Daun Kelor Mujarab Untuk Diebetes? Fahami 15 Khasiatnya

Benarkah daun kelor boleh membantu pesakit yang mempunyai masalah diebetes seperti yang di “klaim” oleh penjual produk kesihatan di luar sana?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi berkenaan dengan khasiat daun kelor kepada kesihatan yang perlu anda tahu.

Baca juga:

Apa itu daun kelor?

Daun kelor, moringa atau pokok drumstick, ke semuanya merujuk kepada tumbuhan herba yang sama.

Sesetengah masyarakat di pelbagai benua negara jua mengenalinya dengan panggilan “pokok ajaib” kerana mempunyai manfaat yang sangat banyak kepada manusia.

Pokok kelor boleh ditemukan di merata tempat seperi di Asia, Afrika dan bahkan Amerika Selatan.

Setiap bahagian pokok ini bermula dari daun, buah, bunga, akar, malah sekam dan minyaknya mempunyai khasiat perubatan. Bagaimanapun, daunnya amat berguna dan sesuai untuk dimakan.

Para saintis merekodkan terdapat 13 spesis pokok kelor di seluruh dunia dengan pelbagai jenis vitamin, mineral serta antioksidan yang sihat.

Kandungan fakta nutrisi

Setiap 100 gram daun kelor mengandungi kandungan nutrisi seperti berikut:

  • Air: 78.7 g
  • Tenaga: 64 kcal
  • Protein: 9.4 g
  • Jumlah lipid (lemak): 1.4 g
  • Karbohidrat: 8.28 g
  • Serat: 2 g
  • Kalsium: 185 mg
  • Zat besi: 4 mg
  • Magnesium: 42 mg
  • Fosforus: 112 mg
  • Kalium: 337 mg
  • Natrium: 9 mg
  • Zink: 0.6 mg
  • Kuprum: 0.105 mg
  • Mangan: 1.06 mg
  • Selenium: 0.9 µg
  • Vitamin C: 51.7 mg
  • Vitamin B-6: 1.2 mg
  • Folat: 40 µg
  • Niasin: 2.22 mg
  • Riboflavin: 0.66 mg
  • Tiamin: 0.257 mg
  • Vitamin A: 378 µg

Khasiat daun kelor

Antara khasianya dalam kesihatan adalah seperti berikut:

1. Merawat asma

Daun moringa membantu untuk mengurus serta mencegah gangguan pernafasan seperti asma dan penyempitan bronkial.

Oleh kerana sifat anti-radangnya, ia juga membantu mencegah keradangan di saluran pernafasan.

Kajian terdahulu telah mencadangkan bahawa penggunaan daun moringa boleh membantu meningkatkan kapasiti dan fungsi paru-paru. 

2. Meningkatkan sistem imun badan

Kandungan vitamin C dalam daun kelor membantu meningkatkan sistem kekebalan tubuh, sehingga tubuh lebih tahan terhadap pelbagai jenis penyakit dan jangkitan.

3. Menjaga kesihatan mata

Daun kelor mengandungi antioksidan penting, antaranya beta-karotena untuk mengekalkan dan menggalakkan kesihatan mata yang baik.

Bukan itu sahaja, ia juga dapat mencegah degenerasi makula awal bersama-sama dengan masalah mata yang lain.

4. Menurunkan paras gula dalam darah

Beberapa kajian menunjukkan bahawa daun kelor dapat membantu menurunkan paras gula dalam darah terutamanya kepada pesakit diabetes.

5. Menjaga kesihatan jantung

Kandungan antioksidan dalam daun moringa membantu menjaga kesihatan jantung dengan melawan radikal bebas dan mengurangi risiko penyakit jantung.

6. Mengurangi peradangan

Daun kelor memiliki sifat anti-inflamasi yang dapat membantu mengurangi peradangan dalam tubuh, sehingga bermanfaat untuk mengurangi risiko penyakit kronik yang berkaitan dengan peradangan.

7. Menjaga kesihatan kulit

Kandungan vitamin E dalam daun kelor membantu menjaga kesihatan kulit dengan melawan radikal bebas dan mengurangi kerosakan kulit akibat sinaran cahaya matahari.

8. Mencegah anemia

Kandungan zat besi dalam daun kelor membantu mencegah anemia dengan meningkatkan pembuatan sel darah merah dalam tubuh.

9. Mengurangai gejala menopause

Beberapa penelitian menunjukkan bahawa makan daun kelor dapat membantu mengurangi gejala menopause seperti hot flashes dan gangguan tidur.

10. Menjaga kesihatan otak

Kandungan antioksidan dalam daun kelor dapat membantu melindungi otak dari kerosakan akibat radikal bebas, sehingga membantu menjaga kognisi dan mengurangi risiko penyakit neurodegeneratif.

11. Menjaga kesihatan tulang

Kandungan kalsium dan fosfor dalam daun kelor baik untuk kesihatan tulang, membantu mencegah osteoporosis dan menjaga kepadatan tulang.

12. Menjaga saluran pencernaan

Serat dalam daun moringa baik untuk kesihatan saluran pencernaan dengan melancarkan pencernaan dan mencegah sembelit.

13. Mengurangkan risiko kanser

Beberapa penelitian menunjukkan bahawa daun moringa memiliki sifat anti-kanser dengan mengelakkan pertumbuhan sel-sel kanser dalam tubuh.

14. Meningkatkan pengeluaran susu ibu

Beberapa penelitian menunjukkan bahawa daun moringa dapat membantu meningkatkan pengeluaran susu ibu selepas melahirkan anak.

15. Mengurangkan gejala arthritis

Kandungan anti-inflamasi dalam daun moringa dapat membantu mengurangi peradangan dan gejala arthritis.

*Meskipun daun moringa memiliki banyak manfaat, anda disarankan untuk berkonsultasi dengan profesional kesihatan sebelum mengambilnya dalam diet pemakanan. Terutama jika anda memiliki keadaan kesihatan tertentu atau sedang mengambik ubat-ubatan tertentu.

Cara penggunaan daun kelor

Terdapat beberapa cara untuk anda gunakan daun ini, sama ada dijadikan jus, serbuk teh, di ambil air rebusannya, atau juga dimasak.

Berikut kami kongsikan cara paling mudah untuk mendapatkan air rebusan kelor dan membuat kelor tumis.

daun kelor

1. Air rebusan kelor

Bahan-bahannya:

  • Daun kelor secukupnya
  • 1 liter air

Cara menyediakan:

  1. Petik daun kelor yang segar dan muda. Kemudian rendam dan cuci sehingga bersih.
  2. Jemur daun tersebut sehingga kering.
  3. Didihkan 1 liter air dalam periuk.
  4. Masukkan dua senduk daun kelor kering ke dalam periuk.
  5. Rebuskannya selama lebih kurang 5 minit.
  6. Anda boleh tapiskan air rebusan tadi ke dalam gelas dan di minum.

2. Kelor tumis

Bahan-bahannya:

  • 1 ikat daun kelor
  • 2 batang cili padi
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu makan sos tiram
  • Gula dan garam secukupnya

Cara menyediakan:

  1. Tumiskan cili padi dan bawang putih dengan sedikit minyak sehingga garing.
  2. Kemudian, masukkan daun kelor yang sudah dihiris-hiris.
  3. Tambahkan sos tiram, garam dan gula secukupnya lalu gaul sehingga rata.

Kesimpulannya, menambah daun moringa ke dalam diet boleh memberi manfaat besar kepada kesihatan serta mencegah pelbagai jenis penyakit.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan khasiat daun kelor dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. Health Benefits of Drumstick Leaves. Care Hospitals
  2. Why is Moringa Good For You? Medical News Today
  3. Khasiat Moringa Kepada Kesihatan Menurut Kajian Saintis. Terapi Kebun
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!