Bagi penduduk di sekitar kawasan Kota Kinabalu, anda boleh membuat rujukan waktu berbuka Kota Kinabalu sebagai persediaan di dalam Bulan Ramadhan ini.
Ini bagi memastikan orang ramai dapat melakukan persiapan yang secukupnya untuk berbuka puasa pada tahun ini.
Maksud Berbuka Puasa
Berbuka puasa atau dalam Bahasa Arab dipanggil iftar ialah makan bagi umat Islam yang berpuasa setelah terbenamnya matahari.
Ini bermakna, waktu yang tepat untuk berbuka puasa ialah pada waktu matahari terbenam atau ketika azan Maghrib berkumandang.
Ianya menandakan berakhirnya puasa hari itu sebelum disambung keesokan harinya selepas waktu bersahur.
Doa Ketika Berbuka Puasa
Terdapat hadith di dalam Sunan Abi Daud iaitu daripada Ibn Umar RA berkata, bahawa Nabi SAW apabila hendak berbuka, Baginda SAW membaca (doa):
ذَهَبَ الظَّمَأُ، وَابْتَلَّتِ الْعُرُوقُ، وَثَبَتَ الْأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ
Maksudnya: “Telah hilang dahaga, telah basah urat-urat dan telah ditetapkan pahala insyaAllah”. [Riwayat Abu Daud (2357)] [Syeikh al-Arna’outh menghukum sanad hadith ini adalah hasan].
Tambahan pula, terdapat satu lagi doa yang masyhur dalam masyarakat kita apabila hendak berbuka iaitu daripada Muaz bin Zuhrah, telah sampai kepadanya bahawa Nabi SAW bersabda apabila hendak berbuka:
اللَّهُمَّ لَكَ صُمْتُ، وَعَلَى رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ
Maksudnya: “Ya Allah Ya Tuhan kami kerana Engkau aku berpuasa dan dengan rezeki Engkau aku berbuka”. [Riwayat Abu Daud (2358)] [Imam al-Nawawi di dalam al-Azkar menghukum hadith ini sebagai mursal iaitu sanadnya terputus iaitu nama sahabat gugur di dalam sanad hadith ini].
Namun, terdapat beberapa lagi doa yang boleh diamalkan berdasarkan hadis:
1- Daripada Muaz bin Zuhrah, adapun Rasulullah SAW bersabda apabila hendak berbuka:
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَعَانَنِي فَصُمْتُ، وَرَزَقَنِي فَأَفْطَرْتُ
Maksudnya: “Segala puji bagi Allah yang telah membantuku maka disebabkan itu aku telah berpuasa dan Dia telah memberi rezeki kepadaku maka aku berbuka dengannya”. [Lihat: Amal al-Yaum wa al-Lailah (479)] [Syeikh al-Arna’outh menghukum sanad hadith ini adalah mursal kerana Muaz bin Zuhrah tidak mendengar langsung daripada Nabi SAW]
2- Daripada Ibn Abbas RA, bahawa Nabi SAW bersabda ketika berbuka:
اللَّهُمَّ لَكَ صُمْنَا، وَعَلَى رِزْقِكَ أَفْطَرْنَا، فَتَقَبَّلْ مِنَّا، إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
Maksudnya: “Ya Allah Ya Tuhan kami kerana Engkau kami berpuasa dan dengan rezeki Engkau kami berbuka maka terimalah daripada kami, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui ”. [Lihat: Amal al-Yaum wa al-Lailah (480)] [Syeikh al-Arna’outh menghukum sanad hadith ini adalah dhaif]
3- Daripada Abdullah bin ‘Amr berkata bahawa Nabi SAW apabila hendak berbuka beliau bersabda:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ بِرَحْمَتِكَ الَّتِي وَسِعَتْ كُلَّ شَيْءٍ أَنْ تَغْفِرَ لِي
Maksudnya: “Ya Allah Ya Tuhan kami, aku memohon kepada-Mu dengan rahmat-Mu yang mana meliputi semua perkara agar Engkau ampunkan aku”. [Riwayat Ibn Majah (1753)][Syeikh Syuaib al-Arna’outh mengatakan sanad hadith ini adalah hasan]
Waktu Berbuka KK
Waktu berbuka puasa bagi kawasan Kota Kinabalu dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya adalah seperti berikut:
Muat Turun Jadual Berbuka Puasa
Muat turun jadual berbuka puasa di seluruh Malaysia yang dikeluarkan oleh JAKIM seperti file di bawah:
Adab Semasa Berbuka Puasa
Adab semasa berbuka puasa adalah seperti berikut:
- Membaca doa
- Memulakan dengan buah Tamar dan air
- Menyegerakan berbuka puasa
- Amalkan makan secara sederhana dan tidak membazir
- Duduk dengan tenang
Sumber:
Baca juga: Waktu Berbuka Puasa WP Labuan 2025 / 1446H