Tahukah anda warna cat pada kawasan luar rumah memainkan peranan yang penting dalam menjaga suhu dalaman rumah. Warna cat yang tidak bersesuaian akan menyebabkan suhu dalam rumah menjadi tinggi dengan lebih pantas.
Oleh itu pemilihan warna cat yang betul adalah sangat penting bagi pemilik rumah. Berikut kami kongsikan warna-warna yang dapat menjadikan rumah anda lebih sejuk dan juga cantik untuk dipandang.
Kesan Warna pada Suhu Rumah
Untuk pengetahuan anda, warna cat memainkan peranan yang sangat penting dalam penstabilan suhu rumah anda, tidak kiralah warna cat di dalam ataupun di luar rumah.
Pemilihan cat yang betul juga boleh membantu dalam menjimatkan tenaga elektrik. Sebagai contoh rumah yang catnya sejuk akan dapat mengurangkan penggunaan penghawa dingin, dan sebaliknya berlaku jika rumah anda menggunakan cat yang mampu meningkatkan suhu dengan pantas.
Bagi mencari warna cat yang sesuai anda perlu tahu dulu tindak balas warna tersebut pada cahaya dan haba. Warna yang gelap akan mudah menyerap dan menyalurkan haba ke dalam rumah, manakala warna yang lebih terang akan membantu dalam memantulkan haba dari masuk ke dalam rumah.
Sumber: Allstate
Senarai Warna Cat Luar Rumah yang Sejuk
Berikut merupakan beberapa warna cat luar rumah yang dapat membantu memantulkan haba dari luar yang seterusnya menjadikan rumah anda lebih sejuk.
- Warna Putih
- Seperti yang kita tahu, warna putih sangat membantu dalam memantulkan haba daripada cahaya panas. Warna ini juga sangat sesuai untuk apa-apa jenis tema rumah yang anda inginkan.
- Warna Biru Muda
- Jika anda tidak ingin rumah terlihat kosong tapi masih sejuk, anda boleh menggunakan warna cat biru muda bagi kawasan luar rumah anda. Warna cat ini juga akan membantu rumah anda untuk kelihatan segar, bersih dan lapang.
- Warna Kelabu Lembut
- Warna kelabu lembut ini mempunyai perbezaan peratusan warna hitam dengan warna kelabu yang lain. Peratusan warna hita, dalam warna ini adalah lebih rendah berbanding warna putih. Oleh itu lebih terang warna kelabu yang dipilih, lebih sejuk rumah anda.
- Warna Hijau Sage
- Warna hijau sage bukan sahaja membantu menurunkan suhu dalam dan luar rumah anda, tetapi ia juga merupakan salah satu warna yang boleh membuatkan rumah anda kelihatan lebih elegen dan moden.
- Warna Lavender
- Jika anda inginkan warna yang ceria, anda juga boleh memilih warna lavender. Warna ini akan menaikkan seri rumah anda dan juga membantu dalam menjaga suhu rumah.
- Warna Krim/Beige
- Warna ini merupakan campuran warna putih dan warna coklat. Warna ini dapat menyejukkan rumah anda dan dalam masa yang sama ia akan menghasilkan pemandangan yang klasik, lembut dan anggun buat si pemerhati.
Baca juga: Warna Hijau : Maksud Warna, Variasi & Padanan Sesuai