Bantuan Melanjutkan Pelajaran Ke IPT Yayasan Penyayang Iskandar Puteri

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Sukacita dimaklumkan bahawa Yayasan Penyayang Iskandar Puteri (YPIP) kini menawarkan Bantuan Melanjutkan Pelajaran ke IPT kepada semua komuniti yang tinggal di dalam kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP).

Calon yang berkelayakan boleh kemukakan permohonan sebelum tarikh tutup iaitu 6 Oktober 2022.

Ikuti perkongsian kami untuk ketahui syarat-syarat serta kaedah permohonan.

Baca Juga : Tawaran Biasiswa IPT & Biasiswa Anak Yatim Yayasan Pahang

Syarat-Syarat Permohonan Bantuan Melanjutkan Pelajaran ke IPT Yayasan Penyayang Iskandar Puteri

Calon perlulah memenuhi syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan seperti berikut :

  •  Pemohon adalah warganegara Malaysiayang tinggal dalam Kawasan MBIP.
  • Calon bakal melanjutkan pengajian ke semester pertama di Peringkat DIPLOMA atau IJAZAH SARJANA MUDA.
  • Calon telah mendapat surat tawaran melanjutkan pelajaran ke IPT.
  • Calon merupakan lepasan SPM/STAM/STPM.
  • Permohonan hanya terbuka kepada  golongan yang berpendapatan isi rumah RM 3860.00 dan ke bawah (B40).
Bantuan Melanjutkan Pelajaran

Cara Memohon

Calon boleh kemukakan permohonan dengan mendapatkan borang di Pejabat YPIP (Waktu Pejabat) atau muat turun borang di bawah.

Bantuan Melanjutkan Pelajaran yayasan penyayang iskandar puteri
Bantuan Melanjutkan Pelajaran yayasan penyayang iskandar puteri

Dokumen Yang Diperlukan

Calon juga dikehendaki untuk kemukakan bersama dokumen sokongan seperti yang disenaraikan berikut :

  • Salinan surat tawaran kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta
  • Salinan keputusan SPM/STAM/STPM
  • Salinan kad pengenalan atau sijil kelahiran semua isi rumah
  • Salinan slip gaji atau pengesahan pendapatan semua isi rumah yang telah bekerja

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai Bantuan Melanjutkan Pelajaran ke IPT Yayasan Penyayang Iskandar Puteri, si hubungi YPIP di talian :

  • 07-556 9884
  • 07-559 0766
  • 016-752 0652

Calon juga boleh terus hadir ke Pejabat YPIP di alamat :

Aras 3,
Wisma MBIP Skudai,
81300 Skudai,
Johor.

Facebook : https://www.facebook.com/yayasanpenyayangiskandarputeri

LATARBELAKANG YAYASAN PENYAYANG ISKANDAR PUTERI

Yayasan Penyayang Iskandar Puteri adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang bernaung di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP). Penubuhan YPIP adalah bertujuan untuk memberi bantuan kepada golongan yang memerlukan dan menaik taraf sosio ekonomi masyarakat setempat dengan menganjurkan program-program melalui 4 biro iaitu Biro Kebajikan, Biro Pendidikan, Biro Usahawan dan Biro Belia & NGO.

Baca juga: Bantuan Kasih Bangsa Johor 2022: Senarai Bantuan Tunai & Insentif Untuk Rakyat Johor

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut