Saiz & Ukuran Gambar Passport

Untuk gambar passport, terdapat ukuran gambar passport yang membolehkan gambar ini dikira sebagai gambar berkenaan.

Gambar passport tidak hanya digunakan untuk membuat passport sahaja tetapi juga diperlukan untuk membuat permohonan visa, kemasukan pekerjaan, institusi dan lain-lain.

Kegunaan Gambar Passport

Lazimnya, kegunaan gambar ini diambil adalah untuk:

  • Membuat passport negara Malaysia dibawah Jabatan Imigresen Malaysia.
  • Kegunaan bagi kad pengenalan, lesen memandu, kad matrik pelajar dan lain-lain.
  • Melengkapkan apa-apa borang permohonan seperti permohonan sekolah, kerja, rekod dan lain-lain.
  • Sebagai lampiran resume.
  • Urusan rasmi

Spesifikasi Gambar Passport

Terdapat beberapa spesifikasi gambar passport iaitu:

  • Warna latar belakang adalah biru, putih dan merah.
  • Resolusi (DPI) adalah 600.
  • Parameter definisi imej mestilah kepala antara 70 hingga 80% daripada gambar dari bawah dagu ke bahagian atas kepala.
  • Fokus tinggi dan jelas.
  • Tiada ‘redeye’.
  • Tiada bayang-bayang.

Perbezaan Warna & Latar Belakang

Terdapat perbezaan warna dan latar belakang untuk gambar yang diambil iaitu:

i) Putih

  • Lesen memandu
  • Kad nikah
  • Visa

ii) Merah

  • Tentera

iii) Biru

  • Kerja (untuk dimasukkan dalam resume)
  • Sekolah/kolej/universiti
  • Borang nikah
  • Permit kerja

Ukuran Gambar Passport

Saiz gambar passport diambil mestilah lebar 35 mm dan ketinggian 50 mm atau 5.0cm tinggi dan 3.5cm lebar.

Saiz foto digital mestilah lebar 1050 piksel dan ketinggian 1500 piksel.

Contoh saiz gambar boleh dilihat seperti dibawah:

Cara Ambil Gambar Passport Dengan Baik

Terdapat cara untuk mengambil gambar passport dengan baik iaitu:

  • Peralatan: Gunakan kamera digital untuk mengambil gambar berkualiti tinggi.
  • Latar Belakang: Ambil gambar di hadapan latar belakang yang biasa seperti dinding putih atau skrin. Pastikan tiada objek lain di latar belakang.
  • Pencahayaan: Pastikan tiada bayang-bayang di wajah atau di latar belakang. Laraskan jarak ke dinding untuk mengeluarkan bayang-bayang di latar belakang. Hadapi sumber cahaya seperti tetingkap untuk membuang bayang-bayang di muka.
  • Ciri-ciri wajah: Mempunyai ungkapan muka neutral. Lihat terus ke kamera. Ditunjukkan penuh wajah. Kening tidak boleh diliputi oleh rambut. Mata terbuka. Mulut ditutup. Senyuman sedikit boleh diterima.
  • Tidak memakai topi/rambut tidak melindungi wajah dan tidak menutupi dahi bagi yang memakai tudung
  • Memakai tudung hendaklah memakai tudung yang berwarna gelap dan tidak bercorak (plain).

Sumber: https://www.imi.gov.my/index.php/perkhidmatan-utama/pasport/pasport-malaysia-antarabangsa/

Baca juga: 10 Printer Gambar Terbaik Jenis Wireless Portable (2024)

Bantu kami share artikel ini: