MyDigital ID Kiosk : Senarai Lokasi Seluruh Malaysia

MyDigital ID Kiosk : Senarai Lokasi Seluruh Malaysia

Seperti siaran akhbar yang telah dikeluarkan pada Mac 2024 lalu oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Kerajaan telah memperkenalkan  satu bentuk pengenalan dan pengesahan diri secara digital iaitu MyDigital ID.

ID Digital Nasional ini dapat memudahkan rakyat berurusan secara bersemuka atau secara jarak jauh di alam maya dengan penyedia perkhidmatan digital dari sektor awam dan swasta bagi tujuan pengesahan identiti dengan selamat, terjamin dan menjimatkan masa.

Menyeru kepada manfaat ini, Kerajaan telah menyediakan banyak MyDigital ID Kiosk seluruh negara untuk memudahkan anda membuat pendaftaran secara walk-in.

Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda senarai lokasi MyDigital ID Kiosk yang berdekatan anda, dan cara membuat pendaftaran dengan mudah.

Baca juga:

Apa itu MyDigital ID Kiosk?

MyDigital ID adalah satu inisiatif Kerajaan bagi pengesahan identiti yang selamat dan sah untuk pengguna dalam talian.

MyDigital ID Kiosk pula adalah satu kaunter mesin yang disediakan di lokasi terpilih untuk membolehkan anda membuat pendaftaran MyDigital ID.

Kini, anda boleh membuat pendaftaran secara walk-in sahaja di mana-mana MyDigital ID Kiosk di seluruh Malaysia untuk lebih mudah.

Kelebihan Teknologi MyDigital ID

Berikut adalah lapan kelebihan utama teknologi MyDigital ID:

  • Selamat : MyDigital ID hanya mengenal pasti identiti pengguna dan tidak menyimpan sebarang data peribadi.
  • Mudah : Dengan MyDigital ID, tiada keperluan log masuk berbilang untuk pelbagai urusan dalam talian.
  • Pantas : Hanya beberapa saat diperlukan untuk mengesahkan identiti individu.
  • Pintar : MyDigital ID mengurangkan risiko penipuan dengan mengesahkan identiti tanpa melibatkan perkongsian dokumen.
  • Tepat : MyDigital ID memperoleh rujukan dan maklumat terkait daripada pangkalan data Kerajaan.
  • Utuh : MyDigital ID adalah sistem tersulit dilengkapi lapisan keselamatan yang teguh dan sukar digodam.
  • Unik : Seorang individu, satu identiti digital untuk mengakses pelbagai perkhidmatan dalam talian.
  • Dipercayai : MyDigital ID adalah inisiatif yang dilaksana, disokong, dan diiktiraf Kerajaan.

Senarai Lokasi MyDigital ID Kiosk

Berikut adalah senarai lokasi MyDigital ID Kiosk di seluruh Malaysia:

Johor

  1. Tealive Taman Kota Masai, Pasir Gudang, Johor
  2. Tealive Midvalley Southkey JB
  3. Tealive Taman Desaru Utama, Johor
  4. Tealive Bandar Baru Kangkar Pulai, Johor
  5. Tealive Larkin JB, Johor
  6. Tealive Parit Raja, Johor
  7. Tealive AEON KulaiJaya
  8. Tealive Taman Nusa Bestari 2,Gelang Patah, Johor
  9. Tealive Setia Tropika Welcome Center
  10. Tealive AEON Bandar Dato Onn
  11. Tealive Plus Aeon Tebrau City
  12. Tealive Aeon Bukit Indah, Johor Bahru
  13. Tealive Mydin Mutiara Rini, Johor
  14. Tealive Parit Sulong, Johor
  15. Tealive IOI Mall Kulai, Johor
  16. Tealive Labis
  17. Tealive Ulu Tiram, Johor
  18. Tealive Jalan Genuang Perdana, Segamat, Johor
  19. Tealive Pusat Perdagangan Pekan Nanas, Johor
  20. Tealive Taman Anggerik, Bandar Tenggara, Johor
  21. Tealive Mersing, Johor
  22. Tealive Johor Premium Outlets
  23. Tealive Jalan Soga Batu Pahat Shoplot
  24. Tealive Taman Jelita, Yong Peng, Johor
  25. Tealive Pusat Perniagaan Naib Long 2, Tangkak Johor
  26. Tealive KIP Mart Masai
  27. Tealive Permas Jaya
  28. Tealive Lotus Muar, Johor
  29. Tealive KIP Mart Tampoi
  30. Tealive Taman Pelangi JB, Johor
  31. Tealive Pusat Perniagaan Mas Jaya, Muar, Johor
  32. Tealive Arked Meranti, UTM Johor
  33. Tealive Benut, Johor
  34. Tealive Galleria, Kotaraya, JB
  35. Tealive Impiana Square Kluang, Johor
  36. Tealive Jalan Besar, Johor
  37. Tealive Lotus Kluang, Johor
  38. Tealive Taman Daya Sentral DT, Johor
  39. Tealive Jementah, Johor
  40. Tealive Sungai Rengit, Pengerang, Johor
  41. Tealive Taman Molek, Johor
  42. Tealive Sunway Big Box Village
  43. JPN Cawangan Ibu Pejabat Negeri
  44. JPN Cawangan UTC Pasir Gudang
  45. JPN Cawangan UTC Johor
  46. JPN Daerah Muar
  47. JPN Daerah Kota Tinggi
  48. JPN Daerah Kecil Yong Peng
  49. JPN Daerah Kecil Rengit
  50. JPN Daerah Kecil Labis
  51. JPN Cawangan Simpang Renggam
  52. JPN Daerah Batu Pahat
  53. JPN Daerah Kluang
  54. JPN Daerah Tangkak
  55. JPN Daerah Kulaijaya
  56. JPN Daerah Kecil Pagoh
  57. Tealive IOI Mall Kulai, Johor

Melaka

  1. Tealive Sungai Udang, Melaka
  2. Tealive Pusat Perniagaan Bukit Baru Utama, Melaka
  3. Tealive Batu Berendam
  4. Aeon Ayer Keroh Melaka
  5. Tealive Klebang, Melaka
  6. Tealive KIP Mall, Melaka
  7. Tealive Taman Puncak Bertam, Melaka
  8. Tealive Kuala Sungai Baru, Melaka
  9. JPN Ibu Pejabat Negeri Melaka
  10. JPN Daerah Jasin
  11. JPN Cawangan Alor Gajah
  12. JPN Cawangan Bandar Alor Gajah
  13. JPN Cawangan UTC Melaka

Negeri Sembilan

  1. Tealive Lotuss Seremban Jaya
  2. Tealive AEON Seremban 2
  3. Tealive Lotuss Seremban Jaya, Negeri Sembilan
  4. Tealive Serintin Mantin 1
  5. Tealive Seremban Gateway, NS
  6. Tealive AEON Nilai
  7. Tealive Lotus Nilai 2
  8. Tealive Taman Seri Intan, Tampin, Negeri Sembilan
  9. Tealive Lukut, Negeri Sembilan
  10. JPN Daerah Port Dickson
  11. JPN Cawangan UTC Negeri Sembilan
  12. JPN Daerah Tampin
  13. JPN Daerah Rembau
  14. JPN Daerah Kuala Pilah
  15. JPN Daerah Jempol
  16. JPN Daerah Jelebu
  17. JPN Daerah Kecil Gemas

Selangor

  1. Tealive Plus Sunway Pyramid 1
  2. Tealive Giant Batu Caves
  3. Tealive Aeon Shah Alam
  4. Tealive Plus IOI City Mall Phase II
  5. Tealive AEON Bukit Tinggi
  6. Tealive Mitsui Outlet Park 2, Selangor
  7. Tealive Bukit Sentosa, Rawang
  8. Tealive Plus Setia City Mall
  9. Tealive Sri Gombak
  10. Tealive Ampang Point
  11. Tealive Kota Kemuning 2
  12. Tealive DPulze Cyberjaya
  13. Tealive Bandar Sunway
  14. Tealive Taman Puchong Utama
  15. Tealive Lotuss Puncak Alam, Selangor
  16. Tealive Mydin USJ
  17. Tealive Lotus’s Kajang
  18. Tealive DT Shell Tengku Ampuan Rahimah
  19. Tealive Lotus’s Bukit Puchong
  20. Tealive The Curve
  21. Tealive Bandar Baru Salak Tinggi, Selangor
  22. Tealive Bandar Tun Hussein Onn Cheras
  23. Tealive AEON Rawang
  24. Tealive KIP Mart Bangi
  25. Tealive DT Shell Bandar Puteri Klang
  26. Tealive Alam Megah Seksyen 28, Shah Alam
  27. Tealive MRT Sungai Buloh Station
  28. Tealive Paradigm Mall PJ
  29. Tealive Lotus’s Shah Alam
  30. Tealive Plus Setia City Mall 2
  31. Tealive Pusanika UKM, Bangi, Selangor
  32. Tealive Giant Shah Alam
  33. Tealive Klang Parade
  34. Tealive The Mines 2, Seri Kembangan
  35. Tealive Centerpoint
  36. Tealive Amerin Mall, Seri Kembangan
  37. Tealive Lotus Semenyih
  38. Tealive Taman Equine Seri Kembangan
  39. Tealive Lotus Bukit Beruntung, Selangor
  40. Tealive Kuala Kubu Bharu Hospital
  41. Tealive Semenyih Vista Valley 2, Selangor
  42. Tealive AEON Cheras Selatan
  43. Tealive Sabak Bernam, Selangor
  44. Tealive Metro Point Kajang 2
  45. Tealive Bandar Puteri Puchong
  46. Tealive Dataran Villa Sip Buloh
  47. Tealive AEON Bukit Raja
  48. Tealive SB Mall Sungai Buloh Selangor
  49. Tealive Lotus’s Semenyih
  50. Tealive Lotus’s Puchong
  51. Tealive Lotus’s Klang
  52. Tealive Taman Kajang Prima, Selangor
  53. Tealive Plaza Alam 2
  54. Tealive Shaftbury Cyberjaya 2
  55. Tealive UPM Serdang, Selangor
  56. Tealive Temu Business Park, Elmina, Selangor
  57. Tealive Antara Gapi Serendah, Selangor
  58. Tealive Plus R&R Sungai Buloh (South Bound)
  59. Tealive Eco-Shop Taman Mas, Puchong, Selangor
  60. Tealive UiTM Puncak Alam
  61. Tealive Drive-Thru Paradise Fair, Bandar Tasik Puteri Rawang
  62. Tealive Subang Skypark
  63. Tealive TMC You City Cheras, Selangor
  64. Tealive ST Rosyam Mart 24hr, Semenyih, Selangor
  65. Tealive IOI Puchong 3
  66. Tealive Whitten Eco Majestic, Semenyih
  67. JPN Cawangan UTC Selangor
  68. JPN Daerah Gombak
  69. JPN Daerah Hulu Langat
  70. JPN Daerah Hulu Selangor
  71. JPN Daerah Klang
  72. JPN Cawangan Kota Damansara
  73. JPN Daerah Kuala Langat
  74. JPN Daerah Kuala Selangor
  75. JPN Daerah Petaling Jaya
  76. JPN Cawangan Rawang
  77. JPN Daerah Sabak Bernam
  78. JPN Daerah Sepang
  79. Tealive Citta Mall

Kuala Lumpur

  1. Tealive Plus Pavilion KL
  2. Tealive Plus Suria KLCC, Kuala Lumpur
  3. Tealive Nu Sentral 2
  4. Tealive Plus TRX, KL
  5. Tealive Plus the Gardens Mall
  6. Tealive Berjaya Times Square
  7. Tealive Plus Mid Valley Megamall KL
  8. Tealive KL Convention Centre, KL
  9. Tealive Plus Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur
  10. Tealive Setapak Central, KL
  11. Tealive Sri Petaling
  12. Tealive Lot F-8 Aeon Alpha Angle, Kuala Lumpur
  13. Tealive Pandan Indah 2
  14. Tealive Lotus’s Ampang
  15. Tealive Kuchai Lama
  16. Tealive Selayang
  17. Tealive Bangsar South Nexus
  18. Tealive KL East Shopping Gallery
  19. Tealive Wangsa Walk Mall, KL
  20. Tealive MyTown 2
  21. Tealive Sungai Mas Plaza, Kuala Lumpur
  22. Tealive Melawati Mall
  23. Tealive Sunway Putra 2
  24. Tealive Pandan Jaya, KL
  25. Tealive AEON Metro Prima Kepong
  26. Tealive Brem Mall, Kepong
  27. Tealive Kenanga Wholesale City
  28. Tealive Bukit Jalil
  29. Tealive Lotus’s Kepong
  30. Tealive Sogo 2
  31. Tealive IJN
  32. Tealive Aeon Big Danau Kota, Kuala Lumpur
  33. Tealive Pasar Seni LRT
  34. Tealive Sunway Velocity II
  35. Tealive Bandar Damai Perdana, KL
  36. Tealive Plus Avenue K 2
  37. Tealive Taman Keramat Permai, Setiawangsa KL
  38. Tealive Kepong Laman Rimbunan
  39. Tealive Plus Bangsar Village 1
  40. Tealive The Waterfront Desa ParkCity
  41. Tealive Mytown, Kuala Lumpur
  42. Tealive Lotus’s Selayang
  43. Tealive AEON Big Wangsa Maju
  44. Tealive Taman Ehsan Kepong
  45. Tealive TRX MRT Station, KL
  46. Tealive MRT Bukit Bintang Station, KL
  47. Tealive LRT Bank Rakyat Bangsar
  48. Tealive Plus Pavilion Damansara Heights
  49. Tealive One Maxim 2, Sentul, Kuala Lumpur
  50. MIMOS Berhad
  51. Tealive AEON Taman Maluri
  52. JPN Cawangan Ibu Pejabat Negeri
  53. JPN Daerah Seputeh
  54. JPN Cawangan Bandar Tun Razak
  55. JPN Cawangan UTC Kuala Lumpur
  56. JPN Cawangan UTC Sentul

Wilayah Persekutuan Labuan

  1. JPN Cawangan Ibu Pejabat Negeri
  2. Tealive Financial Park Complex, Labuan

Pahang

  1. Tealive Lotus Indera Mahkota, Pahang
  2. Tealive Kuala Lipis, Pahang
  3. Tealive TMG Mall 2, Tanjung Lumpur, Pahang
  4. Tealive East Coast Mall 3, Pahang
  5. Tealive Tanjung Gemok, Rompin Pahang
  6. Tealive Jalan Tun Ismail Kuantan Pahang
  7. Tealive Indera Mahkota 2, Kuantan Pahang
  8. Tealive Bandar Baru Jerantut, Pahang
  9. Tealive Karak, Pahang
  10. Tealive Taman Berserah, Pahang
  11. Tealive Kampung Padang, Kuantan Pahang
  12. Tealive EcoShop Jengka, Pahang
  13. Tealive Triang, Pahang
  14. JPN Cawangan Ibu Pejabat Negeri
  15. JPN Cawangan UTC Pahang
  16. JPN Daerah Jengka
  17. JPN Daerah Temerloh
  18. JPN Daerah Bentong
  19. JPN Daerah Raub
  20. JPN Daerah Pekan
  21. JPN Daerah Kuala Lipis
  22. JPN Daerah Jerantut
  23. JPN Daerah Bera
  24. Tealive Kuantan Parade 2
  25. Tealive Genting Grand Hotel

Perak

  1. Tealive Jln Perak, Penang
  2. Tealive Jalan Taiping, Kuala Kangsar, Perak
  3. Tealive Tapah, Perak
  4. Tealive Simpang Pulai, Perak
  5. Tealive Lotus Taiping
  6. Tealive Pusat Perniagaan Silibin, Jelapang, Perak
  7. Tealive Lenggong, Perak
  8. Tealive Lotus Teluk Intan, Perak
  9. Tealive Behrang Residen, Perak
  10. Tealive Batu Kurau, Perak
  11. Tealive Tambun Sunway City, Perak
  12. Tealive Sungai Siput, Perak
  13. Tealive Jalan Terminal Kampar, Perak
  14. Tealive Lotus Seri Iskandar, Perak
  15. Tealive Lotus’s Pulai Hartamas, Perak
  16. Tealive Bidor, Perak
  17. Tealive Langkap, Perak
  18. Tealive Lumut Indah, Perak
  19. JPN Cawangan Ibu Pejabat Negeri
  20. JPN Cawangan UTC Perak
  21. JPN Daerah Perak Tengah
  22. JPN Daerah Hilir Perak
  23. JPN Daerah Mualim
  24. JPN Daerah Manjung
  25. JPN Daerah Larut Matang dan Selama
  26. JPN Daerah Kuala Kangsar
  27. JPN Daerah Kinta
  28. JPN Daerah Kerian
  29. JPN Daerah Kecil Selama
  30. JPN Daerah Kecil Pengkalan Hulu
  31. JPN Daerah Kecil Lenggong
  32. JPN Daerah Kecil Kampung Gajah
  33. JPN Daerah Kampar
  34. JPN Daerah Hulu Perak
  35. JPN Cawangan Tanjung Malim

Pulau Pinang

  1. Tealive Bagan Ajam Butterworth
  2. Tealive Jln Perak, Penang
  3. Tealive Batu Kawan, Pulau Pinang (Drive-Thru)
  4. Tealive All Season Place Penang
  5. Tealive Design Village Outlet
  6. Tealive Lotus’s Penang Egate
  7. Tealive Maju Utama Bukit Mertajam 3, Penang
  8. Tealive Oren, Bukit Mertajam, Pulau Pinang
  9. Tealive Penang Sentral
  10. Tealive Lotuss Seberang Perai, Penang 2
  11. JPN Cawangan Ibu Pejabat Negeri
  12. JPN Cawangan UTC Pulau Pinang
  13. JPN Daerah Seberang Perai Utara
  14. JPN Daerah Seberang Perai Tengah
  15. JPN Daerah Seberang Perai Selatan
  16. JPN Daerah Barat Daya

Terengganu

  1. Tealive KTCC Mall
  2. Tealive Kerteh, Terengganu
  3. JPN Cawangan Ibu Pejabat Negeri
  4. JPN Cawangan UTC Terengganu
  5. JPN Daerah Kemaman
  6. JPN Daerah Setiu
  7. JPN Daerah Marang
  8. JPN Daerah Hulu Terengganu
  9. JPN Daerah Dungun
  10. JPN Daerah Besut

Kelantan

  1. Tealive KB Mall Kelantan
  2. Tealive Pasir Puteh, Kelantan
  3. Tealive Tumpat, Kelantan
  4. Tealive Lotus Kota Bharu, Kelantan
  5. Tealive Kuala Krai, Kelantan
  6. JPN Cawangan Ibu Pejabat Negeri
  7. JPN Cawangan UTC Kelantan
  8. JPN Daerah Tumpat
  9. JPN Daerah Tanah Merah
  10. JPN Daerah Pasir Puteh
  11. JPN Daerah Pasir Mas
  12. JPN Daerah Machang
  13. JPN Daerah Kuala Krai
  14. JPN Daerah Jeli
  15. JPN Daerah Gua Musang
  16. JPN Daerah Bachok
  17. JPN Daerah Ketereh

