Permohonan Young Talent Program (YTP) Agro Bank 2022 Kini Dibuka

Berita baik buat lepasan Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana kerana pihak Agro Bank telah membuka permohonan untuk program Young Talent Program (YTP) Agro Bank bagi graduan yang ingin memulakan kerjaya dalam sektor perbankan.

Melalui program Young Talent Program (YTP) seperti ini, individu yang diterima masuk akan diberikan peluang untuk menjalani latihan bersama Agro Bank seterusnya ditawarkan peluang kerjaya dengan pihak Agro Bank sebaik menamatkan program ini.

Manfaat program YTP Agro Bank

  1. Pendedahan awal bekerja dalam sektor perbankan
  2. Peluang kerjaya bersama Agro Bank sebaik menamatkan latihan
  3. Bimbingdan dan sokongan kerjaya daripada mereka yang berpengalaman
  4. Elaun dan imbuhan yang kompetetif
  5. Pengalaman bekerja di cawangan Agro Bank dan ibu pejaba Agro Bank

Syarat kelayakan

Bagi yang berminat, pastikan anda mmenuhi syarat-syarat kelayakan beriku bagi membolehkan permohonan anda bagi program YTP ini dipertimbangkan oleh pihak Agro Bank:

  1. Graduan baru dengan pengalaman kurang daripada 2 tahun
  2. Warganegara Malaysia dengan umur maksimum 27 tahun pada tarikh diterim masuk
  3. Ijazah Sarjana Muda atau Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan Kredit (kelebihan bagi dalam bidang Perakaunan, Kewangan, Perbankan, Ekonomi, Pemasaran, Bisnes dan sebagainya)
  4. Minimum CGPA 3.50 dan ke atas
  5. Minimum Band 4 dalam ujian Malaysian University ENglish Test (MUET)

Cara permohonan

young talent program

Bagi individu yang berminat dengan program YTP Agro Bank ini, anda boleh menghantar permohonan dengan mengikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Borang permohonan perlu dilengkapkan secara online di pautan berikut https://forms.office.com/pages/responsepage.aspx?id=6Z_N-qq26EOPVnLYiIrAJmvnJoOyFtFCiMM-8d0nPUpURVFPWVNCMVRUREtHRkNORE9GNTRKWjhYOS4u&web=1&wdLOR=cFA2DF351-47CE-4A3D-BDC9-D71AF182BB3F
  2. Lengkapkan permohonan dengan melengkapkan semua butiran yang diminta
  3. Klik butang Submit untuk menghantar permohonan anda

Tarikh tutup permohonan

Permohonan secara dalam talian sudah dibuka dan akan ditutup pada tarikh 31 Mei 2022 jam 5 petang.

Walau bagaimanapun, sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai program YTP Agro Bank ini, anda boleh menghantar emel pertanyaan tersebut ke alamat [email protected]

Bagi lepasan Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana yang memenuhi syarat kelayakan di atas, jangan lepaskan peluang anda menyertai Young Talent Program oleh Agro Bank ini untuk memulakan kerjaya anda dalam bidang perbankan.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!