KHABAR BERITA BUAT PEMEGANG EMAS
Anda tahu tak Zakat Emas dikategorikan sebagai Zakat Harta yang wajib zakat
Ya, Zakat Emas adalah salah satu Zakat Harta yang WAJIB zakat ke atasnya.
Ini bertepatan dengan firman Allah SWT di dalam Surah At-Taubah ayat 34-35 yang bermaksud:
“……. Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak menafkahkannya pada jalan Allah SWT, maka khabarkanlah kepada mereka (bahawa mereka akan mendapat) seksa yang pedih; pada hari dipanaskan emas perak itu dalam neraka Jahanam, lalu dibakar dengannya dahi, lambung, dan punggung mereka, (lalu dikatakan) kepada mereka, Inilah harta benda kalian yang kalian simpan untuk diri kalian sendiri, maka rasakanlah sekarang (akibat dari) apa yang kalian simpan itu.”
Ramai orang Islam yang memiliki emas (sama ada sebagai barang perhiasan yang dipakai atau emas yang disimpan untuk pelaburan) namun tidak tahu bahawa mereka wajib membayar zakat bagi emas tersebut.
Zakat yang dikeluarkan ke atas emas bergantung sama ada emas dipakai ataupun yang disimpan yang mana telah cukup nisab dan haulnya.
Syarat Wajib Zakat Emas
Kewajipan membayar zakat untuk emas ini berdasarkan Firman Allah SWT di bawah:
Firman Allah SWT :
Maksudnya: “…Dan (ingatlah) orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya.”
(Surah at-Taubah : 34)
Syarat umum zakat adalah:
- Islam
- Cukup nisab – Paras minima yang menentukan sama ada wajib atau tidak sesuatu harta itu dikeluarkan zakat.
- Cukup haul – Telah berlalu satu tahun ke atas harta yang dimiliki dalam perkiraan tahun Hijrah iaitu selama 354 hari atau mengikut tahun masihi iaitu selama 365 hari.
- Milik sempurna – Pemilikan terhadap sesebuah harta hendaklah jelas di mana tiada orang lain yang berhak ke atasnya melainkan dirinya sendiri.
Kategori Emas Yang Diwajibkan Zakat
Cara pengiraan zakat untuk emas ini dibezakan sama ada emas tersebut tidak dipakai atau tidak dipakai sebagai perhiasan wanita.
a. Emas yang tidak dipakai
Emas yang tidak dipakai bermaksud emas yang disimpan, tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun sama ada dalam bentuk asal atau dijadikan perhiasan.
Jika jumlah berat emas yang disimpan itu menyamai atau melebihi nisab 85 gram, serta melepasi tempoh masa 12 bulan atau setahun (cukup haul), maka wajib dikeluarkan zakat keatasnya sebanyak 2.5 peratus (%).
b. Emas yang dipakai sebagai perhiasan wanita
Emas sama ada dipakai (sebagai perhiasan yang halal) sekali-sekala atau berterusan dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya melainkan, jika ia melebihi uruf (tidak termasuk batu permata atau seumpamanya).
Uruf adalah merupakan had pemakaian setempat yang dibenarkan dan uruf berbeza mengikut negeri.
Kadar Uruf Mengikut Negeri (2024)
Kadar uruf (kebiasaan pemakaian emas di kalangan pemakai emas) berbeza mengikut negeri seperti berikut:
- Wilayah : 800 gram (kiraan ikut tahap ketulenan emas) – keseluruhan
- Johor : 850 gram – lebihan
- Selangor : 800 gram – lebihan
- Terengganu 850 gram – lebihan
- Perak : 600 gram – keseluruhan
- Negeri Sembilan : 200 gram – lebihan
- Kelantan : tidak dikenakan zakat asalkan pakai dalam masa setahun
- Pahang : 500 gram – keseluruhan
- Melaka : 200 gram – keseluruhan
- Kedah 85 gram : lebihan
- Perlis : 85 gram (ikut tahap ketulenan emas) – keseluruhan
- Pulau Pinang: 250 gram keseluruhan
- Sabah 152 gram : lebihan
- Sarawak 90 gram : lebihan
Maksud “KESELURUHAN” – maksudnya jika melepasi nisab yang ditetapkan ini, kiraan zakat ialah 2.5% daripada jumlah keseluruhan .
Maksud “LEBIHAN” – maksudnya jika melepasi nisab ini, zakat dikira 2.5% setelah ditolak dengan nisab ini.
Artikel berkaitan: Niat Zakat Fitrah, Waktu Membayar & Hukum Bayar Zakat Online
Contoh Pengiraan
a. Emas yang tidak dipakai
Contoh kiraan sekiranya mempunyai yang tidak dipakai seberat 90 gram:
= (Berat Emas) X (Harga Emas Semasa) X (2.5%)
= (90 gram) X (RM250) X (2.5%)
= RM562.50 (Jumlah yang wajib dibayar)
Jika jumlah berat emas yang disimpan itu menyamai atau melebihi nisab 85 gram, serta melepasi tempoh masa 12 bulan atau setahun (cukup haul), maka wajib dikeluarkan zakat keatasnya sebanyak 2.5 peratus (%).
b. Emas yang dipakai sebagai perhiasan wanita
Contoh kiraan sekiranya mempunyai emas perhiasan seberat 258 gram:
= (Berat Emas) X (Harga Emas Semasa) X (2.5%)
= (258 gram) X (RM250) X (2.5%)
= RM1,612.00 (Jumlah yang wajib dibayar)
*Kadar ’uruf yang digunakan di Pulau Pinang adalah sebanyak 250 gram.
Kalkulator Kiraan Zakat Emas Setiap Negeri
Untuk memudahkan urusan, anda boleh menggunakan kalkultor dalam talian di bawah untu mengira jumlah Zakat Emas yang perlu dibayar:
- Negeri Johor
- Pautan : https://www.maij.gov.my/?page_id=110
- Negeri Kedah
- Negeri Melaka
- Negeri Kelantan
- Negeri Pahang
- Pautan : https://zakatpahang.my/
- Negeri Sembilan
- Pulau Pinang
- Negeri Perlis
- Negeri Perak
- Negeri Sabah
- Pautan : Log Masuk Orang Awam (sabah.gov.my)
- Negeri Sarawak
- Negeri Selangor
- Pautan : https://www.zakatselangor.com.my/
- Negeri Terengganu
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur