Sudahkah anda berkunjung ke destinasi santai terbaharu di Melaka iaitu Melaka Floating Market?
Juga terkenal sebagai Windmill Pink Market, lokasi ini menawarkan suasana santai yang cukup unik berkonsepkan Floating Market dengan tarikan lampu yang berwarna-warna yang dikenali sebagai lampu ‘windmill’.
Lebih penting lagi, Pink Market Melaka ini merupakan destinasi yang tepat bagi yang suka mencuba pelbagai makanan viral terkini seperti tongmo, shawarma, nachos, kunafa dan banyak lagi!
Bukan itu sahaja, malah tempat ini juga wajib dikunjungi oleh kaki shopping kerana anda boleh membeli-belah di puluhan kiosk jualan barangan yang menarik di Floating Market ini.
Dari pakaian, mainan sehinggalah ke produk kecantikan, anda pasti akan rambang mata!
Anda juga pasti akan teruja untuk bergambar dan mencipta memori indah di tarikan yang bertemakan warna merah jambu menyerlah ini.
Lokasi
Windmill Pink Market terletak di Dataran Pengkalan Rama iaitu berdekatan Jeti Taman Rempah, Melaka River Cruise.
Selain jeti, Jambatan Hang Jebat dan Masjid Pengkalan Rama merupakan antara mercu tanda yang boleh pengunjung kenalpasti untuk ke sini.
Pada masa yang sama, pengunjung juga boleh berjalan kaki dari beberapa kawasan pelancongan seperti Kampung Morten dan Jonker Walk.
Anda juga boleh gunakan Google Map atau Waze untuk mencari lokasi Floating Market ini.
Waktu Operasi Windmill Pink Market Melaka
Bagi yang ingin berkunjung ke Windmill Pink Market, berikut merupakan hari serta waktu operasinya :
Hari Operasi : Rabu hingga Isnin (tutup setiap Selasa)
Waktu Operasi : 6.00 petang – 12.00 tengah malam
Sempena bulan Ramadan yang bakal tiba tak lama lagi, Melaka Floating Market akan beroperasi pada pukul 5.00 petang sehingga tengah malam (1.3.2025 – 30.3.2025).
Kemudahan
Port lepak terbaharu di Melaka ini lengkap dengan pelbagai kemudahan demi keselesaan pengunjung.
Berikut merupakan beberapa cadangan lokasi parking berdekatan Pink Market Melaka.
Selain terdapat 200 set kerusi dan meja, terdapat surau dan tandas yang turut disediakan di Melaka Floating Market untuk kegunaan pengunjung.
Maklumat Lanjut
Jangan ketinggalan untuk nikmati pengalaman bersantai dengan tarikan lampu berwarna-warni di Windmill Pink Market Melaka.
Untuk ketahui perkembangan terkini dan acara menarik di sini, sila ikuti laman media sosial Melaka Floating Market di Instagram, Facebook dan Tiktok.
Sumber : Facebook Melaka Hari Ini (1), (2), Instagram Melaka Floating Market
Baca Juga : 9 Port Sarapan di Melaka Yang Wajib Dicuba