X-Break : Contoh Senaman dan Jenis Regangan Ringkas

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Adakah anda salah seorang yang mudah berasa lesu ketika berada di sekolah atau tempat kerja?

Mungkin ada yang belum tahu bahawa bahawa posisi duduk secara berterusan selama lebih daripada 2 jam boleh memberikan kesan buruk pada kesihatan seseorang.

Jadi, apa yang boleh dilakukan bagi mengatasinya?

Di sini kami ingin kongsikan satu cara mudah untuk segarkan semula tubuh dan minda secara pantas iaitu X-Break.

Apa Itu Senaman X-Break?

Bagi yang pertama kali mendengar tentang X-Break, ia merupakan aktiviti regangan ringkas berdurasi 3 hingga 5 minit.

Ia pertama kali diperkenalkan pada tahun 2019 dalam kalangan kakitangan awam dan terbukti berkesan dalam meningkatkan tahap kesihatan dan daya tumpuan seseorang.

Walaupun ringkas ini, senaman ini juga boleh melancarkan peredaran darah, mengaktifkan otot dan membuatkan seseorang lebih cergas dan bertenaga untuk bekerja.

Sumber : Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia – Portal MyHealth

Contoh Senaman X-Break KKM

X-Break Kerusi

Cara untuk lakukan senaman ini mudah sahaja kerana ia melibatkan regangan ringkas.

Sesuai untuk persekitaran sekolah atau tempat kerja dengan ruang yang terhad, anda hanya perlu tahan setiap pergerakan selama 8 saat.

Ayuh kita semak pergerakan regangan X-Break seperti di bawah :

  1. Mulakan pada leher dengan merapatkan kedua belah tangan dan tolak dagu ke atas.
  2. Seterusnya, tolak kepala ke bawah dengan kedua belah tangan untuk meregangkan tengkuk.
  3. Regangkan pula setiap sisi leher.
  4. Lakukan regangan triceps dengan membengkokkan siku kanan, gunakan tangan kiri untuk tolak siku kanan ke bawah. Pastikan badan lurus. Tukar tangan dan ulang gerakan.
  5. Regangkan bahu dengan luruskan tangan kiri ke depan. Tolak siku kiri ke dalam dengan tangan kanan. Seterusnya tukar tangan dan ulang gerakan.
  6. Luruskan kedua belah tangan dan tolak ke atas untuk regangkan sisi pinggang.
  7. Letak kedua belah tangan di lutut kanan. Pusingkan badan ke kanan dan pastikan pinggang lurus. Ulangkan gerakan ke arah kiri.
  8. Akhir sekali, regangkan paha dengan memegang lutut kanan dan angkat ke atas. Ulang gerakan menggunakan kaki kiri.
x-break

Senaman X-Break Berdiri

Sekiranya persekitaran lebih luas, anda juga boleh lakukan pergerakan X-Break secara berdiri. Lakukan setiap pergerakan di bawah dalam masa 8 saat.

  • Melompat
  • Lari Setempat
  • Toe Tap
  • Side Bend
  • Half Squat
  • Tepuk Tangan
x-break

X-Break Meja

Terdapat pelbagai versi senaman X-Break yang anda boleh lakukan di mana-mana sahaja. Di bawah merupakan contoh senaman regangan yang boleh dilakukan menggunakan meja.

x-break
Sumber : Facebook Asyen Kamen Jr 가면

Kini anda sudah tahu cara untuk lakukan senaman X-Break dengan mudah di mana-mana sahaja.

Bukan setakat di tempat kerja atau sekolah, malah anda juga boleh lakukan di rumah bersama ahli keluarga.

Ini juga merupakan salah satu langkah pertama untuk mengaktifkan badan dan minda daripada terus berehat.

Jadi, ayuh kita kekal aktif dan lakukan senaman ini setiap 2 jam untuk kekal cergas dan cerdas!

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia – Portal MyHealth, Facebook Asyen Kamen Jr 가면

Baca Juga : Contoh Makanan Pemberi Tenaga – Elak Lesu & Tidak Bermaya

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut