Veteran MyWIRA: Bantuan Kerjaya Bagi Pesara Tentera

aplikasi mywira
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Bagi membantu pesara tentera mencari peluang pekerjaan baru baru selepas bersara atau berhenti dari perkhidmatan, kerajaan telah memperkenalkan program padanan kerjaya yang dikenali sebagai MyWira.

Usaha ini dilakukan oleh Kementerian Sumber Manusia melalui TalentCorp bekerjasama dengan Kementerian Pertahanan menerusi Perbadanan Hal Ehwal Bekas Tentera (Perhebat).

Pada tahun pertama program rintis ini jalankan, sebanyak 500 padanan pekerjaan yang sesuai akan ditawarkan kepada veteran ATM oleh rakan-rakan industri yang menyertai inisiatif itu.

Objektif

Inisiatif Veteran MyWIRA akan memberi tumpuan kepada kemahiran dan pekerjaan yang dipacu industri dalam sektor swasta.

Ia akan dirintis dengan kerjasama Micron Memory Malaysia Sdn. Bhd. (Micron), peneraju ekosistem semikonduktor Malaysia dan akan memanfaatkan set kemahiran unik veteran ATM untuk mengisi kekosongan jawatan di pasaran.

Inisiatif ini menandakan kali pertama Kementerian Sumber Manusia melalui agensinya, TalentCorp menjalinkan kerjasama dengan PERHEBAT di bawah Kementerian Pertahanan.

Menteri Sumber Manusia, YB Steven Sim Chee Keong berkata, inisiatif Veteran MyWIRA adalah konsisten dengan prinsip kerja yang baik dalam rangka ekonomi MADANI.

Selain itu, ia selaras dengan tiga tunjang asas yang telah beliau tentukan untuk kementerian, iaitu, memperkukuh kebajikan pekerja, meningkatkan kemahiran, dan meningkatkan produktiviti tenaga kerja.

Aplikasi mudah alih MyWira

Selari dengan kemajuan teknologi dan keperluan semasa, aplikasi MyWira turut dibangunkan untuk memudahkan veteran tentera menggunakan segala kemudahan yang disediakan melalui laman web MyWira.

Aplikasi mudah alih ini boleh dimuat turun dengan mengklik salah satu pautan di bawah:

Pengguna i-Wira sedia ada boleh menggunakan akaun dan kata laluan yang sama untuk mengakses aplikasi mudah alih MyWIRA.

Baca lagi: i-Wira LTAT: Cara Daftar, Login & Semakan Penyata Caruman

Fungsi aplikasi

Melalui aplikasi ini, pengguna boleh melihat dan menggunakan fungsi-fungsi berikut yang dimuatkan dalam aplikasi ini:

  1. Penyata caruman i-Wira’
  2. Pengeluaran – periksa status permohonan pengeluaran anda, sejarah transaksi pengeluaran, Senarai Semak dokumen pengeluaran caruman dan maklumat kontak kecemasan anda
  3. Informasi Unit Amanah
  4. Yayasan LTAT – Tawaran dermasiswa dan status permohonan anak-anak
  5. MyWira Chatbox
  6. Pengumuman dan informasi terkini LTAT
  7. Tawaran dan proomsi ekslusif dari anak syarikat dan rakan kongsi LTAT

Pendaftaran

Setelah memuat turun aplikasi mudah alih MyWira, anda boleh mendaftarkan akaun dengan mengikuti langkah-langkah yang dipaparkan dalam infografik di bawah:

pendaftaran mywira
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut