Ikan Dori: Jenis Spesis, Kandungan Nutrisi & Cara Memasak

Ikan dori dan “Dory” dalam salah satu watak daripada filem animasi popular “Finding Nemo” bukanlah dari keluarga spesis ikan yang sama.

Watak Dory menampilkan spesis ikan tang biru dari keluarga surgeonfish dan terkenal dengan warna biru terang dan ekor kuningnya.

Tapi untuk perkongsian istimewa kita kali ini, kami ingin perkenalkan pada anda tentang ikan dori dan khasiatnya kepada kesihatan yang mungkin tidak ramai orang tahu.

Baca juga:

Apa itu ikan dori?

Ikan dori adalah spesis ikan yang mempunyai rupa agak unik. Ia memiliki badan dengan isi yang mampat, tinggi, dan padat.

Sirip dorsal dan pektoralnya berbentuk agak memanjang, dan sirip punggungnya mempunyai duri yang panjang.

Nama “Dory” berasal dari bahasa Perancis lama “doree” yang bermaksud “berlapis emas” merujuk kepada kulit keras Dory.

Data merekodkan ikan ini mampu mencapai sehingga 2 kaki panjang dan berat sehingga 12 lbs

Anda boleh temukan dori dari pantai Norway di Eropah hingga ke Laut Mediterranean. Dari sana, julatnya meluas di sekitar pantai Afrika ke Lautan Hindi.

Anda juga boleh menemuinya di sepanjang pantai Australia, dan Asia Timur. Selain dijadikan sebagai sumber protein kepada diet harian, spesis ini juga dijadikan bahan utama dalam pengeluaran minyak ikan dan tepung ikan.

Jenis-jenis dan spesis

  • Smooth oreodory (Pseudocyttus maculatus)
  • Silver dory (Cyttus australis)
  • Mirror dory (Zenopis nebulosus)
  • King dory (Cyttus traversi)
  • John dory (Zeus faber)

Kandungan nutrisi ikan dori

Bagi setiap 100 gram saiz hidangan ikan dori, kandungan nutrisinya adalah seperti berikut:

  • Tenaga: 347 kJ (83 kcal)
  • Protein: 16.16 g
  • Karbohidrat: 1.19 g
  • Gula: 0 g
  • Lemak tepu: 0.236 g
  • Lemak tak tepu: 0.352 g
  • Lemak tak tepu tunggal: 0.143 g
  • Kolesterol: 112 mg
  • Serat: 0 g
  • Natrium: 57 mg
  • Potasium: 320 mg

Khasiat dan manfaat

Antara khasianya dalam kesihatan adalah seperti berikut:

1. Sesuai untuk diet atlet

Ikan dori sangat tinggi protein dan rendah lemak di mana ia sesuai untuk individu yang ingin mengurangkan jisim badan di samping mendapatkan nutrisi yang lengkap bagi memenuhi keperluan diet harian seimbang.

2. Menjaga kesihatan mata

Pengambilan ikan termasuk ikan dori boleh membantu anda mengekalkan kesihatan mata anda.

Selain asid lemak omega-3, isi ikan ini juga mempunyai beberapa vitamin penting seperti vitamin A yang boleh membantu mengekalkan kesihatan mata. 

3. Menjaga kesihatan jantung

Isi ikan dori mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, dan juga protein yang memberi manfaat kepada jantung.

4. Menguatkan otot

Kandungan vitamin pada ikan dori membantu membekalkan otot yang sihat.

Protein dalam ikan juga berperanan membina jisim otot dan mempercepatkan pembentukan sel-sel baru.

5. Meningkatkan fungsi otak

Asid lemak omega-3 juga terkenal dengan manfaatnya terhadap fungsi otak. Ia boleh membantu membaiki kerosakan sel dan mencetuskan pertumbuhan sel otak.

Kandungan asid lemak ini sangat penting terutamanya pada bayi atau kanak-kanak untuk meningkatkan daya tumpuan dan proses perkembangan otak.  

6. Meningkatkan kesihatan kulit

Salah satu kebaikan omega-3 yang boleh anda perolehi daripada pengambilan ikan ialah mencegah sebarang kedutan dan juga memastikan kulit kelihatan segar.

Ini akan menjadikan kulit anda kelihatan lebih sihat, bersih dan kelihatan muda.

Nutrien pada ikan juga boleh membantu merangsang sel dan hormon untuk menjaga kulit daripada radiasi dan radikal bebas. 

Tips untuk masak ikan dori

Oleh kerana ikan dori memiliki duri yang tajam di tepi atas dan bawah, lebih baik sekiranya anda membuang duri tersebut menggunakan gunting dapur terlebih dahulu untuk mudah dikendalikan tanpa mencederakan diri anda.

Kemudian, gunakan gunting yang sama untuk membuka rongga perut dan mengeluarkan isi perut, kepala, dan rongga usus.

Gunakan pisau yang tajam untuk memisahkan sirip dari rusuk dan tulang belakang. Kemudian terbalikkan dan ulangi langkah yang sama.

Bahagian kulit, kepala dan tulangnya sangat bagus untuk dijadikan stok ikan.

Ikan dori sesuai untuk dikukus, direbus, digoreng, dibakar, dipanggang, dan di barbeku mengikut kesesuaian menu hidangan anda.

Ia mempunyai isi yang lembut, pejal, halus, sedikit manis, sedikit berminyak dan lembap.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan khasiat ikan dori ini idapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. What Is John Dory Fish? The Spruce Eats
  2. John Dory. Food and Travel Magazine
  3. What Kind of Fish is Dory from Finding Nemo? American Oceans
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!