Kisah Nabi Yunus Ditelan Ikan Nun – Cerita Ringkas Kanak-kanak

Kisah Nabi Yunus Ditelan Ikan Nun – Cerita Ringkas Kanak-kanak

Nabi Yunus a.s. merupakan salah seorang nabi yang diutuskan oleh Allah SWT untuk memberi petunjuk kepada umat manusia. 

Kisah baginda yang paling terkenal ialah ketika Nabi Yunus ditelan oleh seekor ikan nun. Cerita ini penuh dengan pengajaran dan teladan yang penting untuk kita semua. 

Berikut dikongsikan kisahnya. 

BACA JUGA: Kisah Nabi Ibrahim Menghancurkan Berhala – Cerita Ringkas Kanak-kanak

Siapakah Nabi Yunus?

Nama sebenar Nabi Yunus ialah Yunus bin Matta. Pada usia 30 tahun, baginda diutus menjadi rasul untuk menyeru penduduk negeri bernama “Niwana”yang terletak di Negara Iraq agar beriman kepada Allah. 

Firman Allah dalam surah as-Shaffat ayat 139 yang bermaksud: “Dan sesungguhnya Nabi Yunus adalah rasul-rasul yang kami utus…”

Nabi Yunus diperintah untuk berdakwah kepada mereka agar meninggalkan perbuatan syirik dan kembali kepada ajaran Allah.

Masyarakat di kota ini menyembah patung-patung yang mereka dianggap sebagai Tuhan. Penduduk Niwana juga merupakan satu kaum yang keras kepala dan suka melakukan kejahatan.

Dakwah Nabi Yunus Tidak Diterima

Seruan Nabi Yunus kepada penduduk Ninawa supaya beriman kepada Allah dan meninggalkan penyembahan berhala tidak dihiraukan malah mereka berkata : 

“Alasan apakah yang membenarkan kami meninggalkan agama kami yang diwariskan oleh nenek moyang kami dan menggantikannya dengan agama barumu?”

Bayangkan sepanjang 23 tahun berdakwah, hanya 2 orang sahaja yang mahu menerima dakwah baginda iaitu Rubil dan Tanuh. Rubil merupakan seorang yang alim dan bijaksana, manakala Tanuh pula seorang yang tenang dan sederhana. 

Nabi Yunus akhirnya berdoa kepada Allah agar kaum tersebut dihukum. 

Nabi Yunus Meninggalkan Kaum Ninawa

Tiba-tiba, Ninawa bertukar wajah. Suasana menjadi gelap gelita, angin kencang, ribut melanda. Allah mendatangkan azabNya. Ketika itu, teringatlah kaum tersebut dengan cerita Nabi Yunus tentang kaum-kaum yang telah dibinasakan Allah sebelum ini. 

Mereka pun baru menyadari kebenaran ajaran Nabi Yunus. Namun saat itu, Nabi Yunus telah pergi meninggalkan mereka.

Dilempar ke Laut, Ditelan Ikan Nun

Setelah mengalami penolakan oleh kaumnya, Nabi Yunus berputus asa dan memutuskan untuk berkelana, meninggalkan kaumnya. Nabi Yunus berjalan hingga bertemu kapal yang akan berlayar menyeberangi samudera.

Ikutlah Nabi Yunus dalam pelayaran tersebut bersama-sama penumpang lain. Namun, di tengah perjalanan cuaca berubah memburuk. Kapal yang dinaiki hampir tenggelam. 

Untuk mengelakkan hal tersebut terjadi, bilangan penumpang di kapal yang sarat dan hampir tenggelam itu perlu dikurangkan. Caranya hanya satu, iaitu seorang penumpang terpaksa dilemparkan ke laut.

Kisah Nabi Yunus Ditelan Ikan Nun - Cerita Ringkas Kanak-kanak

Lalu, semua orang bersetuju melakukan pengundian untuk menentukan penumpang yang dilempar keluar daripada kapal. 

Nama yang terpilih ialah Nabi Yunus. Pengundian diulang tiga kali untuk memastikan penumpang yang akan dilempar ke laut. Namun, nama Nabi Yunus tetap terpilih. 

Dengan pasrah, Nabi Yunus pun terjun ke laut. pada saat itu, Allah mengutuskan ikan nun yang sangat besar untuk menelannya. Ikan tersebut dikenali sebagai ikan nun. 

Tinggal Diperut Ikan Nun 

Tersedarlah Nabi Yunus terhadap amarah Allah kepadanya. Nabi Yunus hidup di dalam perut ikan tersebut selama beberapa hari. 

Sepanjang berada di dalam perut ikan tersebut, Nabi Yunus bertaubat dan memohon ampun kepada Allah. Di dalam perut ikan, Nabi Yunus berdoa kepada Allah dengan penuh penyesalan dan keinsafan. 

Doa NabI Yunus Dalam Perut Ikan Nun

لآ اِلٰهَ اِلَّآ اَنْتَ سُبْحٰنَكَ اِنِّيْ كُنْتُ مِنَ الظّٰلِمِيْنَ

Maksud: “Tiada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang zalim.”

Kisah Nabi Yunus Ditelan Ikan Nun - Cerita Ringkas Kanak-kanak

Nabi Yunus Keluar Dari Perut Ikan Nun 

Setelah beberapa hari, Allah pun menerima taubat Nabi Yunus dan memerintahkan ikan nun untuk memuntahkannya di pantai. 

Nabi Yunus selamat dan kembali kepada kaumnya. Beliau mendapati bahawa kaumnya telah bertaubat dan beriman kepada Allah setelah mereka melihat tanda-tanda kemurkaan Allah. 

Pengajaran Kisah Nabi Yunus

1. Kesabaran dan Ketabahan: Nabi Yunus menunjukkan bahawa kesabaran adalah kunci dalam menghadapi dugaan dan cabaran.

2. Keinsafan dan Taubat: Doa Nabi Yunus mengajarkan kita pentingnya mengakui kesalahan dan memohon keampunan Allah.

3. Kekuasaan Allah: Kisah ini menunjukkan betapa besar kekuasaan Allah dalam menyelamatkan hamba-Nya yang beriman dan bertaubat.

Penutup

Kisah Nabi Yunus yang ditelan ikan nun adalah cerita yang penuh dengan pengajaran dan teladan. Cerita ini sangat sesuai untuk kanak-kanak kerana ia mengandungi nilai-nilai moral yang dapat membentuk peribadi yang baik.

Semoga cerita ringkas ini dapat memberi manfaat dan pengajaran kepada kita semua. 

Bantu kami share artikel ini: