Arkib Negara Malaysia: Sejarah, Fungsi dan Peranan

Sejarah sesebuah negara mestilah disimpan dengan baik agar dapat dilihat oleh generasi akan datang dan itulah antara peranan penting penubuhan Arkib Negara Malaysia.

Melalui peranannya juga, catatan penting sejarah negara dapat disimpan dengan sistematik dan berintegriti.

Arkib Negara Malaysia (disingkat secara rasmi sebagai ANM atau dipendekkan sebagai Arkib Negara sahaja) merupakan pustaka arkib Malaysia di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia.

Sejarah penubuhan Arkib Negara Malaysia

Arkib Negara telah ditubuhkan pada 1 Disember 1957 sebagai Pejabat Rekod Awam namun ia mula dikenali sebagai Arkib Negara Malaysia pada 1963.

Pada tahun 1966, Akta Arkib Negara No. 44 telah diluluskan oleh Parlimen.

Pada tahun itu juga, bangunan ANM di Petaling Jaya, Selangor telah dirasmikan.

Pada 1982, bangunan baru Arkib Negara Malaysia telah berpindah di Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Pada tahun 2003, Akta Arkib Negara 2003 (Akta 629) telah dilulskan dan selanjutnya pada tahun 2004, ANM telah diletakkan dibawah pemantauan oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.

Laman web rasmi ANM boleh diakse melalui alamat https://www.arkib.gov.my/ms/

Fungsi ANM

Fungsi utama penubuhan Arkib Negara adalah:

  • Untuk memberi khidmat nasihat dan rundingan kepada jabatan-jabatan Kerajaan tentang etika dan langkah pengurusan rekod awam yang mapan, sistematik dan berkesan demi menjamin pemeliharaan rekod awam yang selamat.
  • Mengesan, mengumpul, menyimpan dan memelihara sebarang rekod dan maklumat yang mempunyai nilai kebangsaan dan sejarah yang tinggi sebagai khazanah warisan negara Malaysia.
  • Menyediakan kemudahan rujukan dan penyelidikan serta pendokumentasian dalam tujuan memperlengkapkan maklumat mengenai sejarah tanahair.
  • Menyebar maklumat dan ilmu bernilai sejarah untuk tatapan dan maklumat awam.

Objektif penubuhan

  1. Memantapkan kompetensi dan komitmen pegawai awam dalam bidang pengurusan rekod melalui pematuhan Akta Arkib Negara 2003 [Akta 629] dan perundangan lain yang berkuat kuasa.
  2. Memelihara dan memulihara bahan arkib yang bernilai kekal untuk rujukan dan kelestarian warisan negara.
  3. Memperkasa program pengembangan dan advokasi sejarah negara ke arah pengukuhan jati diri warga Malaysia.

Artikel berkitan: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN): Peranan dan Fungsi

Misi

Memastikan tadbir urus rekod dan arkib yang efisien dan efektif melalui teknologi terkini demi kepentingan negara dan kemakmuran bersama.

Visi

Peneraju pengurusan rekod dan pentadbiran arkib yang inklusif.

Maklumat lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau mahu mendapatkan maklumat lanjut mengenai ANM, sila hubungi pegawai yang bertugas seperti maklumat di bawah:

Arkib Negara Malaysia
Jalan Tuanku Abdul Halim, 
Kompleks Kerajaan,
50480 Kuala Lumpur.

Tel : +(6) 03-6209 0600 / +(6) 03-6205 6800
Faks : +(6) 03-6201 5679
Pautan Laman Web : www.arkib.gov.my/web/guest/home

Bantu kami share artikel ini: