Zoo Melaka : Harga Tiket, Waktu Operasi dan Aktiviti Menarik

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Berkeluasan 54 ekar, zoo kebanggaan orang Melaka ini merupakan zoo kedua terbesar di Malaysia.

Zoo yang telah dibina pada tahun 1963 ini menawarkan pengalaman luar biasa kepada pencinta haiwan liar serta haiwan eksotik menerusi konsep terbuka sambil menawarkan pelbagai aktiviti menarik buat semua tanpa mengira usia.

Pengunjung juga berpeluang untuk melihat sehingga 450 spesis haiwan liar termasuk Harimau Malaya, tapir, orang utan, zirafah dan sebagainya.

Adakah anda sedang merancang untuk ke Zoo Melaka? Ayuh kita lihat harga tiket, fasiliti dan aktiviti menarik yang ditawarkan.

zoo melaka
Peta Zoo Melaka

Harga Tiket Zoo Melaka

Berikut merupakan harga tiket masuk untuk Zoo Melaka mengikut kategori

KategoriHarga
Dewasa (Pemegang MyKad)
(umur 13 – 59 tahun)
RM 38.00
Kanak-kanak (Pemegang MyKid)
(umur 4 – 12 tahun)
RM 31.00
Warga Emas (Pemegang MyKad)
(umur 60 tahun ke atas)
RM 31.00
Warga Asing/Foreigner (Dewasa)
(umur 13 – 59 tahun)
RM 81.00
Warga Asing/Foreigner (Kanak-Kanak)
(umur 4 – 12 tahun)
RM 59.00
OKU – DewasaRM 31.00
OKU – Kanak-kanak
(umur 4 – 12 tahun)
RM 26.00
zoo melaka

Terma dan syarat :

  • Semua harga tiket adalah dalam Ringgit Malaysia (RM)
  • Perubahan harga adalah tertakluk tanpa notis.
  • Kemasukan bagi kanak-kanak berumur 3 tahun dan ke bawah adalah percuma.
  • Harga tiket warga emas hanya terpakai untuk warganegara Malaysia berusia 60 tahun ke atas.
  • Sila tunjukkan MyKad atau MyKid di kaunter tiket ketika membuat pembelian.
  • Bermula 1 Januari 2023, harga tiket tidak termasuk Caj Perkhidmatan dan Cukai Hiburan.

Nota : Untuk ejen pelancongan, atau pembelian tiket secara berkumpulan, sila hubungi Zoo Melaka di [email protected] atau hubungi talian 011-12852789/018-2609063.

zoo melaka

Fasiliti

Perkhidmatan Tram

KategoriHarga
DewasaRM 6
Kanak-kanakRm 4
zoo melaka

Nota :

Sila beli tiket tram di kaunter tram.

Perkhidmatan terakhir tram adalah pada 5.00 petang.

Selain itu, turut ditawarkan pelbagai kemudahan buat keselesaan pengunjung iaitu :

  • Jualan makanan dan minuman
  • Surau
  • Tandas dan tempat salinan lampin bayi
  • First Aid Station
  • Lost & Found
  • Locker
  • Ruang tempat letak kereta

Aktiviti Menarik

Antara aktiviti menarik yang ditawarkan di zoo ini adalah :

Pertunjukan Burung

Waktu Pertunjukan :

Isnin hingga Jumaat : 11.00 pagi dan 3.30 petang

Hujung minggu, cuti sekolah dan cuti umum : 11.00 pagi, 2.00 petang dan 4.00 petang

zoo melaka

Keeper Talk : Setiap hujung minggu, cuti sekolah dan cuti umum

Elephant Feeding : 11.30 pagi dan 2.30 petang

Waktu Operasi

Waktu Operasi Kaunter Zoo Melaka seperti berikut:

Hari : Isnin – Khamis

Masa : 10.00am hingga 4.00pm

Hari : Jumaat-Ahad

Masa : 9.00am hingga 5.00pm

Lokasi

Terletak kira-kira 14 kilometer dari bandar Melaka, ia mengambil masa kira-kira 38 minit untuk sampai ke Zoo Melaka.

Lokasi zoo ini juga berdekatan dengan tol Ayer Keroh. Anda boleh gunakan Google Map atau Waze ‘Zoo Melaka’ untuk terus ke sini.

Alamat : Jalan Tun Abdul Razak, Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh, Melaka

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut dan perkembangan terkini mengenai Zoo Melaka, jangan lupa ikuti laman Facebook Zoo Melaka.

Anda juga boleh layari portal rasmi zoomelaka.gov.my.

Sumber : Facebook Zoo Melaka & Taman Burung, zoomelaka.gov.my, Malaysia Travel

Baca Juga : Floating Market Melaka : Tarikan, Lokasi, Waktu Operasi

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut