Warna khaki sering dijadikan warna pilihan untuk seluar, baju dan jaket selain juga digunakan dalam pakaian luaran ketenteraan.
Ini kerana warna ini dipilih sebagai pakaian tentera bagi memudahkan penyamaran tentera di medan peperangan.
Namun, kini warna ini telah menjadi warna kegemaran untuk pelbagai pakaian dan seluar dan sering dijadikan salah satu fesyen yang popular.
Mengenai Warna Khaki
Khaki berasal dari bahasa Parsi dan Urdu yang bermaksud debu atau berdeb yang merupakan warna coklat muda yang digabungkan antara warna krim atau hijau.
Warna ini diinspirasikan daripada warna tanah yang umumnya terdapat di kawasan padang pasir atau padang rumput.
Warna ini mempunyai kesan semula jadi, bersahaja dan kasual jadi ia sesuai untuk digabungkan dengan pelbagai warna lain.
Warna ini mula digunakan oleh tentera British pada tahun 1846 kerana ia sebati dengan persekitaran sekeliling.
Ia juga digunakan supaya askar dapat menyamar dengan mudah dan juga tahan kotoran serta mudah dibersihkan, menjadikannya sesuai digunakan di medan perang.
Perbezaan Warna Khaki vs Beige
Terdapat perbezaan antara Khaki dan Beige iaitu:
- Khaki merupakan warna coklat muda atau sawo matang dengan sedikit hijau. Warna ini juga boleh terdiri daripada warna yang pucat, hampir kepada warna buah zaitun kepada tona yang lebih gelap dan keperangan.
- Beige ialah warna coklat pucat, berpasir atau coklat muda. Ia adalah nada neutral yang tidak mempunyai ketepuan yang kuat dan boleh mempunyai tona yang hangat atau sejuk.
Jenis Warna Khaki
Terdapat beberapa jenis warna ini iaitu:
i- Khaki Muda
Warna ini seakan akan kuning air yang halus dan terang serta lebih pekat warna cream dan beige.
Warna ini juga sering digunakan untuk pakaian musim panas dan pakaian kasual.
Kod warna ini adalah #C3B091.
ii- Khaki Tua
Khaki tua mirip kepada coklat yang lebih gelap yang sering digunakan untuk pakaian musim dingin dan pakaian formal.
Warna ini juga kadang kala dipanggil sebagai Mocca.
Kod warna ini adalah #8A6240.
iii- Khaki Hijau
Warna ini warna-warna dari daun hijau yang sudah layu dan sesuai digunakan untuk pakaian kerja dan pakaian harian.
Kod warna ini adalah #728639.
Padanan Warna
Antara padanan warna yang sesuai dengan warna ini ialah:
- Light brown
- Navy blue
- Olive green
- Burgundy
- Cream
- Rust orange
- Forest green
- Beige
- Slate gray
- Dusty rose
Info Lanjut
Info lanjut mengenai warna Khaki, sila layari laman web https://piktochart.com/tips/what-color-is-khaki.
Baca juga: Warna Champagne: Maksud & Padanan Warna