Biodata Kasih Iris Leona, Anak Bongsu Pelakon Azhar Sulaiman

Nama Kasih Iris Leona sering menjadi tumpuan di kalangan netizen dengan aksi dan penampilannya yang lebih kepada kebaratan dan moden.

Untuk artikel pada kali ini, kami akan membawa anda mengenali dengan lebih rapat dengan sosok individu cukup dikenali ramai, Kasih Iris Leona.

Baca juga:

Latar belakang

Kasih Iris Leona
Kredit Instagram @kasihirisleona
NamaKasih Iris Leona binti Azhar.
Nama PanggilanKasih Iris Leona
Tarikh Lahir13 Mac 2002
Tempat LahirKuala Lumpur
PendidikanSedang melanjutkan pelajaran Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pengurusan di Universiti of Bath, UK
Akaun Media SosialInstagram @kasihirisleona
TikTok @leonsmeonss
YouTube @leona.a
X @kasihirisleona

Kehidupan Peribadi

Kasih adalah anak bongsu daripada tiga beradik. Beliau juga adalah pasangan kembar kepada Andika Rees Pahamin. Kakak mereka bernama Kasih Leia Ixora yang kini sudah berusia 26 tahun.

Kasih merupakan anak kepada pelakon lelaki senior di Malaysia iaitu Azhar Sulaiman dan Chempaka Emalin Pahamin.

Pendidikan

Kasih Iris Leona mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Hartamas, Kuala Lumpur.

Berkat kesungguhan dan doa ibu bapanya, beliau berjaya mendapat keputusan cemerlang 7A 1 B dalam SPM.

Kasih kemudian melanjutkan pelajaran dalam bidang pengurusan di Universiti of Bath, UK.

Pencapaian Kasih Iris Leona

Beliau mendapat perhatian pengarah filem dan drama di Malaysia yang menawarkannya watak lakonan, namun ditolak buat masa ini kerana tidak begitu selesa dengan cabang seni tersebut.

Namun kerana popularitinya di media sosial khususnya Instagram dan TikTok, beliau telah mendapat banyak tawaran kolaborasi jenama seperti Loucase, Sunplay Malaysia, KitKat, Nivea, Sunsilk,  JACK ‘n JILL Roller Coaster, dan banyak lagi. 

Antara videonya yang popular di TikTok adalah menyanyikan lagu Ketipak Ketipuk Raya dan lagu Bey Soba Bey, Bey Rilek Bey.

Fakta Menarik Mengenai Kasih Iris Leona

  • Pernah menjalani latihan industri di AirAsia
  • Datuknya, Datuk Pahamin Abdul Rajab merupakan bekas Pengerusi AirAsia Berhad.
  • Beliau mula aktif di laman TikTok pada Disember 2019 selepas selesai mengambil SPM.
  • Rata-rata video yang dikongsikan mempunyai ratusan ribu tontonan.
  • Mengidolakan Charli D’amelio dan Avani.
  • Beliau merupakan berdarah totok Kelantan dari sebelah ibunya.
  • Mempunyai pengikut seramai 487,000 ribu di Instagram dan 1 juta di TikTok.

Sumber:

  1. Instagram @kasihirisleona
  2. Kenyataan Azhar Sulaiman Bukan Cermin Pendirian Anak, Leona Sendiri Tak Faham Pemikiran Bapanya. mStar
Bantu kami share artikel ini: