsp

10. Kesihatan

KWSP membenarkan ahli yang menghadapi masalah kesihatan untuk membuat pengeluaran daripada Akaun 2 bagi membiayai kos perubatan penyakit kritikal dan peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan untuk:

  • Diri sendiri
  • Ibubapa anda (kandung, angkat, tiri, mentua)
  • Pasangan anda
  • Adik-beradik anda (kandung)
  • Anak-anak (kandung, angkat, tiri)

Syarat-syarat:

  • Berumur 55 tahun ke bawah
  • Mempunyai simpanan dalam Akaun 2
  • Kos perubatan tidak dibiayai sepenuhnya oleh majikan
  • Penyakit/ Peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan oleh KWSP
  • Tidak mendapat rawatan alternatif
Pengeluaran kwsp

TERKINI :

Melalui Bajet 2020 tempoh hari, KWSP juga dijangka akan memperkenalkan kategori pengeluaran baharu kepada pasangan yang menjalani rawatan kesuburan seperti in-vitro fertilisation (IVF).

11. Simpanan Melebihi 1 Juta

KWSP memberi kelonggaran kepada ahli yang mempunyai simpanan lebih dari RM1 juta untuk membuat pengeluaran dan mengurus sendiri lebihan simpanan.

12. Hilang Upaya

Ahli boleh mengeluarkan semua simpanan KWSP sekiranya disahkan oleh doktor yang merawat puan dan/atau pegawai perubatan di Lembaga Perubatan / Klinik Panel yang dilantik oleh KWSP bahawa puan tidak berupaya dari segi fizikal atau mental atau kehilangan keupayaan fungsional kekal untuk memperolehi pekerjaan (employability) setelah mencapai tahap Pemulihan Perubatan Maksima (MMI).

Permohonan yang lengkap boleh dikemukakan di Pejabat KWSP berdekatan dan akan diproses untuk kelulusan dalam tempoh 21 hari bekerja daripada tarikh diterima jika memenuhi terma dan syarat yang ditetapkan.

Untuk semakan syarat dan dokumen pengeluaran, klik https://www.kwsp.gov.my/…/withdrawals/full/incapacitation

Syarat-syarat:

  • Bawah umur 55 tahun
  • Ada simpanan di dalam KWSP
  • Tidak Bekerja
  • Disahkan oleh pegawai perubatan, telah hilang upaya fizikal atau mental
  • Mesti dinilai oleh Lembaga Perubatan KWSP.
  • Temujanji penilaian oleh Lembaga Perubatan KWSP akan ditetapkan ketika penyerahan permohonan di kaunter

13. Meninggalkan Negara

Ahli yang telah melepaskan atau melucutkan taraf kewarganegaraan Malaysia untuk berhijrah ke negara lain; atau ekspatriat; penduduk tetap (PR); atau pekerja asing yang kembali ke negara asal, boleh memilih untuk mengeluarkan kesemua simpanannya di KWSP.

14. Meninggal Dunia

Sekiranya anda meninggal dunia, pengeluaran KWSP anda boleh menjadi jaminan kepada orang-orang tersayang dan akan dapat membantu meringankan beban kewangan serta menampung perbelanjaan pengurusan pengebumian.

Oleh itu, pastikan anda membuat penamaan bagi membolehkan waris terdekat anda mengeluarkan simpanan KWSP tanpa sebarang kesulitan.

Ahli keluarga yang di bawah tanggungan anda juga akan dipertimbangkan untuk menerima satu bayaran Bantuan Kematian bagi membantu mereka dalam waktu kesulitan.

15. Pekerja Berpencen / Persaraan Pilihan

Pekerja sektor awam boleh membuat pengeluaran sekali sahaja sebelum umur 55 tahun setelah diberikan taraf Pekerja Berpencen.

Syarat-syarat:

  • Umur bawah 55 tahun
  • Pekerja dalam sektor awam / Kementerian Pertahanan / Perkhidmatan Tentera dan mencarum dalam KWSP
  • Diberi taraf berpencen oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

*Definisi pekerja berpencen ialah pekerja yang telah diletakan dalam jawatan di bawah mana-mana undang-undang bertulis, yang menjelaskan pengambilan pekerja di dalam perjawatan berpencen oleh Kerajaan Malaysia ataupun Kerajaan Negeri atau badan kuasa berkanun atau tempatan.

16. Pengeluaran KWSP Umur 55 Tahun

Apabila mencapai umur 55 tahun, caruman yang diterima ke dalam Akaun 1 dan Akaun 2 anda akan digabungkan ke dalam Akaun 55.

Anda boleh mengeluarkan kesemua atau sebahagian daripada simpanan daripada akaun ini pada bila-bila masa.

Sekiranya anda memilih untuk terus bekerja selepas umur 55 tahun, caruman yang diterima selepas itu akan dikreditkan ke dalam Akaun Emas yang hanya boleh dikeluarkan apabila anda mencapai umur 60 tahun.

17. Pengeluaran KWSP Umur 60 Tahun

Pengeluaran ini merupakan lanjutan daripada pengeluaran umur 55 tahun, dan ia memenuhi keperluan ahli yang memilih untuk melanjutkan umur persaraan dan sambung bekerja selepas umur 55 tahun.

Pada umur 60 tahun, kesemua simpanan yang terkumpul dalam Akaun 55 (jika ada) dan Akaun Emas akan digabungkan untuk pengeluaran.

Anda boleh memilih untuk membuat pengeluaran secara sekali gus atau sebahagian pada bila-bila masa untuk membiayai persaraan anda.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkaitan proses pengeluaran beserta dokumen yang diperlukan, rujuk maklumat terkini dari laman web KWSP di pautan berikut https://www.kwsp.gov.my/ms/member/withdrawals.

Anda juga boleh dapatkan maklumat sahih melalui saluran rasmi KWSP di:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!