Perlis

  1. JPN Cawangan Ibu Pejabat Negeri
  2. JPN Cawangan UTC Perlis

Kedah

  1. Tealive Landmark Central Kulim
  2. Tealive Taman Tuanku Hamidah, Kedah
  3. Tealive Lotus’s Bandar Puteri Jaya
  4. Tealive Kuala Ketil, Kedah
  5. Tealive Lotus Sg Petani, Kedah
  6. Tealive Kuala Nerang, Kedah
  7. Tealive Yan, Kedah
  8. Tealive Central Square Sungai Petani, Kedah
  9. MIMOS Berhad
  10. JPN Cawangan Ibu Pejabat Negeri
  11. JPN Cawangan UTC Alor Setar
  12. JPN Cawangan UTC Sungai Petani
  13. JPN Daerah Yan
  14. JPN Daerah Pendang
  15. JPN Daerah Sik
  16. JPN Daerah Pokok Sena
  17. JPN Daerah Padang Terap
  18. JPN Daerah Bandar Baharu
  19. JPN Daerah Kulim
  20. JPN Cawangan Kubang Pasu
  21. JPN Daerah Langkawi

Sabah

  1. Tealive Aeropod Commercial Square, Kota Kinabalu, Sabah
  2. JPN Cawangan Ibu Pejabat Negeri
  3. JPN Cawangan UTC Sabah
  4. JPN Daerah Tawau
  5. JPN Daerah Kalabakan
  6. JPN Daerah Sandakan
  7. JPN Daerah Lahad Datu
  8. JPN Daerah Tuaran
  9. JPN Daerah Semporna
  10. JPN Daerah Tenom
  11. JPN Daerah Telupid
  12. JPN Daerah Tambunan
  13. JPN Daerah Sipitang
  14. JPN Daerah Ranau
  15. JPN Daerah Pitas
  16. JPN Daerah Papar
  17. JPN Daerah Kunak
  18. JPN Daerah Kudat
  19. JPN Daerah Kota Marudu
  20. JPN Daerah Kota Belud
  21. JPN Daerah Beluran
  22. JPN Daerah Beaufort
  23. JPN Cawangan UTC Keningau
  24. JPN Cawangan Inanam
  25. Tealive Plaza 333 Kota Kinabalu Sabah
  26. Tealive Bunga Road Fajar Complex, Tawau, Sabah
  27. Tealive Tawau Kubota Central
  28. Tealive Lintas Plaza, Kota Kinabalu, Sabah
  29. Tealive ITCC Mall Sabah
  30. Baskbear Coffee Bandar Indah, Sandakan Sabah
  31. Baskbear Coffee Plaza 333 Penampang, Sabah
  32. Baskbear Coffee Garden City Tawau, Sabah
  33. Tealive Inanam Mall, Kota Kinabalu Sabah
  34. Tealive Pavilion Commercial Bundusan, Penampang Sabah
  35. Tealive Petronas Jalan Bokara, Sandakan, Sabah
  36. Tealive Cerah Commercial Centre (Phase II), Beaufort, Sabah
  37. Tealive Petronas Jalan Mat Salleh, Kota Kinabalu, Sabah
  38. Tealive Taman Semarak, Tawau, Sabah
  39. Tealive 1Borneo Hypermall Sabah
  40. Tealive Bandar Sierra, KK, Sabah
  41. Tealive Servay Jaya Hypermarket, Kota Marudu Sabah
  42. Tealive Bandau Commercial Centre Kota Marudu Shoplot, Sabah
  43. Tealive Plaza 22, Papar Sabah
  44. Tealive Palm Square Kinurat Sabah
  45. Tealive Plaza Putatan, Kota Kinabalu, Sabah
  46. Tealive Warisan Square, Kota Kinabalu, Sabah
  47. Tealive Elopura Hotel 2, Sandakan, Sabah
  48. Tealive Telupid, Telupid, Sabah
  49. Tealive Petronas Mile 8, Sandakan, Sabah
  50. Tealive Pekan Tuaran, Sabah
  51. Tealive Plaza CKS Tuaran, Sabah
  52. Tealive Kota Belud, Sabah
  53. Tealive Bataras Hypermarket Tawau, Sabah
  54. Tealive SEDCO Kudat Sabah
  55. Tealive Petronas KKIP, Kota Kinabalu, Sabah
  56. Tealive Plaza Juta, Likas Sabah
  57. Baskbear Coffee Aeropod Commercial Square, KK
  58. Baskbear Coffee Solaris Tuaran, Sabah
  59. Baskbear Coffee Parklane City Benoni, Papar, Sabah
  60. Baskbear Coffee Putatan, Sabah
  61. Tealive Pitas Kota Marudu, Sabah
  62. Tealive Mydin Sandakan 2, Sabah
  63. Tealive Marketplace Semporna, Sabah
  64. Tealive IJM Sandakan
  65. Tealive Jalan Teratai, Lahad Datu Sabah
  66. Tealive Kunak, Sabah
  67. Tealive City Mall Kota Kinabalu
  68. Tealive Suria Sabah
  69. Tealive Eden Centrepoint Sabah
  70. Tealive Imago Sabah
  71. Tealive Donggongon, Penampang, Sabah
  72. Tealive Menggatal Plaza Phase 1, Kota Kinabalu, Sabah
  73. Tealive Sandakan Prima Square
  74. Tealive Semporna Sabah
  75. Tealive Bandar Benoni Papar, Sabah
  76. Tealive Adika Commercial Complex, Keningau, Sabah
  77. Tealive Perdana Square, Lahad Datu, Sabah
  78. Tealive Plaza Legacy, Sulaman, Tuaran, Sabah
  79. Tealive Taman Seri Balung, Tawau
  80. Tealive Wisma Arked Print, Kota Belud, Sabah
  81. Tealive Petronas Penampang, Kota Kinabalu, Sabah
  82. Tealive Orchard Plaza, Tenom, Sabah
  83. Tealive Sipitang Shoplot Sabah
  84. Tealive EG Mall Inanam, Kota Kinabalu, Sabah
  85. Tealive Tambunan, Sabah
  86. Tealive University Plaza KK Sabah

Sarawak

  1. Tealive Aiman Mall, Kota Samarahan
  2. JPN Cawangan Ibu Pejabat Negeri
  3. JPN Cawangan UTC Sibu
  4. JPN Cawangan UTC Miri
  5. JPN Cawangan RTC Sibuti
  6. JPN Bahagian Sri Aman
  7. JPN Bahagian Sarikei
  8. JPN Bahagian Samarahan
  9. JPN Bahagian Mukah
  10. JPN Bahagian Limbang
  11. JPN Bahagian Kapit
  12. JPN Bahagian Bintulu
  13. JPN Daerah Tatau
  14. JPN Daerah Tanjung Manis
  15. JPN Daerah Simunjan
  16. JPN Bahagian Serian
  17. JPN Daerah Saratok
  18. JPN Daerah Matu
  19. JPN Daerah Marudi
  20. JPN Daerah Lundu
  21. JPN Daerah Lubok Antu
  22. JPN Daerah Lawas
  23. JPN Daerah Kecil Tebedu
  24. JPN Daerah Kecil Sebuyau
  25. JPN Daerah Kecil Sebauh
  26. JPN Daerah Kecil Selangau
  27. JPN Daerah Kecil Sadong Jaya
  28. JPN Daerah Kecil Roban
  29. JPN Daerah Kecil Pusa
  30. JPN Daerah Kecil Pakan
  31. JPN Daerah Kecil Niah
  32. JPN Daerah Kecil Maludam
  33. JPN Daerah Kecil Long Lama
  34. JPN Daerah Kecil Lingga
  35. JPN Daerah Kecil Kabong
  36. JPN Daerah Kecil Engkilili
  37. JPN Daerah Kecil Debak
  38. JPN Daerah Kecil Balingian
  39. JPN Daerah Kanowit
  40. JPN Daerah Daro
  41. JPN Daerah Dalat
  42. JPN Daerah Bintangor
  43. JPN Daerah Betong
  44. JPN Daerah Belaga
  45. JPN Daerah Bau
  46. JPN Daerah Julau
  47. Tealive Eastern Mall, Kuching, Sarawak
  48. Tealive Permaisuri Imperial City Mall Miri
  49. Tealive Petronas Jalan Bulan Sabit, Miri, Sarawak
  50. Tealive Sentosa Parade, Kuching
  51. Tealive Miri Times Square, Sarawak
  52. Tealive Boulevard Shopping Mall, Miri Sarawak
  53. Tealive The Spring Bintulu
  54. Tealive Plaza Merdeka, Kuching Sarawak
  55. Tealive Emart Bintulu, Sarawak
  56. Tealive Farley Mall Kuching
  57. Tealive Viva City Kuching
  58. Tealive The Spring
  59. Tealive AEON Kuching Central
  60. Tealive Metrocity Square, Kuching Sarawak
  61. Tealive The Northbank Drive Thru Kuching Sarawak
  62. Tealive Meridian Central Bintulu Sarawak
  63. Baskbear Coffee Summer Mall, Sarawak
  64. Baskbear Coffee Mydin Vista Tunku Hypermarket, Sarawak
  65. Baskbear Coffee DT Bintulu Paragon, Sarawak
  66. Baskbear Coffee Rock Road Kuching, Sarawak
  67. Baskbear Coffee Satok Kuching, Sarawak
  68. Tealive Wisma Wan Abu Bakar
  69. Tealive Emart Moyan, Kuching Sarawak
  70. Tealive Lepapa Sri Aman, Sarawak
  71. Tealive Emart Batu Kawa, Kuching Sarawak
  72. Tealive Jalan Laksamana Cheng Ho, Kuching Sarawak
  73. Tealive Kapit, Sarawak
  74. Tealive Hans Residence, Sibu Sarawak
  75. Tealive Sibu Jaya, Sarawak
  76. Tealive Town Square, Sibu Sarawak
  77. Tealive DT Petronas Sungai Merah, Sibu, Sarawak
  78. Tealive Samariang Square Kuching, Sarawak
  79. Tealive Betong, Sarawak
  80. Tealive Samariang Ria Commercial Centre, Kuching Sarawak
  81. Tealive Serian Piazza, Samarahan, Sarawak
  82. Tealive EcoMall Petra Jaya, Kuching, Sarawak
  83. Tealive Bintangor, Sarawak
  84. Tealive Bau, Sarawak
  85. Tealive Petronas Tasik Biru, Bau, Sarawak
  86. Tealive Summer Mall, Samarahan Sarawak
  87. Tealive Sarikei, Sarawak

Anda juga boleh semak secara online berkenaan lokasi MyDigital ID Kiosk melalui pautan berikut: https://www.digital-id.my/#kiosk

Cara Mendaftar Di Kiosk & Telefon Pintar

Cara Buat Pendaftran Melalui Kios

  1. Muat turun dan pasangkan aplikasi MyDigital ID di telefon pintar anda.
  2. Sediakan MyKad.
  3. Masukkan MyKad, dan letakan ibu jari di pengimbas. Jangan alihkan sehingga selesai imbasan.
  4. Pastikan segala maklumat anda adalah tepat.
  5. Keluarkan MyKad anda.
  6. Pengesahan berjaya.

Cara Daftar Di Telefon Pintar

  1. Buka aplikasi MyDigital ID dan imbas QR yang terpapar di kios.
  2. Teruskan pendaftaran di telefon pintar.
  3. Masukkan kata laluan (8 aksara).
  4. Jawab “Ya” untuk menyimpan identiti digital.
  5. Identiti digital anda telah disimpan ke dalam aplikasi MyDigital ID.

Muat Turun Aplikasi MyDigital ID

Anda boleh memuat turun aplikasi MyDigital ID secara percuma ke dalam telefon pintar anda menerusi pautan berikut:

Soalan Lazim

1. Apa itu MyDigital ID?

MyDigital ID adalah sistem pengenalan diri yang sah dan selamat untuk kegunaan dalam talian.

2. Adakah MyDigital ID satu alternatif pengenalan diri yang menggantikan MyKad?

Tidak. MyDigital ID tidak menggantikan MyKad atau mana-mana dokumen pengenalan diri lain. MyDigital ID ialah pengenalan diri untuk transaksi dalam talian.

3. Adakah MyDigital ID menyimpan data biometrik pengguna seperti cap jari, maklumat iris mata atau pengecaman wajah?

Tidak. MyDigital ID tidak menyimpan sebarang data biometrik pengguna.

4. Adakah MyDigital ID mengumpul data peribadi atau memantau pengguna dalam talian?

Tidak. MyDigital ID tidak mengumpul data peribadi dan tidak memantau sebarang data aktiviti pengguna dalam talian

5. Bolehkah pengguna memiliki lebih daripada satu identiti digital?

Tidak boleh. MyDigital ID tidak membolehkan pengguna memiliki atau mendaftar lebih daripada 1 (satu) identiti digital.

6. Adakah teknologi MyDigital ID menggunakan sebarang cip atau implan ke atas pengguna?

Sudah tentu tidak! MyDigital ID tidak perlu dan tidak akan menggunakan sebarang cip atau implan ke atas pengguna. Sistem ini memperoleh rujukan dan maklumat daripada pangkalan data MyKad dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

7. Adakah pengguna MyDigital ID perlu membayar yuran pendaftaran?

Tidak perlu. Pendaftaran MyDigital ID adalah percuma kepada semua rakyat Malaysia.

8. Adakah terdapat tarikh luput atau tempoh sah bagi MyDigital ID yang telah didaftarkan?

Ya, Sijil Kuasa MyDigital ID adalah sah digunakan selama 1 (satu) tahun selepas tarikh pendaftaran. Ini adalah salah satu ciri keselamatan MyDigital ID. Selepas tarikh luput, pengguna perlu memperbaharui pendaftaran.

9. Apakah maksud log masuk tunggal (Single Sign-On) dalam konteks MyDigital ID?

MyDigital ID boleh digunakan sebagai kaedah log masuk untuk perkhidmatan dalam talian. Kaedah log masuk tunggal beerti penggunaan log masuk yang boleh digunakan untuk semua perkhidmatan dalam talian tanpa memerlukan nama pengguna dan kata laluan selain MyDigital ID.

10. Adakah penggunaan MyDigital ID hanya boleh melalui telefon pintar sahaja?

Ya. MyDigital ID hanya boleh digunakan melalui telefon pintar. Pengguna perlu memuat turun aplikasi MyDigital ID di telefon pintar masing-masing untuk mendapatkan dan menggunakan MyDigital ID.

11. Adakah penggunaan masih boleh mengakses perkhidmatan Kerajaan dalam talian tanpa menggunakan MyDigital ID?

Buat masa ini kaedah log masuk lain masih boleh digunakan untuk mengakses perkhidmatan Kerajaan dalam talian. Walau bagaimanapun, penggunaan MyDigital ID adalah disarankan untuk menjamiin keselamatan transaksi dalam talian.

12. Di manakah lokasi tempat mendaftar MyDigital ID?

Pendaftaran boleh dibuat melalui dua (2) kaedah iaitu secara dalam talian atau kiosk MyDigital ID.

1. Secara dalam talian – Muat turun aplikasi MyDigital ID dan rujuk langkah-langkah di sini.
2. Melalui kios – Sila rujuk di sini untuk lokasi kios di seluruh negara.

13. Apakah akan terjadi sekiranya telefon pintar pengguna hilang atau rosak?

Sekiranya telefon pintar pengguna hilang atau rosak pengguna hanya perlu membatalkan MyDigital ID di kios atau peranti, dan perlu mendaftar semula. Aplikasi MyDigital ID tidak boleh digunakan oleh orang lain tanpa kata laluan pengguna sebenar.

14. Apakah akan terjadi sekiranya aplikasi MyDigital ID dinyahpasang atau dipadamkan dari telefon pintar pengguna?

Sekiranya aplikasi MyDigital ID telah dinyahpasang atau dipadamkan dari telefon pintar, Sijil Digital akan menjadi tidak sah. Pengguna perlu membatalkan MyDigital ID di kios, dan perlu mendaftar semula.

15. Apakah kemungkinan akaun pengguna digodam sekiranya menggunakan MyDigital ID akses log masuk?

Kaedah log masuk menggunakan MyDigital ID tidak memerlukan penghantaran sebarang kunci rahsia atau kata laluan pengguna kepada penyedia perkhidmatan, sebaliknya menggunakan imbasan kod QR melalui aplikasi MyDigital ID, menggunakan telefon pintar pengguna tersebut. Dengan kaedah sebegini, aktiviti mengumpul kata laluan pengguna melalui laman web palsu tidak lagi berkesan. Walau bagaimanapun, keselamatan akaun pengguna dalam sebarang perkhidmatan dalam talian adalah bergantung kepada penyedia perkhidmatan tersebut.

16. Adakah pengguna boleh membatalkan MyDigital ID pada bila-bila masa sahaja?

Ya. Pengguna boleh membatalkan MyDigital ID di mana-mana kios. Dokumen pengenalan diri perlu untuk proses pembatalan.

17. Adakah MyDigital ID satu inisiatif Kerajaan dan adakah semua rakyat wajib mendaftar?

MyDigital ID adalah salah satu inisiatif Kerajaan. Buat masa ini rakyat tidak diwajibkan mendaftar. Walau bagaimanapun, rakyat disarankan untuk mendaftar dan menggunakan MyDigital ID untuk menjamin keselamatan dari ancaman siber, dan juga memudahkan akses ke aplikasi-aplikasi yang digunakan.

18. Adakah MyDigital ID sama dengan PADU?

Tidak. MyDigital ID adalah sistem pengenalan diri secara digital yang memudahkan individu mengakses dan melaksanakan urusan transaksi dalam talian, manakala PADU adalah pangkalan datan yang mengandungi profil penduduk warganegara dan pemastautiin tetap yang menetap di Malaysia.

19. Siapakh pemaju sistem ini?

MyDigital ID dibangun dan diselenggara oleh MIMOS dengan penggunaan bakat tempatan sepenuhnya. MIMOS adalah sebuah agensi strategik Kementerian Sains, Teknologi, dan Inovasi (MOSTI). Sistem MyDigital ID mematuhi piawaian ESG (Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus Korporat). Untuk maklumat lanjut mengenai MIMOS, sila layari www.mimos.my

20. Adakah MyDigital ID di bawah MyDIGITAL Corporation?

Tidak. MyDigital ID adalah inisiatif kerajaan yang dilaksanakan oleh MIMOS Berhad yang memfokuskan kepada sistem identiti digital individu, manakala MyDIGITAL Corporation untuk menerajui pengurusan perubahan peringkat kebangsaan dalam memacu pelaksanaan inisiatif di bawah Pelan Tindakan Ekonomi Digital Malaysia dan Dasar 4IR Negara.

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan dengan MyDigital ID Kiosk anda boleh rujuk pada laman saluran berikut:

Atau, boleh juga hubungi talian hotline mereka:

Bantu kami share artikel ini: