Teknik Penulisan & Contoh Cerpen

Bagi mereka yang ingin berjinak-jinak dalam penulisan cerpen, mereka boleh merujuk contoh cerpen untuk dijadikan panduan.

Apakah yang dimaksudkan dengan penulisan cerpen dan bagaimanakah contoh cerpen?

Maksud Cerpen

Cerpen adalah singkatan pada perkataan ‘cerita pendek’ dengan membawa naratif pendek dan padat.

Menurut Othman Puteh, cerpen adalah hasil karya sastera kreatif yang menggabungkan fakta dan imaginasi.

Sifat Cerpen

Sifat cerpen adalah:

  • Prosa yang lebih pendek berbanding novel 
  • Memberi kesan kepada pembaca
  • Bersifat fiksyen dan bukan cerita sebenar tetapi ciptaan asli dan membawa pembaca keluar daripada dunia realiti.

Teknik Penulisan Cerpen

Terdapat beberapa teknik yang perlu dikuasai untuk penulisan cerpen:

  1. Tema
    – Penulis perlu menentukan tema bagi setiap cerpen yang ditulis.
    – Tema adalah perkara yang amat penting kerana tema ialah idea utama dalam karya.
    – Terdapat pelbagai jenis tema antaranya:
    a) Cinta
    b) Pengorbanan
    c) Kasih sayang
    d) Dendam
  2. Persoalan
    – Setiap cerpen perlu mempunyai persoalan.
    – Perkara-perkara yang dipersoalkan dalam karya dan mempunyai perkaitan dengan tema.
  3. Watak
    – Watak merupakan penggerak cerita.
    – Watak boleh terdiri daripada manusia, binatang dan benda bukan hidup, bergantung pada sesebuah cerpen yang dikarang.
  4. Plot
    – Plot merupakan rentetan beberapa peristiwa yang dijalin dalam cerita
    – Dalam erti kata yang lain, plot ialah jalan cerita yang wujud menerusi sebab dan akibat yang munasabah sehingga ke akhir cerita.

Contoh Cerpen

Berikut adalah contoh cerpen pendek yang boleh dijadikan panduan.

Tajuk cerpen: Jiran itu adalah Dia

Swee Lan merupakan seorang ibu kepada anak tunggal yang bernama Jason. Perangai Jason yang tidak gemar bercampur dan bergaul dengan orang lain, sangat tidak disukai oleh Swee Lan. Jason suka memerap di rumah dan menolak untuk keluar rumah dan bersosialdengan anak-anak jiran yang lain. Hal ini merunsingkan ibunya. Manakan tidak, Jason sanggup memerap di rumah sehari suntuk daripada keluar dan bertegur sapa dengan jiran dikawasan persekitaran itu.

“Jason, mengapa kamu asyik terperap di rumah sahaja? Ibu risaulah dengan keadaan kamu ini” tanya Swee Lan. Pertanyaan ibunya pada suatu pagi itu tidak dijawab oleh Jason. Dia hanya berdiam diri tanpa sebarang kata. Dia seolah-olah tidak peduli dengan apa yang diperkatakan oleh ibunya. Melihat keadaan Jason, Swee Lan berlalu pergi. Dia tahu bahawa Jason tetap enggan bercampur dengan anak-anak jirannya yang berbangsa Melayu walaupunpelbagai nasihat telah diberikan kepadanya. Nasihat yang diberikan itu bagaikan mencurahair ke daun keladi, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

Keesokan harinya, Swee Lan cuba untuk memujuk Jason supaya bersosial dengan jiran mereka. Beliau menyuruh Jason agar tidak bersikap seperti katak di bawah tempurung. Hal ini akan menyukarkan masyarakat untuk saling mengenali antara satu sama lain. Namun begitu, Jason memberikan bermacam-macam alasan untuk tidak bergaul dengan jirannya. Dia mengatakan bahawa jiran-jirannya hanya suka menjaga tepi kain orang lain. Swee Lan menggeleng-geleng kepala apabila mendengar jawapan yang diberikan oleh Jason itu.

Suatu petang, seorang daripada anak jiran Swee Lan, Rahman menghantar bubur pisang yang dibuat oleh ibunya ke rumah Swee Lan. Pada waktu itu, Jason kebetulan berada di luar rumah. Lalu, Rahman menyapa Jason dan bertanya akan khabarnya. Jason hanya menganggukkan kepalanya tanpa menjawab pertanyaan tersebut. Tanpa putus asa, Rahman tetap mengajukan beberapa soalan kepada Jason namun dia hanya menjawab soalan tersebut secara endah tak endah sambil menunjukkan perasaan dingin. Selepas menyampaikan bubur tersebut kepada Jason, Rahman berlalu pergi dari rumah Jason denganperasaan yang kecewa.

Ketika di sekolah pada waktu mata pelajaran Sejarah, guru Sejarah telah meminta para pelajar untuk menyiapkan tugasan Sejarah secara berkumpulan. Jason ditempatkan dalam kumpulan yang sama dengan Rahman. Sepanjang perbincangan berlangsung, sikap Jason tetap tidak berubah dan dia hanya mendiamkan diri umpama kera sumbang. Rahman berusaha untuk membuat Jason bercakap, namun usahanya itu tetap tidak berhasil.

Namun begitu, dengan takdir Tuhan, pada suatu hari rumah Jason telah terbakar. Kebakaran tersebut berpunca daripada gangguan litar pintas yang berlaku di bahagian atas rumah Jason. Seluruh kampung gempar dengan kejadian tersebut lalu mereka tergesa-gesapergi ke tempat kejadian. Mereka bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk memadamkanapi. Swee Lan yang berada di luar rumah teringat akan Jason yang sedang tidur di ruangtamu. Dia menjerit meminta bantuan orang kampung untuk menyelamatkan permata hatinyaitu. Apabila mendengar jeritan tersebut, Rahman segera meluru ke dalam rumah Jason untuk menyelamatkannya. Dia langsung tidak peduli akan api yang menjulang tinggi di dalam rumah tersebut.

Akhirnya, Jason dapat diselamatkan walaupun terdapat sedikit kecederaan ringan dibahagian kakinya. Dia terus dikejarkan ke hospital. Di hospital, Jason terbaring lesu. Diamerenung wajah ibunya yang ber ada di sisi katil itu. “Jason, syukurlah awak selamat,” bisik ibunya dengan suara yang perlahan. Sejurus kemudian, pintu bilik pesakit dibuka dengan perlahan. Kelihatan Pak Ahmad, Mak Jah, dan Rahman melangkah perlahan menuju ke katil Jason. Swee Lan tersenyum dan menjemput mereka duduk. Tiba-tiba Jason bersuara,“Rahman, saya minta maaf. Saya menyesal. Sekarang baru saya mengerti erti jiran dan persahabatan.” Jason menghulurkan tangannya kepada Rahman. Rahman menyambutnya. Swee Lan memandang wajah Pak Ahmad dan Mak Jah. Swee Lan tersenyum luas.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!