Zikir Hari Sabtu & Fadhilat Membacanya

Zikir Hari Sabtu & Fadhilat Membacanya
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Zikir Hari Sabtu & Fadhilat Membacanya

Secara khususnya zikir merujuk kepada lafaz-lafaz tertentu yang disyariatkan oleh Allah SWT. Salah satu zikir yang mudah untuk diamalkan dalam kehidupan seharian ialah Zikir Harian Imam Al Ghazali. 

Zikir Harian Imam Al Ghazali adalah merupakan amalan yang dilakukan oleh Imam Al Ghazali semasa hayatnya. Ia merangkumi bacaan zikir untuk setiap hari, Isnin hingga Ahad. 

Pada artikel kali ini, kami akan kongsikan Zikir Hari Sabtu serta kebaikan mengamalkannya untuk rujukan anda.ย 

BACA JUGA: Zikir Hari Jumaat & Fadhilat Membacanya

Zikir Hari Sabtu – Kalimah Tauhid

Laa ilaaha illallah

Maksudnya: โ€œTiada Tuhan melainkan Allah.โ€

Huraian

Lafaz โ€œlaa illaaha illallahโ€ adalah merupakan kalimah tauhid yang mempunyai maksud yang mendalam dan penting untuk aqidah seorang Muslim. Melalui lafaz ini, seseorang mengakui bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, satu-satunya (menafikan sembahan selain Allah) dan tiada tara untuk Nya. 

Zikir Hari Sabtu & Fadhilat Membacanya

Zikir ู„ุขุฅูู„ูŽู‡ูŽ ุฅูู„ุงูŽู‘ ุงู„ู„ู‡ ini boleh dibahagikan kepada 4;

  1. Laa ( ู„ุขู) bermaksud menafikan, iaitu meniadakan semua jenis sesembahan.
  2. Ilaah ( ุฅูู„ูŽู‡ูŽ) bermaksud sesuatu yang disembah.
  3. Illa (ุฅูู„ุงูŽู‘ ) bermaksud pengecualian.
  4. Allah (ุงู„ู„ู‡ ) maksudnya bahwa Allah adalah ilaah/sesembahan yang benar.

Fadhilat/ Kebaikan

Terdapat banyak fadhilat mengucapkan ู„ุขุฅูู„ูŽู‡ูŽ ุฅูู„ุงูŽู‘ ุงู„ู„ู‡, antaranya ialah:

1. Memperbaharui Iman

โ€œPerbaharuilah iman kamu sekalian. Sahabat bertanya: Bagaimanakah caranya memperbaharui iman kami? Ujar baginda: โ€œHendaklah kamu memperbanyakkan ucapan La Ilaha illallah.โ€ 

(Hadis riwayat Ahmad)

2. Kunci Masuk Ke Syurga

Dari Ubadah bin Shamit radhiyallahu โ€™anhu, Nabi bersabda:

ู…ูŽู†ู’ ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฃูŽุดู’ู‡ูŽุฏู ุฃูŽู†ู’ ู„ุงูŽ ุฅูู„ูŽู‡ูŽ ุฅูู„ุงูŽู‘ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ูˆูŽุญู’ุฏูŽู‡ู ู„ุงูŽ ุดูŽุฑููŠูƒูŽ ู„ูŽู‡ู ูˆูŽุฃูŽู†ูŽู‘ ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู‹ุง ุนูŽุจู’ุฏูู‡ู ูˆูŽุฑูŽุณููˆู„ูู‡ู ูˆูŽุฃูŽู†ูŽู‘ ุนููŠุณูŽู‰ ุนูŽุจู’ุฏู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ูˆูŽุงุจู’ู†ู ุฃูŽู…ูŽุชูู‡ู ูˆูŽูƒูŽู„ูู…ูŽุชูู‡ู ุฃูŽู„ู’ู‚ูŽุงู‡ูŽุง ุฅูู„ูŽู‰ ู…ูŽุฑู’ูŠูŽู…ูŽ ูˆูŽุฑููˆุญูŒ ู…ูู†ู’ู‡ู ูˆูŽุฃูŽู†ูŽู‘ ุงู„ู’ุฌูŽู†ูŽู‘ุฉูŽ ุญูŽู‚ูŒู‘ ูˆูŽุฃูŽู†ูŽู‘ ุงู„ู†ูŽู‘ุงุฑูŽ ุญูŽู‚ูŒู‘ ุฃูŽุฏู’ุฎูŽู„ูŽู‡ู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ู…ูู†ู’ ุฃูŽู‰ูู‘ ุฃูŽุจู’ูˆูŽุงุจู ุงู„ู’ุฌูŽู†ูŽู‘ุฉู ุงู„ุซูŽู‘ู…ูŽุงู†ููŠูŽุฉู ุดูŽุงุกูŽ

Maksudnya:

โ€œBarangsiapa mengucapkan โ€™saya bersaksi bahwa tidak ada sesembahan yang berhak disembah dengan benar kecuali Allah semata, tidak ada sekutu bagi Nya, Muhammad adalah hamba Nya dan utusan Nya, dan (bersaksi) bahwa โ€™Isa adalah hamba Allah dan anak dari hamba Nya, dan kalimat Nya yang disampaikan kepada Maryam serta Ruh dari Nya, dan (bersaksi pula) bahwa syurga adalah benar adanya dan neraka pun benar adanya, maka Allah pasti akan memasukkannya ke dalam syurga dari lapan pintu syurga yang mana sahaja yang dia kehendaki.โ€

(Hadis Riwayat Muslim no.149)

3. Mendapat 100 Kebaikan Dan Menghapus 100 Keburukan

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

ู…ูŽู†ู’ ู‚ูŽุงู„ูŽ ู„ูŽุง ุฅูู„ูŽู‡ูŽ ุฅูู„ูŽู‘ุง ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ูˆูŽุญู’ุฏูŽู‡ู ู„ูŽุง ุดูŽุฑููŠูƒูŽ ู„ูŽู‡ู ู„ูŽู‡ู ุงู„ู’ู…ูู„ู’ูƒู ูˆูŽู„ูŽู‡ู ุงู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ูˆูŽู‡ููˆูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ูƒูู„ูู‘ ุดูŽูŠู’ุกู ู‚ูŽุฏููŠุฑูŒ ูููŠ ูŠูŽูˆู’ู…ู ู…ูุงุฆูŽุฉูŽ ู…ูŽุฑูŽู‘ุฉู ูƒูŽุงู†ูŽุชู’ ู„ูŽู‡ู ุนูŽุฏู’ู„ูŽ ุนูŽุดู’ุฑู ุฑูู‚ูŽุงุจู ูˆูŽูƒูุชูุจูŽุชู’ ู„ูŽู‡ู ู…ูุงุฆูŽุฉู ุญูŽุณูŽู†ูŽุฉู ูˆูŽู…ูุญููŠูŽุชู’ ุนูŽู†ู’ู‡ู ู…ูุงุฆูŽุฉู ุณูŽูŠูู‘ุฆูŽุฉู ูˆูŽูƒูŽุงู†ูŽุชู’ ู„ูŽู‡ู ุญูุฑู’ุฒู‹ุง ู…ูู†ู’ ุงู„ุดูŽู‘ูŠู’ุทูŽุงู†ู ูŠูŽูˆู’ู…ูŽู‡ู ุฐูŽู„ููƒูŽ ุญูŽุชูŽู‘ู‰ ูŠูู…ู’ุณููŠูŽ ูˆูŽู„ูŽู…ู’ ูŠูŽุฃู’ุชู ุฃูŽุญูŽุฏูŒ ุจูุฃูŽูู’ุถูŽู„ูŽ ู…ูู…ูŽู‘ุง ุฌูŽุงุกูŽ ุจูู‡ู ุฅูู„ูŽู‘ุง ุฃูŽุญูŽุฏูŒ ุนูŽู…ูู„ูŽ ุฃูŽูƒู’ุซูŽุฑูŽ ู…ูู†ู’ ุฐูŽู„ููƒูŽ

Maksudnya: 

“Barang siapa yang membaca ู„ูŽุง ุฅูู„ูŽู‡ูŽ ุฅูู„ูŽู‘ุง ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ูˆูŽุญู’ุฏูŽู‡ู ู„ูŽุง ุดูŽุฑููŠูƒูŽ ู„ูŽู‡ู ู„ูŽู‡ู ุงู„ู’ู…ูู„ู’ูƒู ูˆูŽู„ูŽู‡ู ุงู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ูˆูŽู‡ููˆูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ูƒูู„ูู‘ ุดูŽูŠู’ุกู ู‚ูŽุฏููŠุฑูŒ’ sebanyak 100 kali dalam sehari, maka baginya pahala seperti membebaskan 10 ORANG HAMBA, ditetapkan baginya 100 KEBAIKAN dan dijauhkan daripadanya 100 KEBURUKAN dan baginya perlindungan daripada (godaan) syaitan pada hari itu hingga petang dan tidak ada orang yang lebih baik amalnya daripada orang yang membaca doa ini kecuali seseorang yang dapat mengamalkan lebih banyak zikir ini”.

(HR Bukhari)

4. Mendapat Syafaat Rasulullah SAW

Dari Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda:

โ€œYang akan mencapai kebahagiaan dan keuntungan melalui syafaatku ialah orang yang mengucap kalimah Lailahaillallah dengan hati yang ikhlas.โ€

(Hadis Riwayat al-Bukhari)

5. Dijauhkan Daripada Api Neraka

Dari Umar RA meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya,

โ€œAku mengetahui satu kalimah yang tidaklah seorang hamba pun yang mengucapkannya dan membenarkannya dengan hati kemudian ia mati dengannya melainkan haramlah ke atasnya Neraka Jahanam. Kalimah itu โ€˜Lailahaillallah.โ€

(Hadis Riwayat al-Hakim)

6. Jaminan Masuk Syurga

โ€œBarang siapa yang akhir perkataannya adalah kalimah Laa ilaaha illallah (tidak ada Tuhan yang selayaknya disembah melainkan Allah) maka dia akan masuk syurga.โ€

(Hadis Riwayat Abu Daud, no. 2758)

Fakta Menarik

Tahukah anda, sebenarnya boleh menyebut kalimah ‘Lailahaillallah’ tanpa perlu menggerakkan bibir?

Apabila seseorang sedang menghadapi sakaratul maut, semua anggota badan akan menjadi berat dan susah digerakkan termasuk dua bibirnya.

Namun, Allah SWT memudahkan kalimah ini dengan huruf yang paling ringan untuk disebut hanya dengan menggerakkan lidah.

Semoga kita tergolong dalam kalangan hambaNya yang mati khusnul khotimah dan berpeluang menyebut kalimah ู„ุขุฅูู„ูŽู‡ูŽ ุฅูู„ุงูŽู‘ ุงู„ู„ู‡ pada akhir hayat kita. Amin. 

Sumber:

  1. 5 KEISTIMEWAAN KALIMAT LAILAHAILLALLAH YANG LUAR BIASA – Jakarta Islamic Centre
  2. Bahagian Dakwah, Jakim
  3. Facebook Ustazah Asma’ Harun
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut