Baby Shima, Pelapis Muzik Dangdut Di Malaysia

Nama Baby Shima sudah dikenali ramai di Malaysia dan Indonesia dengan genre muzik dangdut yang dibawa di pentas hiburan.

Beliau seorang penyanyi yang sangat berbakat dan memiliki rentak vokal yang unik.

Untuk artikel pada kali ini, kami akan membawa anda mengenali dengan lebih rapat dengan sosok individu cukup dikenali ramai, Baby Shima.

Baca juga:

Latar Belakang

Kredit Instagram @babyshimaofficial
NamaNor Ashima binti Ramli
Nama PanggilanBaby Shima
Tarikh Lahir20 September 1992 
Tempat LahirJohor Bahru, Johor
PekerjaanPenyanyi, pelakon
Akaun Media SosialInstagram @babyshimaofficial
Facebook @babyshimaofficial
TikTok @babyshimaofficial

Kehidupan Peribadi

Baby Shima merupakan anak keempat daripada enam adik beradik kepada pasangan Ramli Ali dan Zaleha Mohamed.

Beliau pernah tular dikaitkan sudah bernikah dengan pengurusnya sendiri. Namun sehingga kini Baby Shima masih tidak membuka mulut mengenai status dirinya.

Kerjaya & Profesional

Baby Shima

Baby Shima mula berkecimpung dalam bidang muzik selepas bergelar juara Bintang Idola Berita Harian 2010 anjuran Berita Harian.

Bakat Baby Shima mula diperkenalkan sebagai anak didik komposer terkenal, Edry Abdul Halim (KRU) dan penyanyi senior, Adam AF.

Beliau pernah mengikat kontrak bersama KRU Music Group dan seterusnya muncul bersama single sulungnya, “Tak Sabar” ciptaan Edry Abdul Halim.

Baby Shima melebarkan sayap ke negara sebarang dengan menjadi salah seorang peserta  D’ Academy Asia musim ketiga di Jakarta, Indonesia pada 2017.

Penyertaan dalam program realiti TV itu telah melonjakkan namanya di Indonesia sehigga memenangi anugarah Pendatang Baru Dangdut Terpopular dalam Anugerah Dangdut Indonesia (MNCTV).

Selain itu, Baby Shima juga menyertai program Big Stage bagi menempa nama dalam industri muzik tanah air.

Beliau telah mencipta nama bagi dirinya sendiri dalam industri muzik Malaysia dengan gaya nyanyian yang unik dan personaliti yang menarik. 

Single:

  • Tak Sabar (2012)
  • Nombor Dua (2012)
  • Mawar Putih Tanda Perpisahan (2013)
  • Seloka Hari Raya (feat Adam AF) (2014)
  • Abang Satu Ringgit (2017)
  • Makan Hati (2017)
  • Roadblock Hatiku (feat Floor 88) (2018)
  • Pura Pura Bujang (2018)
  • Kangen Rosul (2018)
  • Jaran Ucul (2018)
  • Main Mata (2018)
  • Sirna (2018)
  • Main Mata (versi koplo) (2019)
  • Sakit (2019)
  • Ikatan Asmara (feat Fairuz Misran) (2019)
  • Terpisah Jarak Dan Waktu (feat Sule) (2019)
  • Disana Menanti Disini Menunggu (2020)
  • Siapa Sih Kamu (2020)
  • Mbalik Kucing [DJ Remix Santuy] (2020)
  • Lalai (2021)
  • Bak Zaman (feat Fairuz Misran) (2022)
  • Baby Sayang (feat Dato’ Sri Aliff Syukri) (2022)
  • Bang Jamal (2022)
  • Sejenak Sendiri (2022)
  • Bajidoran (2023)
  • Kena Kecam Pun Tak Kisah (feat Ifa Raziah) (2024)
  • Bujang Sarawak ( 2024 )

Lagu cover:

  • Kopi Dangdut
  • Suaramu Syairku
  • Hareudang
  • Hutang (versi dangdut)
  • Ku Puja Puja
  • Cowok Baru
  • Ayo Turu
  • Suamiku Kawin Lagi
  • Jaga Jaga (feat Ayie Floor 88)
  • Aisyah Istri Rasulullah
  • Dance Monkey
  • Lagu Untuk Kamu
  • Goyang Upin & Ipin
  • Ada Gajah Dibalik Batu
  • Yang Benar (feat Ayie Floor 88)
  • Berdiri Bulu Romaku
  • Berkikis Bulu Betis ( Cover Iban )

Filem:

TahunTajukWatak
2021Hutang 2DShima
2022BikoSara
2024Tan-Ti-AnaMona

Televisyen:

TahunTajukPerananSaluran TV
2021Havoc Nak RayaArtis JemputanTV3
2023I Can See Your Voice Malaysia (musim 6)Penyiasat TetapTV3
2024MelodiPengacara JemputanTV3

Pencapaian Baby Shima

Baby Shima

Dalam 14 tahun penglibatan Baby Shima dalam dunia seni hiburan, beliau berjaya menempah sebilangan pencapaian di Malaysia dan Indonesia.

Berikut adalah merupakan beberapa pencapaian oleh Baby Shima sepanjang menjadi penyanyi dan pelakon:

Anugerah:

TahunAnugerahKategoriKeputusan
2009Mangga Star SearchMenang
2010Bintang Idola Berita Harian 2010Menang
2012KPOPNya Raya (Astro Ria)Menang
2017Anugerah Dangdut
Indonesia (MNCTV)
Pendatang Baru
Dangdut Terpopular
Menang
2018Big StageFinalis Tempat Ke-5

Fakta Menarik Mengenai Baby Shima

  • Penyanyi dibawah Label Nagaswara, sebuah syarikat rakaman Indonesia yang terkenal.
  • Mempunyai ramai saudara mara yang beragama Kristian termasuk datuk dan neneknya.
  • Aktif menyanyi lagu cover di aplikasi Smule dan laman Youtube.
  • Pernah tular kerana dimarahi penyanyi dangdut, Mas Idayu dalam program D’Academy Asia di Jakarta, Indonesia.
  • Bercita-cita ingin mencipta nama di Indonesia dan Selatan Carribean termasuklah di Madagascar.

Tahniah Baby Shima! Semoga anda terus maju jaya dalam bidang nyanyian dan lakonan yang diceburi untuk mengharumkan nama Malaysia.

Sumber:

  1. Instagram @babyshimaofficial
  2. Fakta Baby Shima, Penyanyi asal Malaysia yang Dekat dengan Sule. Kumparan
Bantu kami share artikel ini: