Zikir Hari Jumaat & Fadhilat Membacanya

Zikir Hari Jumaat & Fadhilat Membacanya
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Zikir Hari Jumaat & Fadhilat Membacanya

Allah SWT berfirman dalam ayat 41 dalam surah al-Ahzab yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya”.

Terdapat banyak jenis zikir yang anda boleh lafazkan untuk mengingati Allah, salah satunya ialah dengan merujuk Zikir Harian Imam Al Ghazali. 

Zikir Harian Imam Al Ghazali ini merangkumi bacaan zikir untuk setiap hari, Isnin hingga Ahad. Ia merupakan amalan yang dilakukan oleh Imam Al Ghazali semasa hayatnya. 

Pada artikel kali ini, berikut dikongsikan Zikir Hari Jumaat serta kebaikan mengamalkannya untuk rujukan anda. 

BACA JUGA: Zikir Hari Khamis & Fadhilat Membacanya

Maksud Zikir

Menurut penjelasan dalam laman sesawang Mufti WP, zikir merujuk kepada kalimah-kalimah atau kalimah-kalimah tertentu yang disyariatkan oleh Allah SWT.

Contohnya seperti membaca al-Quran, menyebut nama-nama-Nya atau sifat-sifat-Nya di dalam hati atau dengan lantang seperti yang dinyatakan dalam al-Quran atau kalimah-kalimah yang dihasratkan oleh Rasulullah SAW dengan maksud memuji, menyucikan, mensucikan dan mengagungkan keesaan Allah SWT. (Lihat: Al-Zikr wa Atharuh fi Dunya al-Muslim wa Akhiratih , m/s 17-20). 

Syeikh Abdul Rahman al-Sa’di pula mentakrifkan zikir secara umum merangkumi apa-apa yang boleh mendekatkan hamba kepada Allah SWT dari segi aqidah, pemikiran, ibadah di dalam hati, perbuatan fizikal atau pujian kepada Allah atau mempelajari perkara yang berfaedah atau pengajaran. perkara yang berfaedah dan lain-lain.

Zikir Hari Jumaat – Ya Allah

Ya Allah

Maksudnya: “ Ya Allah.”

Fadhilat/ Kebaikan Berzikir

1. Menenangkan Hati

Allah SWT berfirman:

‏ الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ اللَّهِ ۗ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

Maksudnya: “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah”. Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia.”

Surah al-Ra’d (28)

2. Menjauhkan dari kelalaian kepada-Nya & mendekatkan kepada-Nya

3. Amalan Terbaik Dalam Kehidupan

Daripada Abi Darda’ RA, beliau berkata, bahawa Nabi SAW bersabda: 

أَلَا أُنَبِّئُكُمْ بِخَيْرِ أَعْمَالِكُمْ، وَأَزْكَاهَا عِنْدَ مَلِيكِكُمْ، وَأَرْفَعِهَا فِي دَرَجَاتِكُمْ، وَخَيْرٌ لَكُمْ مِنْ إِنْفَاقِ الذَّهَبِ وَالْوَرِقِ، وَخَيْرٌ لَكُمْ مِنْ أَنْ تَلْقَوْا عَدُوَّكُمْ فَتَضْرِبُوا أَعْنَاقَهُمْ وَيَضْرِبُوا أَعْنَاقَكُمْ؟ قَالُوا: بَلَى، قَالَ: ذِكْرُ اللَّهِ تَعَالَى

Maksudnya: “Mahukah kamu aku khabarkan kepada kamu dengan amalan yang terbaik, lebih suci di sisi raja kamu, akan mengangkat darjat kamu, dan lebih baik daripada kamu menginfaqkan emas dan perak, lebih baik bagi kamu jika kamu berhadapan dengan musuh kamu lalu kamu memenggal lehernya atau mereka memenggal leher kamu? Mereka (sahabat) menjawab: “Ya.” Rasulullah SAW bersabda: “Berzikir kepada Allah SWT.”

Riwayat al-Tirmizi (3299) dan Ahmad (20713)

4. Menghidupkan Hati

Ibn Taimiyyah berkata:

الذِّكْرُ لِلْقَلْبِ مِثْل الْمَاء لِلسَمَكِ فَكَيْفَ يَكُوْن حَال الْسَمَك إِذَا فَارقَ الْمَاء؟

Maksudnya: “Zikir pada hati seperti air yang diperlukan ikan. Lihatlah apa yang akan terjadi jika ikan tersebut berpisah dari air?”

5. Menghapuskan dosa

Zikir adalah merupakan kebaikan terbesar dan kebaikan yang akan menghapus keburukan.

Kelebihan Hari Jumaat

Hari Jumaat adalah merupakan penghulu segala hari atau disebut “Sayyidul Ayyam”.

Ini berdasarkan sebuah haripada Abi Lubabah bin Abd al-Munzir, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ يَوْمَ الْجُمُعَةِ سَيِّدُ الْأَيَّامِ، وَأَعْظَمُهَا عِنْدَ اللَّهِ، وَهُوَ أَعْظَمُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ يَوْمِ الْأَضْحَى وَيَوْمِ الْفِطْرِ، فِيهِ خَمْسُ خِلَالٍ، خَلَقَ اللَّهُ فِيهِ آدَمَ، وَأَهْبَطَ اللَّهُ فِيهِ آدَمَ إِلَى الْأَرْضِ، وَفِيهِ تَوَفَّى اللَّهُ آدَمَ، وَفِيهِ سَاعَةٌ لَا يَسْأَلُ اللَّهَ فِيهَا الْعَبْدُ شَيْئًا إِلَّا أَعْطَاهُ، مَا لَمْ يَسْأَلْ حَرَامًا، وَفِيهِ تَقُومُ السَّاعَةُ، مَا مِنْ مَلَكٍ مُقَرَّبٍ، وَلَا سَمَاءٍ، وَلَا أَرْضٍ، وَلَا رِيَاحٍ، وَلَا جِبَالٍ، وَلَا بَحْرٍ، إِلَّا وَهُنَّ يُشْفِقْنَ مِنْ يَوْمِ الْجُمُعَةِ

Maksudnya:

“Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu kepada segala hari dan seagung-agung hari di sisi Allah yang mana keagungannya itu di sisi Allah lebih agung berbanding hari raya Aidiladha dan juga Aidilfitri.

Ini kerana, pada hari tersebut terdapat lima perkara besar iaitu: Padanya diciptakan, diturunkan ke bumi dan diwafatkan Nabi Adam.

Padanya juga terdapat satu masa apabila seseorang itu meminta sesuatu kepada Allah pasti akan diberikan kepadanya selagimana dia tidak meminta sesuatu yang haram. Padanya juga akan berlakunya Kiamat dan pada hari itu juga (hari Jumaat) tidak ada malaikat yang dekat dengan Allah, di langit, bumi, angin, gunung dan laut melainkan takut dengan keagungan hari Jumaat.” 

[Riwayat Ibn Majah (1084)][Riwayat Ahmad (15548)]

Terdapat banyak kelebihan melakukan ibadah dan juga memperbanyakkan zikir hari Jumaat, antaranya ialah:

1. Hari Mustajab Berdoa

 Nabi SAW bersabda:

فِيهِ سَاعَةٌ لَا يُوَافِقُهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ وَهُوَ يُصَلِّى ، يَسْأَلُ اللَّهَ شَيْئًا إِلَّا أَعْطَاهُ إِيَّاهُ

Maksudnya: “Padanya (iaitu pada hari Jumaat) terdapat satu waktu, (dimana) tidaklah (waktu tersebut) bertepatan dengan (masa) seorang hamba yang muslim sedang berdoa dengan meminta sesuatu kepada Allah, melainkan (Allah) akan memberikan kepadanya.”

Riwayat al-Bukhari (935) dan Muslim (852)

2. Hari untuk Mengumpul Pahala

Aus bin Aus berkata bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, kemudian bersegera berangkat menuju masjid, dan berada di saf hadapan kemudian dia berdiam, maka setiap langkah yang dia ayunkan akan mendapat pahala puasa dan solat selama satu tahun, dan itu adalah hal yang mudah bagi ALLAH.” 

(Hadis Riwayat Ahmad dan Ashabus Sunan)

3. Hari Berlakunya Kiamat

Rasulullah SAW bersabda:

“Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada ALLAH melainkan akan dikabulkan permintaannya.” 

(Hadis Riwayat Muslim)

Sumber:

  1. Renungan Ramadhan #25: Marilah Kita Perbanyakkan Zikir – Maktabah Al Bakri
  2. #3455: Kelebihan Hari Jumaat –  Maktabah Al Bakri
  3. IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-365: HARI JUMAAT PENGHULU KEPADA SEGALA HARI – Mufti WP
  4.  IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-126: WAKTU MUSTAJAB PADA HARI JUMAAT – Mufti WP
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut