Bersalin Normal : Proses, Kelebihan, dan Tips Penting Untuk Ibu

Bersalin normal atau proses beranak melalui vagina secara umumnya lebih menjadi pilihan para wanita.

Selain mengambil masa yang lebih singkat dan kurang komplikasi, cara ini juga terbukti dapat memberi manfaat kepada para ibu berbanding bersalin secara pembedahan (Caesarean).

Apakah prosedur yang bakal dilalui para ibu yang bersalin secara normal dan tips penting yang perlu diketahui?

bersalin normal
Sumber : Health-e

Kelebihan

Ramai para ibu yang lebih memilih untuk bersalin secara normal kerana manfaat seperti berikut :

  • Tempoh pemulihan yang lebih cepat
  • Risiko komplikasi yang lebih rendah
  • Melibatkan prosedur yang lebih ringkas berbanding pembedahan
  • Kos pembiayaan yang lebih rendah

Proses Melahirkan Anak Secara Normal

Proses dimulai dengan contraction atau kecutan rahim bagi mendorong bayi keluar melalui ‘lorong’ vagina.

Pada kebanyakan masa, contraction ada tempoh yang memeritkan dan lama kerana penurunan bayi berlaku secara perlahan.

Ada para ibu yang alami contraction selama beberapa jam, namun ada juga yang berlarutan sehingga 1 ke 2 hari.

Contraction juga akan mendorong serviks menjadi lebih nipis dan lembut. Para ibu juga mungkin akan dapati terdapat cecair berwarna merah jambu beserta sedikit darah. Besar kemungkinan, ia adalah plag mukus yang menghalang bukaan serviks.

Ketika ini, bukaan vagina juga akan berlaku sehingga mencapai ukuran maksima iaitu 10cm.

Pada waktu tersebut, maka tibalah masa untuk si ibu memasuki dewan bersalin.

Setelah selamat melahirkan, bayi yang sihat akan menangis dengan kuat. Ini menandakan bayi dapat bernafas dengan baik.

Tips Mudah Bersalin Normal

Buat Latihan Untuk Kawal Pernafasan

Berdasarkan kajian, tempoh bersalin aktif bagi para ibu adalah dari 12 hingga 14 jam. Dengan mempraktikkan pernafasan yang betul, oksigen dapat dibekalkan pada kadar yang lebih optimim kepada tubuh ibu dan kandungan.

Ini juga sekaligus dapat membantu dalam mengurangkan kesakitan, meningkatkan fungsi otot untuk contraction yang lebih berkesan dan memberi ketenangan kepada ibu.

Anda boleh berbincang dengan doktor untuk ketahui teknik pernafasan yang terbaik bagi menghadapi hari bersalin.

Makan Kurma Sebagai Snek

Kurma adalah buah-buahan sunnah yang tinggi khasiatnya lebih-lebih lai buat ibu hamil.

Menurut Journal of Obstetrics and Gyneacology, wanita yang memakan kurma setiap hari selama sembilan bulan hamil, akan melalui proses bersalin 7 jam lebih pendek berbanding mereka yang tidak mengamalkan kurma.

Kurma juga terbukti mampu menggalakkan pembukaan pintu rahim secara lebih berkesan.

Ketika hampir bersalin, elakkan makanan berat. Ini penting bagi mencegah masalah seperti loya atau ketidakhadaman pada si ibu.

Selain kurma, anda juga boleh bawa snek ringkas ke hospital seperti pisang, kismis dan epal untuk memberikan tenaga sebelum bersalin.

Dapatkan Rehat dan Tidur Secukupnya

Rehat dan tidur yang mencukupi adalah penting bagi para ibu yang akan bersalin. Sekiranya rasa susah untuk tidur kerana tidak selesa, laburlah sedikit wang untuk membeli bantal atau kerusi tidur tambahan.

Lakukan Senaman Ringkas

Regangan otot dan senama ringkas adalah penting bagi mengaktifkan otot badan.

Antara pergerakan yang disyorkan adalah postur ‘Cat-Cow’. Untuk lakukannya siibu perlu berada dalam posisi merangkak di atas lantai. Pastikan tangan dan kaki dibuka selari.

Untuk posisi Cow, tarik nafas perlahan-lahan dan dongakkan kepala ke atas sambil melentikkan punggung. Teruskan pula dengan posisi Cat dengan menghembus nafas perlahan-lahan dan bongkokkan badan seperti kucing.

Sumber : orthoindy.com

Tips Meneran Semasa Bersalin

Untuk menghadapi hari bersalin, para ibu perlulah ketahui tips meneran untuk bersalin secara normal. Antara tips yang boleh diikuti adalah :

  • Angkatkan kepala sehingga dagu mencecah dada.
  • Pandang ke arah perut.
  • Pegang pergelangan kaki.
  • Elakkan bersuara ketika meneran kerana ia boleh mengurangkan tenaga.
  • Jangan sesekali angkat punggung kerana ia boleh menyebabkan dubur terluka.
  • Teran apabila disuruh sahaja dan tahan apabila tidak perlu teran.
  • Tanik nafas dalam-dalam dan teran seperti hendak membuang air besar.
  • Pastikan anda tidak bernafas dengan kuat.
  • Teran sekuat-kuatnya selama yang boleh (jika boleh selama 10 saat)
  • Ketika tiada kontraksi, rehat dan relaks.
  • Bila berlaku kontraksi, curi nafas dan teruskan meneran.
  • Bertenang dan ikuti arahan jururawat dan doktor sepanjang masa.

Postur Badan

Untuk mudahkan meneran, postur badan perlulah berada pada posisi yang betul. Caranya ialah dengan :

  • Berbaring dengan keadaan kedua-dua belah kaki terbuka luas.
  • Lipatkan kedua-dua kaki ke belakang sedikit.
  • Tinggikan sedikit bahagian belakang.
  • Cuba pegang pada tumit kaki atau letakkan kaki pada penyokong besi yang disediakan.

Petua Persediaan

Bagi para ibu yang sedang menanti masa untuk masuk dewan bersalin, anda boleh ikuti beberapa tips persediaan seperti berikut :

  • Ambil snek ringan untuk alas perut dan membekalkan tenaga sebelum masuk ke dewan bersalin.
  • Dapatkan rehat secukupnya.
  • Berjalan-jalan di sekitar wad jika perlu untuk tenangkan fikiran dan mempercepatkan proses bersalin.
bersalin normal

Diharap perkongsian ini dapat membantu para ibu membuat persiapan untuk bersalin normal. Sekiranya para ibu masih mempunyai sebarang kemusykilan, jangan malu untuk mendapatkan nasihat doktor.

Sumber : Medicine Net,

Baca Juga :

Bantu kami share artikel ini: