Ujian Psikometrik Sekolah Menengah & Pelaporan Ujian

Ujian psikometrik di peringkat sekolah menengah dibangunkan berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Akta Pendidikan 1996 untuk membangunkan modal insan yang holistik.

Pentaksiran psikometrik ini sejajar dengan kedinamikan pendidikan yang
disediakan serta berada dalam kerangka yang menggambarkan amalan terbaik dan
terkini dalam dunia pentaksiran pendidikan.

Apa itu Ujian Psikometrik?

Ujian Psikometrik ialah kaedah sistematik yang digunakan untuk mengumpul maklumat yang dapat menggambarkan ciri, atribut atau tretpersonaliti seseorang, sama ada dalam domain kognitif atau afektif.

Ujian psikometrik adalah instrumen yang direka bentuk untuk menghasilkan penilaian
kuantitatif tentang beberapa atribut psikologi.

Pentaksiran psikometrik sekolah menengah dalam sistem pendidikan negara ini merujuk aktiviti pentaksiran yang digunakan untuk mengenal pasti kebolehan semula jadi murid, personaliti, bakat, minat dan kecenderungan.

Selain tret personaliti atau kebolehan murid yang bersifat semula jadi, pentaksiran psikometrik juga digunakan untuk mengenal pasti tret yang boleh dikembangkan secara tidak langsung melalui aktiviti pembelajaran di sekolah

Artikel berkaitan: Ujian Psikometrik Sekolah Rendah & Semakan Keputusan

Tujuan Ujian Psikometrik

kepentingan ujian psikometrik

Berikut merupakan tujuan mengapa Ujian Psikometrik Sekolah Menengah ini dilaksanakan di Malaysia:

  • mengukur kebolehan semula jadi dan kebolehan yang diperoleh seperti personaliti, minat kerjaya, aptitud atau kebolehan, kemahiran menyelesaikan masalah, dan kemahiran berfikir;
  • mendapatkan deskripsi yang tepat mengenai profil psikologi individu atau kumpulan;
  • memahami kekuatan dan potensi murid yang boleh dibangunkan bagi meningkatkan perkembangan pembelajaran dan pertumbuhan peribadi murid;
  • menjadi panduan murid dalam membuat kerjaya pilihan yang praktikal atau realistik;
  • meningkatkan pemahaman yang lebih mendalam tentang sifat dan perbezaan individu;
  • menyediakan maklumat tentang personaliti kerjaya yang realistik bagi meluaskan aspirasi kerjaya murid

Komponen Ujian Psikometrik Sekolah Menengah

ujian psikometrik sekolah menengah

Berdasarkan gambar rajah di atas, Ujian Psikometrik di peringkat sekolah menengah akan dilaksanakan seperti yang berikut:

  • Tingkatan 1: Minat Kerjaya
  • Tingkatan 2: Tret Personaliti
  • Tingkatan 3: Aptitud Khusus, Minat Kerjaya
  • Tingkatan 4: Tret Personaliti
  • Tingkatan 5: Minat Kerjaya

Pentaksiran: Aptitud Khusus

Aptitud Khusus pula mengukur ciri yang menggambarkan potensi seseorang murid untuk menceburi bidang pembelajaran, aliran atau pekerjaan pada masa akan datang.

Dalam bidang persekolahan, ujian ini digunakan untuk mengenal pasti dan menilai kesediaan, potensi, kesesuaian atau meramal kejayaan murid dalam pembelajaran seterusnya.

Pentaksran: Tret Personaliti

Instrumen personaliti dilaksanakan kepada murid bertujuan untuk murid
mengenal personaliti, menyedari kebolehan dan potensi diri; ibu bapa mengenal
pasti personaliti anak; murid merancang hala tuju kerjaya yang bersesuaian
dengan personaliti; guru merancang pengajaran dan pembelajaran yang lebih
berkesan bersesuaian dengan kebolehan murid.

Inventori Tret Personaliti yang dibangun oleh KPM mempunyai 15 kontruk iaitu:

  • Autonomi
  • Kreatif
  • Agresif
  • Ekstrovert
  • Pencapaian
  • Kepelbagaian
  • Intelektual
  • Kepimpinan
  • Struktur
  • Resilien
  • Menolong
  • Analitikal
  • Kritik diri
  • Wawasan
  • ketelusan

Pentaksiran: Minat Kerjaya

Inventori Minat Kerjaya (IMK) dilaksanakan kepada murid tingkatan satu, tiga dan lima di sekolah menengah bermatlamatkan murid tahun tentang minat, personaliti dan hala tuju kerjaya semasa persekolahan selepas tamat persekolahan.

Murid akan dideahkan dengan enam kod mata Holland yang dominan dengan diri mereka, iaitu:

  • Realistik
  • Investigatif
  • Artistik
  • Sosial
  • Enterprising
  • Konvensional

Contoh pelaporan Ujian Psikometrik

Berikut merupakan contoh pelaporan ujian psikometrik di sekolah menengah:

Dengan pelaporan ini, pihak sekolah lebih mudah merancang melakukan proses intervensi pada setiap murid.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai perlaksanaan dan pentadbiran Ujian Psikometrik Sekolah Rendah, sila rujuk panduan rasmi yang telah dikeluarkan oleh KPM mlalui pautan di bawah:

https://www.moe.gov.my/storage/files/shares/pentaksiran-berasaskan-sekolah/Panduan%20Pentadbiran%20Pentaksiran%20Psikometrik.pdf

Bantu kami share artikel ini: