VIBES 2.0 (JHEV ATM) – Cara Daftar & Log Masuk
Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM) telah melancarkan sebuah aplikasi yang dikenali sebagai VIBES 2.0 untuk memudahkan urusan para veteran ATM.
Aplikasi ini menawarkan pelbagai fungsi untuk membolehkan para veteran ATM mendapatkan maklumat terkini, mengurus permohonan bantuan dan berkomunikasi secara terus dengan JHEV ATM dengan lebih mudah.
Veteran boleh menyemak penyata pencen, semakan Bantuan Sara Hidup (BSH) RM300 dan pelbagai lagi melalui portal ini.
Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya.
BACA JUGA: Tarikh / Jadual Bayaran Pencen JHEV ATM (2025)
Apa Itu VIBES 2.0 (JHEV ATM)?
VIBES 2.0 (Veteran Integrated Benefit System 2.0) adalah sebuah aplikasi mudah alih rasmi yang dibangunkan oleh JHEV ATM.
Aplikasi ini direka khusus untuk memenuhi keperluan veteran Angkatan Tentera Malaysia dengan menyediakan akses mudah kepada pelbagai perkhidmatan.
Aplikasi ini juga bertindak sebagai platform sehenti yang menghubungkan veteran dengan pelbagai perkhidmatan kerajaan dan agensi berkaitan.
Dengan reka bentuk mesra pengguna, VIBES 2.0 memastikan setiap veteran dapat mengakses maklumat dengan mudah, cepat dan selamat.
Fungsi VIBES 2.0
Aplikasi VIBES 2.0 menawarkan pelbagai fungsi utama yang direka untuk memenuhi keperluan veteran ATM. Antaranya ialah:
- KEMASKINI MAKLUMAT VETERAN: Kemaskini Maklumat Keluarga, Alamat, Akaun Bank, Dokumen serta Pendidikan dan Kemahiran.
- SEJARAH TRANSAKSI: Semak sejarah transaksi bayaran.
- PENYATA PENCEN: Semak penyata pencen bulanan semasa.
- PELUANG KERJAYA: Mohon dan semak status permohonan pekerjaan.
- PELUANG KURSUS: Mohon dan semak status permohonan kursus.
- PERUBATAN: Mohon dan semak status permohonan faedah perubatan.
- KEBAJIKAN: Mohon dan semak status permohonan bantuan kebajikan.
- BANTUAN MENGURUS JENAZAH: Mohon dan semak status permohonan bantuan mengurus jenazah dan faedah persaraan.
Cara Muat Turun Aplikasi VIBES 2.0
Untuk memuat turun aplikasi ini, anda hanya perlu mengikuti langkah berikut:
- Buka Google Play Store (untuk pengguna Android) atau Apple App Store (untuk pengguna iOS).
- Cari kata kunci “VIBES 2.0 – JHEV ATM”.
- Klik butang “Install” dan tunggu sehingga proses muat turun selesai.
- >> Google Play Store: https://play.google.com/store/apps/details…
- >> Apple App Store: https://apps.apple.com/…/vibes-2-0-jhev-atm/id6450982354
Cara Daftar & Log Masuk VIBES 2.0
A. Cara Mendaftar Akaun (Pengguna Kali Pertama)
- Layari Portal VIBES 2.0 di pautan berikut: https://vibes.jhev.gov.my/portal/.
- Pada halaman utama, cari dan klik pada butang “Daftar Pengguna”.
- Pilih kategori yang sesuai dengan status anda (contoh: Veteran ATM / Waris).
- Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan dengan betul dan tepat. Ini termasuk nombor kad pengenalan, nombor tentera (jika ada), nama penuh dan maklumat peribadi lain.
- Selepas mengisi semua maklumat, klik butang “Semak” untuk memastikan semua data yang dimasukkan adalah betul.
- Tanda persetujuan pada “Terma dan Syarat” dengan mengisi (/) pada kotak yang disediakan.
- Jika pendaftaran berjaya, anda akan menerima notifikasi melalui emel yang mengesahkan pendaftaran akaun anda.
B. Cara Log Masuk ke VIBES 2.0
- Setelah berjaya mendaftar, anda boleh log masuk.
- Masukkan Nombor Tentera atau Nombor Kad Pengenalan anda & Kata Laluan yang telah anda daftarkan.
- Pastikan semua maklumat yang dimasukkan adalah betul.
- Klik butang “Log Masuk” untuk mengakses akaun anda.
Kemaskini Maklumat Peribadi
Selepas log masuk, anda digalakkan untuk mengemaskini maklumat peribadi anda. Ini adalah penting untuk memastikan anda menerima bantuan dan maklumat yang tepat dari JHEV ATM.
- Muat Naik Dokumen: Anda mungkin perlu memuat naik dokumen-dokumen berikut untuk pengesahan:
- Buku perkhidmatan (setiap muka surat)
- Sijil lahir anak dan Mykid / Mykad (untuk maklumat anak)
- Mykad veteran dan pasangan (untuk status diri atau agama)
- Sijil nikah/cerai (jika berkaitan)
- Bil utiliti (untuk pengesahan alamat)
- Jika anda menghadapi masalah untuk mengemaskini maklumat, hantarkan aduan anda beserta dokumen yang diperlukan ke ruangan aduan yang disediakan.
Lupa Kata Laluan
Jika anda terlupa kata laluan, ikut langkah-langkah berikut:
- Klik pada pautan “Lupa Kata Laluan” di halaman log masuk.
- Masukkan nombor tentera atau kad pengenalan yang didaftarkan.
- Ikut arahan yang diberikan untuk menetapkan semula kata laluan anda.
BACA JUGA: Bantuan Sara Hidup (BSH) ATM 2025 – Permohonan & Semakan Bayaran
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai VIBES 2.0, anda boleh rujuk Laman Web Rasmi VIBES 2.0 di pautan: https://vibes.jhev.gov.my/portal/
Untuk bantuan secara langsung, anda boleh menghubungi atau mengunjungi pejabat JHEV terdekat. Jangan lupa Ikuti akaun Facebook JHEV ATM untuk pengumuman dan maklumat terkini.