Menjelang Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2025, terdapat beberapa pilihan warna baju raya 2025 yang menjadi pilihan dan dijangka trending pada tahun ini.
Kebanyakan warna ini menjadi pilihan orang ramai untuk digayakan sama ada baju melayu atau baju kurung terutamanya pada hari raya pertama.
Mengenai Hari Raya Aidilfitri
Hari Raya Aidilfitri merupakan anugerah Allah untuk umat Islam bukan sahaja sebagai ganjaran kemenangan dalam bentuk kesabaran fizikal tetapi juga kerana kejayaan kerana berjaya menjinakkan hawa nafsu dalam bulan Ramadan.
Hari Raya Aidilfitri disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah yang juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah atau Hari Lebaran.
Aidilfitri yang bermaksud Hari Raya Fitrah, merupakan hari raya bagi kesucian manusia.
Ia juga disebut sebagai hari kembalinya kesucian kepada kita dan kembalinya fitrah yang manusia itu secara fitrahnya makan dan minum.
Umat Islam juga digalakkan menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan memperbanyakkan bertahmid dan bertasbih sebagai tanda bersyukur kepada Allah SWT di samping bermaaf-maafan mengakui salah silap dan kelemahan diri.
Pemakaian Baju Melayu & Baju Kurung
Lazimnya pada hari raya pertama, kaum lelaki akan menggayakan baju melayu manakala bagi perempuan pula adalah baju kurung.
Baju Melayu merupakan pakaian tradisional lelaki Melayu yang telah wujud sejak berabad-abad lamanya yang terdiri daripada dua bahagian utama: baju yang mempunyai kolar cekak musang atau kolar teluk belanga, serta seluar panjang yang dipadankan dengan kain samping yang diikat di pinggang.
Baju kurung pula ialah pakaian tradisional untuk wanita Melayu yang terdiri daripada dua jenis baju kurung yang selalu digayakan orang Melayu di Malaysia iaitu Baju Kurung Teluk Belanga dan Baju Kurung Cekak Musang.
Pilihan Warna Baju Raya 2025
Warna baju raya 2025 yang dijangka menjadi pilihan utama pada tahun ini adalah seperti berikut:
- Olive green
- Royal blue
- Burgundy
- Lilac
- Magenta
- Hitam
1- Olive Green
Warna Olive Green atau hijau zaitun yang dihasilkan dari campuran warna hijau dan kuning dengan sedikit unsur kelabu atau hitam.
Nama warna ini diambil dari warna buah zaitun yang telah matang dan sering dikaitkan dengan elemen semulajadi dan alam sekitar.
Warna ini juga dianggap sebagai lambang kedamaian dan membawa banyak makna yang positif.
Kod hex warna ini adalah #808000.
2- Royal Blue
Warna ini merupakan warna biru yang cerah yang terhasil daripada warna yang pekat di antara biru dan ungu
Warna ini juga dapat melambangkan kekuasaan, kepercayaan, dan kestabilan.
Warna ini dinamakan Royal Blue dinamakan sempena Ratu Charlotte pada akhir abad ke-18, yang dikhaskan untuk golongan bangsawan.
Walaubagaimanapun, persepsi terhadap warna ini telah berubah apabila pada tahun 1950-an, warna ini mula menjadi popular, yang kemudiannya diiktiraf sebagai Royal Blue.
Kod hex bagi warna ini adalah #4169E1.
3- Burgundy
Burgundy merupakan warna merah gelap yang diambil sempena nama kawasan Burgundy di Perancis yang terkenal dengan pengeluaran wain merah.
Warna ini merupakan gabungan warna merah dengan sedikit ungu dan coklat, yang menghasilkan tona yang sofistikated dan mewah.
Warna ini juga kerap digunakan dalam industri fesyen dan rekaan dalaman yang memberikan kesan mewah pada pakaian, langsir, permaidani, atau kerusi sofa.
Kod hex bagi warna ini ialah #800020.
4- Lilac
Warna ini merupakan warna yang berasal dari gabungan antara warna ungu dan putih yang menghasilkan tona ungu yang lebih terang, lembut, dan feminin.
Warna ini juga sering dikaitkan dengan suasana romantis, kelembutan, dan juga keanggunan.
Kod hex warna ini adalah #C8A2C8.
5- Magenta
Magenta merupakan warna yang terdiri dari kombinasi merah dan biru, yang menghasilkan tona ungu yang cerah dan terang.
Warna ini juga sering dianggap sebagai warna yang penuh tenaga, kreativiti, dan kebahagiaan.
Kod hex bagi warna ini ialah #FF00FF.
6-Hitam
Hitam merupakan warna yang melambangkan misteri, dan sesuatu yang mempunyai makna yang mendalam.
Selain itu, warna ini juga sering dikaitkan dengan kesedihan, kematian, dan kehidupan yang bersendirian.
Kod hex bagi warna ini ialah #000000.
Sumber:
- https://www.galeriartie.com/2024/09/tema-warna-baju-hari-raya-2025.html
- https://www.giofabrics.com.my/blogs/baju-raya-2023/tema-warna-baju-raya-2025-dengan-gaya-yang-trendy?srsltid=AfmBOooN1Ea0-ID_FEOZqF22Abp86Y3qKAXJdmxMBJL7b9JFuQe_5gHo
Baca juga: Kenali Pengasas Bulan Bintang: Jenama Baju Melayu Popular