Virtual Mini Job Hunt: Jawatan Kosong Untuk Peminjam PTPTN

virtual mini job hunt ptptn
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Bagi peminjam PTPTN yang sedang mencari pekerjaan, anda dialu-alukan untuk mendaftar bagi program ‘Virtual Mini Job Hunt for PTPTN Borrowers’ minggu ini bagi menghadiri sesi temuduga dengan majikan.

Menurut BERNAMA, sebanyak 4,609 peluang pekerjaan daripada 20 majikan dalam pelbagai bidang ditawarkan kepada peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menerusi program kerjasama dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Menarik kan?

Jom ketahui lebih lanjut tentang program ‘Virtual Mini Job Hunt’ bagi peminjam PTPTN ini.

Apakah Program ‘Virtual Mini Job Hunt for PTPTN Borrowers’?

Khas buat peminjam PTPTN yang menghadapi masalah sukar mencari pekerjaan, pelbagai bidang ditawarkan dalam program pencarian kerja ‘Virtual Mini Job Hunt’ ini.

Antaranya pekerjaan dalam bidang pendidikan, pembuatan dan perkhidmatan, perbankan dan runcit.

Gaji paling rendah yang ditawarkan melalui program ‘Virtual Mini Job Hunt’ ini mestilah melebihi gaji minimum dan gaji paling tinggi adalah sekitar RM4,000 ke RM5,000.

Melalui program ‘Virtual Mini Job Hunt’ ini juga peserta dapat mengetahui persediaan yang perlu dilakukan serta cara untuk memohon pekerjaan yang sesuai dengan profil kerjaya dari pakar.

Tujuan Program

Program ini merupakan inisiatif Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menerusi program kerjasama dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dengan inisiatif berikut:

  1. Membantu peminjam PTPTN yang telah bergraduat dan masih belum mendapatkan pekerjaan melalui Program Mencari Pekerjaan Perkeso.
  2. Menyediakan peluang pekerjaan kepada peminjam PTPTN untuk mempersiapkan diri dengan mengadakan webinar dan latihan bagi membekalkan graduan-graduan ini sebelum proses temuduga.
  3. Menggalakkan peminjam PTPTN yang memerlukan pekerjaan mendaftar diri dalam portal PERKESO iaitu EISJob
  4. Melibatkan kolaborasi menganjurkan ‘Career Program’, katanya.

Baca juga : Daftar Penjana Kerjaya (Program Insentif Pengambilan Pekerja) MyFutureJobs PERKESO

Syarat Kelayakan

‘Virtual Mini Job Hunt for Borrowers’  ini adalah terbuka kepada semua peminjam PTPTN yang tamat pengajian dari institusi pengajian tinggi dan politeknik termasuk mereka yang sudah bekerja tetapi ingin meningkatkan kerjaya mereka.

Peminjam yang telah disenaraihitam (blacklist) juga layak memohon pekerjaan melalui program ini.

Peminjam yang berjaya mendapatkan pekerjaan melalui program berkenaan, gaji mereka tidak akan ditolak secara automatik untuk membayar pinjaman PTPTN.

Tempoh Program

Program ini akan berlangsung selama 4 hari bermula 30 Jun 2020 hingga 3 Julai 2020.

Perjalanan Program

Dalam tempoh 4 hari, program ini akan dibahagikan kepada 2 sesi iaiti :

  • SESI 1: 30 Jun dan 1 Julai – Diadakan sesi webinar yang mendedahkan peminjam PTPTN mengenai kaedah mempersiapkan diri.
  • SESI 2 : 2 dan 3 Julai – Diadakan proses temu duga secara dalam talian.
kerja kosong ptptn

Agensi Terlibat

  • Prgoram ini merupakan anjuran Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menerusi program kerjasama dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
  • Membabitkan lebih 20 majikan / syarikat

Cara Pendaftaran ‘Virtual Mini Job Hunt for PTPTN Borrowers’

Berikut adalah langkah untuk mencari pekerjaan melalui program ‘Virtual Mini Job Hunt for PTPTN Borrowers’ secara online :

virtual mini job hunt ptptn
  1. Pergi ke laman web https://careerfair.perkeso.gov.my/
  2. Isikan nombor kad pengenalan peminjam PTPTN.
  3. Isikan butiran diri dan klik ‘Register’.
  4. Login ke laman web semula dan pilih jawatan yang dipohon.
  5. Permohonan yang diterima akan disemak oleh pegawai Pendaftaran PERKESO.
  6. Setelah permohonan anda diluluskan, e-mel beserta pautan ke ‘Lobby Room’ sesi temuduga akan dihantar.
  7. Pautan untuk ‘Interview Room’ bagi sesi ‘Temuduga Bersama Majikan’ akan diberikan.
  8. Klik pada pautan yang diberikan dan sesi temuduga akan bermula.
  9. Setelah selesai sesi temuduga, klik butang ‘Leave Meeting’.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berhubung program ini, sila hubungi pegawai terlibat melalui talian berikut:

  • 019-249 2606 (En Neil)
  • 017-339 8583 (En Dianhazri)
  • 019-658 5507 (En Azman)

Anda juga boleh mendapatkan update terkini tentang program ini melalui Facebook Rasmi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Laman Rasmi Eis Perkeso.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut