Buah Kebangsaan Malaysia: Durian Atau Betik?

Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan budaya dan warisan. Ia juga terkenal dengan pelbagai jenis buah-buahan tropika yang unik dan lazat. Namun, buah manakah yang layak digelar sebagai buah kebangsaan Malaysia? 

Mari teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya. 

BACA JUGA: Buah Ciku – 10 Khasiat Pelbagai Jenis Penyakit

Buah Kebangsaan Malaysia

Berdasarkan sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Facebook Asian SEA Story, buah kebangsaan Malaysia, ialah Durian atau Betik. 

Hal menjadi perbincangan hangat di media sosial, yang manakah buah kebangsaan Malaysia yang sebenar. Kedua-dua buah ini mempunyai keunikan masing-masing dan rasa tersendiri. Dua-dua pun sedap!

Buah Kebangsaan Malaysia: Durian Atau Betik?

Sementara itu, terdapat lagi dua negara lain yang turut mengangkat durian sebagai buah kebangsaan negara mereka, iaitu Indonesia dan Singapura. 

Walaubagaimanapun, ramai yang meragui ketepatan informasi yang dikongsikan page Facebook tersebut.

Fakta Mengenai Buah Durian dan Buah Betik

Fakta Menarik Mengenai Durian

Buah Kebangsaan Malaysia: Durian Atau Betik?
  1. Raja Segala Buah: Durian dikenali sebagai “raja segala buah” kerana rasa yang unik dan aromanya yang kuat. Bau durian yang tajam sering kali menyebabkan ia dilarang dibawa masuk ke dalam hotel dan pengangkutan awam di beberapa negara.
  2. Jenis-Jenis Durian: Malaysia terkenal dengan pelbagai jenis durian seperti Musang King, D24, Red Prawn, dan Black Thorn. Setiap jenis mempunyai rasa, tekstur dan warna yang berbeza.
  3. Kandungan Nutrisi: Durian kaya dengan vitamin C, kalium, serat dan antioksidan. Ia juga mengandungi lemak sihat yang baik untuk kesihatan jantung.
  4. Kegunaan Masakan: Durian sering digunakan dalam pelbagai hidangan seperti ais krim, kek, kuih-muih dan juga sebagai perisa dalam makanan dan minuman.
  5. Musim Durian: Di Malaysia, musim durian biasanya berlangsung dari bulan Jun hingga Ogos, tetapi ada juga musim kedua yang lebih pendek pada akhir tahun.

Fakta Menarik Mengenai Betik

Buah Kebangsaan Malaysia: Durian Atau Betik?
  1. Buah Sepanjang Tahun: Betik boleh didapati sepanjang tahun di Malaysia, menjadikannya salah satu buah yang paling mudah diperoleh dan digemari ramai.
  2. Kaya dengan Nutrisi: Betik mengandungi vitamin A, C, dan E, serta enzim papain yang membantu dalam proses pencernaan. Betik juga mengandungi antioksidan yang membantu melawan radikal bebas dalam tubuh.
  3. Rendah Kalori: Betik adalah buah yang rendah kalori, menjadikannya pilihan yang baik bagi mereka yang ingin mengekalkan atau menurunkan berat badan.
  4. Pelbagai Kegunaan: Selain dimakan begitu sahaja, betik juga digunakan dalam pelbagai masakan, jus, salad, dan pencuci mulut. Daun betik juga digunakan dalam beberapa resipi tradisional dan perubatan herba.

BACA JUGA: Buah Gajus Penyebab Alergik? Ini Khasiat & Kesan Sampingannya

Nanas Dicadangkan Menjadi Buah Kebangsaan Malaysia

Merujuk beberapa laman web tempatan, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) bercadang menjadikan nanas sebagai buah kebangsaan.

Hal ini kerana, nanas mempunyai potensi  bukan saja dari segi nilai ekonomi, tetapi juga, karakter nanas itu sendiri yang menjadikannya berpotensi diangkat sebagai buah kebangsaan.  karektor ‘crown’ dan gabungan mata-mata nanas yang menunjukkan kesepaduan rakyat Malaysia.

Buah Kebangsaan Malaysia: Durian Atau Betik?

Nanas bukan saja membantu mengeluarkan pekebun kecil daripada kadar kemiskinan, tetapi ia turut membantu meningkatkan hasil pendapatan ekonomi negara.

Selain itu, nanas mempunyai karakter yang berguna dengan konsep sekali tanaman iaitu ‘Sekali Tanam Tiga Kali Tuai’ dan sifar sisa.  

Walaubagaimanapun, usaha tersebut baru diusulkan di peringkat lembaga dan akan diangkat kepada Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, selepas itu ke Kabinet dan ke peringkat yang lebih tinggi. 

LPNM juga merancang untuk mengadakan sambutan Hari Nanas Malaysia sebagai sambutan dwitahunan yang disambut setiap 27 Jun bersamaan sambutan Hari Nanas Sedunia.

Kesimpulan

Belum ada lagi pernyataan rasmi daripada pihak kerajaan mengenai buah kebangsaan Malaysia. Walaubagaimanapun, setiap buah menawarkan keunikan tersendiri dan anugerah alam yang patut dihargai.

Sumber:

  1. Facebook Asian SEA Story
Bantu kami share artikel ini: