Salah satu ujian yang dijalankan untuk murid Tingkatan 1 di sekolah menengah adalah Ujian Diagnostik Tingkatan 1.
Ujian ini merangkumi beberapa subjek seperti Bahasa Melayu, Matematik, atau Sains bagi menilai kefahaman murid berkaitan subjek terssebut.
Mengenai Ujian Diagnostik Tingkatan 1
Ujian Diagnostik bagi Tingkatan 1 ini diadakan bagi membantu menilai kefahaman murid berdasarkan pelajaran tahun sebelumnya dan unit awal tahun semasa.
Ujian ini juga penting bagi membantu guru menyesuaikan kaedah pengajaran mengikut keperluan murid.
Tambahan pula, ujian ini adalah bukan ujian berformat peperiksaan, sebaliknya lebih kepada pentaksiran untuk pemantauan dan bimbingan awal.
Tujuan Ujian Diagnostik
Tujuan ujian ini dijalankan adalah bagi:
- Membantu guru mengenalpasti secara khusus kesulitan kesulitan yang dihadapi oleh murid Tingkatan 1.
- Membantu guru mengenal pasti punca kegagalan murid untuk menguasai sesuatu kemahiran.
- Membantu guru mengenal pasti kumpulan tertentu mengikut kebolehan dan kawasan-kawasan kesukaran yang dihadapi oleh murid.
- Membantu guru merancang satu program pengajaran yang khusus pada individu atau kumpulan dengan lebih tepat dan sistematik.
- Membolehkan guru merancang dan membina program dan bahan bantu mengejar yang bersesuaian mengikut tahap murid Tingkatan 1
Ciri-Ciri Ujian Diagnostik
Ciri-ciri ujian ini dilaksanakan adalah seperti berikut:
- Memperbaiki atau menilai pembelajaran murid.
- Berbentuk formatif, berasaskan sekolah serta merupakan Teacher-made test.
- Bukan ujian standard tetapi ujian bilik darjah.
- Dirancang, dibina dan dilaksana khusus untuk mengenal pasti masalah tertentu murid dalam pembelajaran.
- Mengguna pelbagai bentuk instrumen.
- Item dibina menepati apa yang hendak dinilai.
- Tidak mempunyai tempoh masa untuk dilaksanakan.
- Memberi markah yang dapat memberi maklumat terperinci tentang masalah murid dalam pembelajaran supaya pemulihan dapat dilakukan.
Contoh Ujian Diagnostik
Contoh soalan yang boleh dijadikan panduan adalah seperti berikut:
i) Ujian Bahasa Melayu
ii) Ujian Matematik
iii) Ujian Sains
Sumber: https://panitiapemulihan.wordpress.com/2012/02/20/apa-itu-ujian-saringan-ujian-diagnostik/
Baca juga: Ujian Diagnostik Tahun 1: Contoh Soalan BM, BI, Matematik, Jawi