Sejak Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dimansuhkan, para guru dikehendaki untuk menyediakan pelaporan dan ulasan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi setiap murid tidak kira sama ada mereka menunjukkan pencapaian yang cemerlang, sederhana atau lemah.
Rekod, ulasan dan pelaporan ini boleh dimuat oleh guru secara atas talian menggunakan sistem Sistem Pengurusan IDentiti KPM (idMe).
Pelaporan PBD ini dibuat sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
Baca lagi: idMe KPM – Login Sistem Pengurusan IDentiti
Apa itu Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)?
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan pentaksiran yang berterusan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid.
PBD berlaku secara formatif dan sumatif; sebagai pembelajaran, untuk pembelajaran dan tentang pembelajaran.
PBD dahulunya dikenali sebagai Pentaksiran Sekolah (PS) bermula pada tahun 2011 sebelum dijenamakan semula kepada PBD pada tahun 2016.
PBD dilaksanakan melalui pelbagai kaedah pentaksiran seperti:
- Pemerhatian
- Penulisan
- Lisan
- Melalui kerja projek, kuiz, pembentangan dan-lain- lain aktiviti pembelajaran, berdasarkan Standard Prestasi dan pertimbangan profesional guru.
Mata Pelajaran Terlibat
Semua mata pelajaran KSSR dan KSSM terlibat untuk pelaporan dan ulasa Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
Pelaksanaan konsep PBD berlaku secara berterusan dari Tahun 1 hingga Tahun 6 di sekolah rendah dan dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di sekolah menengah.
Tahap Penguasaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
Gambar rajah di atas merupakan infografik 6 tahap pentaksiran dan ulasan bagi Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).
- TP1 – Tahu : Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara asas.
- TP2 – Tahu dan Faham : Murid menunjukkan kefahaman dengan menjelaskan sesuatu perkara yang dipelajari dalam pelbagai bentuk komunikasi.
- TP3 – Tahu, Faham dan Boleh Buat : Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi
- TP4 – Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab : Murid menggunakan pengetahuan dan melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab iaitu mengikut prosedur atau secara analitik dan sistematik.
- TP5 – Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji : Murid menggunakan pengetahuan dan melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baharu dengan mengikut prosedur atau secara analitik dan sistematik serta tekal dan bersikap positif.
- TP6 – Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali : Murid berupaya menggunakan pengathuan dan kemahiran sedia ada untuk digunakan pada situasi baharu secara analitik, sistematik, bersikap positif, kreatif dan inovatif dalam penghasilan idea baharu serta boleh dicontohi.
Contoh Ulasan Guru Kelas Untuk Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
Berikut merupakan beberapa contoh ulasan dan pelaporan bagi Pentaksiran Bilik Darjah bagi murid berlainan tahap – berpencapaian rendah, sederhana dan cemerlang.
Contoh ulasan guru untuk murid berpencapaian cemerlang
- Anda mesti mempunyai motivasi yang tinggi dan minat terhadap pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Anda mampu mencapai lebih kecemerlangan dengan bersikap proaktif di dalam kelas.
- Tahniah atas kecemerlangan. Teruskan berusaha untuk kejayaan lebih cemerlang untuk masa depan yang gemilang.
- Sekalung tahniah atas kejayaan anda. Teruskan Usaha dengan lebih gigih untuk kejayaan lebih baik.
- Seorang yang tekun dan berkeupayaan menyiapkan tugasan yang diberi dengan baik, mampu menguasai dan memahami apa yang diajar oleh guru dengan baik dan berfokus, berpotensi tinggi untuk lebih cemerlang. Tingkatkan usaha.
- Seorang yang bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasan yang diberikan. Kreatif, Rajin bertanya dan mencari penyelesaian sendiri. Selamat Berjaya
- Seorang yang fokus, kreatif, berfikir di luar kotak dan berpotensi tinggi untuk lebih cemerlang. Anda Terbaik!!
- Anda seorang yang mempunyai motivasi yang tinggi dan minat terhadap pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Anda mampu mencapai lebih kecemerlangan dengan bersikap proaktif di dalam kelas. Awesome!!
- …………suka meneroka pengetahuan baru dalam Sains, kreatif dan berfikir di luar kotak. Dia selalu memimpin rakan kumpulan menjalankan aktiviti projek mudah.
- …. Murid yang suka bertanya dan mampu mencari penyelesaian sendiri, hormat pada guru & suka membantu rakan-rakan.
- …………merupakan seorang murid yang suka belajar, aktif dan rajin dalam pembelajarannya. Dia selalu bertanya tentang perkara yang kurang difahami dalam pembelajarannya. Dia boleh berkomunikasi dengan baik dan bekerjasama dengan rakan-rakannya.
- Seorang yang rajin menyiapkan tugasan serta boleh berkomunikasi dengan baik dan mudah bekerjasama dengan rakan-rakannya.
- Seorang yang rajin dan bersemangat dalam tugasan yang diberi, mampu memahami apa yang diajar oleh guru dengan baik dan membantu rakan lain.
- …………merupakan seorang murid yang suka melontarkan idea kreatif & rajin dalam pembelajarannya. Dia boleh bekerjasama baik dengan rakan-rakannya.
Contoh ulasan guru untuk murid berpencapaian sederhana
- Usaha anda telah menunjukkan hasil yang agak baik. Gandakan usaha anda untuk mencapai kejayaan yang lebih baik.
- Berpotensi untuk memcatat kejayaan lebih cemerlang. berusahalah untuk lebih berinteraksi di dalam kelas dan tunjukkan potensi anda.
- Seorang yang tekun dan berkeupayaan menyiapkan tugasan yang diberi dengan baik, mampu menguasai dan memahami apa yang diajar oleh guru dengan baik dan berfokus, berpotensi tinggi untuk lebih cemerlang. Tingkatkan usaha.
- Seorang yang tekun menyiapkan tugasan yang diberi , boleh berkomunikasi dengan rakan sekelas dan berpotensi tinggi untuk lebih cemerlang.
- Seorang yang rajin dan bersemangat dalam tugasan yang diberi, berminat untuk belajar dan boleh mencapai kejayaan dengan usaha gigih.
- Seorang murid yang suka bertanya, berani, menunjukkan kesungguhan untuk belajar, hormat pada guru & suka membantu rakan-rakan.
- …………merupakan seorang murid berpotensi kerana suka belajar, aktif dan rajin dalam pembelajarannya. Teruskan Usaha anda, Kejayaan milikmu.
- …….ialah seorang yang rajin dan bersemangat selalu bertanya tentang perkara yang kurang difahami dalam pembelajarannya, mesra dengan rakan sekelas.
Contoh ulasan guru untuk murid berpotensi / berpencapaian rendah
- Anda seorang yang berpotensi untuk berjaya. Tingkatkan keyakinan anda dan berikan sepenuhnya tumpuan ketika belajar.
- Anda mesti mempunyai motivasi yang tinggi dan minat terhadap pelajaran di dalam kelas.
- Anda mampu meningkatkan pencapaian dengan bersikap proaktif di dalam kelas.
- ……….menunjukkan perkembangan yang baik walaupun agak perlahan. Rajin bertanya guru & rakan sekelas jika tidak faham dan teruskan usaha supaya dapat mencapai kejayaan yang lebih baik
- ..…menunjukkan kesungguhan untuk belajar , rajin bertanya namun perlukan usaha lebih untuk lebih cemerlang. Anda Boleh!!
- …..seorang murid yang berpotensi namun memerlukan bimbingan berterusan, Tingkatkan usaha dan semangat . Semoga Berjaya!!
- …..seorang murid yang menunjukkan minat tinggi untuk belajar namun memerlukan usaha gigih berterusan, Tingkatkan usaha dan semangat . Semoga Berjaya!!
- ….. memerlukan bimbingan berterusan untuk meningkatkan prestasi dalam pembelajaran., Tingkatkan usaha dan jangan putus semangat. Anda boleh Berjaya!!
- …..ialah murid yang baik, namun selalu hilang fokus semasa proses pembelajaran, Anda boleh berjaya , dengan belajar bersungguh-sungguh. Anda Boleh!!