Unifi Coverage: Cara Check Liputan Internet & Plan Disediakan

Unifi Coverage
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

CARA CHECK UNIFI COVERAGE SECARA ATAS TALIAN DENGAN MUDAH

Unifi merupakan antara penyedia perkhidmatan internet terkenal di Malaysia yang sering menjadi pilihan orang ramai.

Pada artikel kali ini kami akan serba sedikit tentang Unifi dan juga cara melakukan semakan coverage unifi dengan mudah.

Sejarah Unifi

Unifi atau sebelum ini dikenali sebagai Packet One Networks (P1) merupakan syarikat penyedia perkhidmatan internet ke-enam di Malaysia. Syarikat ini juga merupakan anak syarikat kepada Telekom Malaysia yang telah ditubuhkan pada 11 Februari 2002.

Syarikat penyedia perkhidamatan internet keenam ini menawarkan akses Internet, VoIP dan IPTV kepada pelanggan kediaman dan pemilik perniagaan di Malaysia melalui rangkaian gentian optik melalui Fiber to the Home (FTTH).

Sebelum ini, pelan yang disediakan Unifi ini dipanggil sebagai pelan VIP (Voice, Internet, Phone), namun ia telah dinamakan semula sebagai pelan Advance, pelan Pro dan pelan Lite, yang menyediakan IP atau video televisyen , akses internet dan perkhidmatan telefon.

Cara Check Unifi Coverage

Berikut merupakan kaedah semakan liputan internet yang disediakan oleh Unifi. Semakan ini seharusnya dilakukan sebelum anda memilih pelan perkhidmatan internet.

  1. Pergi ke laman rasmi Unifi.
  2. Tekan butang Support di bahagian atas dan pilih Check Coverage.
  3. Anda boleh pilih untuk semak coverage “Fibre Broadband” atau “Mobile”.
  4. Setelah membuat pilihan, masukkan alamat yang ingin anda semak.
  5. Jika terdapat warna pada peta yang ditunjukkan, ia bermakna kawasan tersebut mendapat liputan internet Unifi.
  6. Sekiranya anda cuba memasukkan alamat penuh anda dan peta tidak dapat menunjukkan jawapan, cuba untuk masukkan nama taman dan negeri anda, atau nama mukim serta negeri.

*NOTA: Jika anda memilih untuk menyemak liputan internet bagi “Mobile” anda boleh memilih untuk melihat liputan internet 4G (Biru) dan 5G (Hijau).

unifi coverage

Kepentingan Cek Coverage Internet

Bagi anda yang ingin mengambil perkhidmatan internet tidak kiralah sama ada bersama Unifi atau pun syarikat telco yang lain, anda perlu pastikan anda melakukan semakan liputan internet terlebih dahulu.

Berikut merupakan sebab-sebab mengapa anda perlu melakukan semakan liputan internet sebelum melanggan daripada mana-mana syarikat telco.

  • Bagi mengetahui sama ada tahap kualiti servis yang diberikan di kawasan tempat tinggal anda adalah baik atau tidak.
  • Bagi mengetahui sama ada liputan internet syarikat telco yang tersedia di kawasan tempat tinggal anda. Hal ini bagi memastikan agar anda tidak melanggan pakej yang tidak tersedia.
  • Dengan menyemak liputan internet anda dapat melakukan pilihan syarikat telco terbaik berdasarkan keperluan anda.
  • Dengan melakukan semakan liputan internet anda juga akan dapat membantu anda dalam melakukan perbandingan kos di antara penyedia perkhidmatan. 

Subscribe Unifi Sekarang Serendah RM89!

Unifi menawarkan pelbagai pelan untuk memenuhi keperluan internet anda, termasuk pelan jalur lebar fiber dan pelan mudah alih. Berikut adalah beberapa pilihan yang tersedia:

1. Unifi Home 100 Mbps

Sesuai untuk isi rumah kecil dengan 2 hingga 4 pengguna atau peranti. Menawarkan kelajuan muat turun sehingga 100Mbps dan muat naik 50Mbps. Dilengkapi dengan Wi-Fi 6 Combo Box dan jaminan perkhidmatan 24 jam. Harga promosi semasa ialah RM89 sebulan (harga asal RM99 sebulan).

2. Unifi Home 300 Mbps

Pilihan terbaik untuk keluarga dan pejabat rumah dengan 4 hingga 6 pengguna atau peranti. Menawarkan kelajuan muat turun sehingga 300Mbps dan muat naik 50Mbps. Dilengkapi dengan Wi-Fi 6 Combo Box dan jaminan perkhidmatan 24 jam. Harga promosi semasa ialah RM129 sebulan (harga asal RM139 sebulan).

3. Unifi Home 500 Mbps

Sesuai untuk pemain permainan dan penstriman dengan 6 hingga 8 pengguna atau peranti. Menawarkan kelajuan muat turun sehingga 500Mbps dan muat naik 100Mbps. Dilengkapi dengan Wi-Fi 6 Combo Box dan jaminan perkhidmatan 24 jam. Harga promosi semasa ialah RM149 sebulan (harga asal RM159 sebulan).

4. Unifi Home 1 Gbps

Kelajuan tinggi untuk pengguna tegar dalam rumah yang lebih besar dengan 8 hingga 10 pengguna atau peranti. Menawarkan kelajuan muat turun sehingga 1Gbps dan muat naik 500Mbps. Dilengkapi dengan Wi-Fi 6 Combo Box dan pemulihan perkhidmatan dalam 12 jam perniagaan. Harga promosi semasa ialah RM249 sebulan (harga asal RM289 sebulan).

5. Unifi Home 2 Gbps

Pengalaman internet terbaik untuk isi rumah besar dengan lebih daripada 10 pengguna atau peranti. Menawarkan kelajuan muat turun sehingga 2Gbps dan muat naik 1Gbps. Dilengkapi dengan Wi-Fi 6 Combo Box dan pemulihan perkhidmatan dalam 12 jam perniagaan. Harga semasa ialah RM319 sebulan.

“Nak internet yang laju macam peluru, TV hiburan yang padu, dan panggilan tanpa had? 🤩 Jom subscribe unifi All-in-One Plan!

✅ Internet Pantas hingga 300Mbps – lancar untuk kerja, belajar & gaming!
✅ Unifi TV – pilihan saluran premium & aplikasi streaming terbaik, semuanya di satu tempat!
✅ Panggilan Tanpa Had ke talian rumah & mudah alih – tak perlu risau bil melambung!

🎉 Semua ini hanya serendah RM159/bulan sahaja! Serius berbaloi, kan? Tunggu apa lagi? Jom tukar ke unifi sekarang! Klik link untuk info lanjut: unifi All-in-One Plan

Guna link ini untuk guna unifi percuma selama 3 bulan!

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut