Waktu Imsak Bagi Seluruh Negeri Di Malaysia 2025 – JAKIM

JADUAL WAKTU IMSAK SELURUH NEGERI DI MALAYSIA TAHUN 1446 H / 2025 M

Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada 2 Mac 2025.

Tarikh permulaan puasa bagi negeri di seluruh Malaysia ditetapkan menurut perintah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Pengumuman itu akan disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) seperti tahun-tahun sebelumnya.

Semoga lampiran jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa pada bulan Ramadan tahun ini dapat memudahkan umat Islam di Malaysia membuat semakan masa yang ideal untuk bersahur sebelum memasuki waktu Subuh selain dapat berbuka Puasa pada waktu yang tepat.

Jangan lupa pastikan ketepatan waktu jam tangan / jam dinding di rumah anda dengan merujuk kepada Waktu Standard Malaysia (Lihat penerangan dan cara semakan di bawah).

Berikut dikongsikan jadual waktu buka puasa dan imsak bagi setiap negeri dalam jadual yang dikemaskini oleh JAKIM :

Jadual Waktu Imsak Setiap Negeri Di Malaysia 2025 / 1446H

Sila rujuk jadual waktu imsak dan berbuka puasa bagi setiap negeri di Malaysia bagi tahun 2025 di sini :

  • Perlis
  • Kedah
  • Pulau Pinang
  • Perak
  • Pahang
  • Selangor
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Johor
  • Kelantan
  • Terengganu
  • Sabah
  • Sarawak
  • Wilayah Persekutuan Labuan

Diterbitkan oleh JAKIM

Anda boleh muat turun Jadual Waktu Imsak Dan Buka Puasa Tahun 1446 H / 2025 M di Laman Web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM): https://www.islam.gov.my/ms/

Untuk mengetahui waktu solat terkini bagi setiap waktu, sila rujuk : WAKTU SOLAT BANDAR-BANDAR UTAMA DI MALAYSIA

Semak Ketepatan Waktu

Untuk memastikan anda berbuka dan bersahur dengan waktu yang tepat, sila buat semakan mengikut Waktu Standard Malaysia.

Waktu standard ini ditetapkan oleh Institut Metrologi Kebangsaan Malaysia (National Metrology Institute of Malaysia) iaitu sebuah agensi di bawah SIRIM.

waktu berbuka

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan turut mengajak orang ramai untuk membuat semakan dan mengemaskini ketetapan jam di premis masing-masing, khususnya di masjid-masjid dan surau-surau seluruh Wilayah Persekutuan serta seluruh Malaysia.

Semakan boleh dibuat dengan melayari laman web Malaysian Standard Time (MST SIRIM), selaras dengan Waktu Standard Malaysia.

Caranya:

  1. Pergi ke laman web MST SIRIM di pautan https://mst.sirim.my/
  2. Waktu Standard Malaysia (MST) akan dipaparkan.
  3. Laraskan jam anda mengikut waktu standard tersebut.

NMIM mempunyai peranan penting di dalam menyebarkan kebolehberkesanan pengukuran ke seluruh Malaysia berasaskan kepada Unit Sistem Antarabangsa.  Tanggungjawab ini adalah besar bagi memastikan bahawa infrastruktur pengukuran negara mematuhi dan bersesuaian dengan pengukuran global.

Baca juga: