Xiaomi Mix Flip Malaysia: Spesifikasi, Varian, Harga

Xiaomi Malaysia secara rassi telah memperkenalkan telefon pintar boleh lipat kompak pertamanya untuk pasaran tempatan yang diberi nama Xiaomi Mix Flip.

Model ini merupakan telefon pintar flip pertama syarikat itu yang mengambil model seperti siri Samsung Galaxy Z Flip dan Oppo Find N3 Flip.

Pencabar baharu dalam segmen ini, Xiaomi Mix Flip hadir dengan paparan penutup yang agak besar, dwi kamera utama 50MP, dan prestasi yang dikuasakan oleh cipset mudah alih perdana Qualcomm.

Konfigurasi tempatan untuk Xiaomi Mix Flip sama dengan spesifikasi untuk pasaran global yang telah diumumkan lebih awal yang bermakna hanya akan mendapat satu pilihan memori sahaja.

Spesifikasi Xiaomi Mix Flip

Spesifikasi Xiaomi Mix Flip

Telefon lipat kompak baharu Xiaomi ini mempunyai skrin penutup AMOLED 4 inci dengan resolusi 1392 x 1208 piksel, kadar penyegaran 120Hz dan kecerahan puncak 3000 nits yang mengagumkan.

Paparan dalaman ialah panel LTPO AMOLED boleh lipat 6.86 inci boleh lipat dengan resolusi 1224 x 2912 piksel, turut menyokong kecerahan 120Hz dan 3000 nits.

Ciri utama termasuk pengimbas cap jari yang dipasang di sisi, pembesar suara stereo, port USB-C dan Android 14 melalui HyperOS.

Xiaomi Mix Flip ini dikuasakan oleh cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 3 dan salah satu sorotan utama MIX Flip ialah paparan penutup besar yang meliputi tepi ke tepi dengan potongan untuk dwi-kamera.

Rekabentuk ini menawarkan pengalaman tontonan yang lebih besar malah ia cukup besar untuk menampilkan apa yang kelihatan seperti papan kekunci mudah alih bersaiz penuh.

Selain itu, ia dilengkapi dengan bateri 4,780mAh yang menyokong pengecasan 67W, manakala pilihan sambungan termasuk WiFi dwi-jalur, Bluetooth 5.4 dan NFC.

Akhir sekali, telefon ini dilengkapi dengan dua kamera 50MP pada skrin penutup, kamera utama dan kanta telefoto dengan zum optik 2x, manakala kamera swafoto 32MP ditempatkan dalam potongan paparan dalaman

Artikel berkaitan: Xiaomi 14T Malaysia : Spesifikasi, Varian, Harga, Promosi

Varian

Xiaomi MIX Flip

Versi tempatan Mix Flip menawarkan hanya 12GB RAM dan 512GB storan.

Pilihan warna

Xiaomi Mix Flip datang dalam beberapa pilihan warna menarik:

  • Hitam
  • Ungu

Harga

Xiaomi Mix Flip dijual secara rasmi di pasaran Malaysia pada harga RM4,999.

Bagi yang berminat, anda boleh mendapatkannya melalui laman web rasmi Xiaomi atau kedai Shopee rasmi Xiaomi.

Bantu kami share artikel ini: