Bagi pelanggan sedia ada Perodua, mungkin anda pernah dengar mengenai UFirst terutama sekiranya anda membeli kereta Perodua yang baharu.
Secara ringkasnya, UFirst merupakan program kesetiaan Perodua dalam usaha syarikat ini menghargai para pelanggannya dan memudahkan urusan penjagaan kereta mereka.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang aplikasi ini.
Apakah Ufirst Perodua?
Ufirst adalah aplikasi untuk mengetahui jumlah poin yang terkumpul, pemberitahuan tawaran untuk para pengguna, tip pemotoran, kemudahan membuat temujanji servis , rekod servis dan panggilan telefon untuk bantuan atas jalan yang ditawarkan.
UFirst terbuka untuk semua pengguna berusia 18 tahun ke atas, tidak kira sama ada pemilik kenderaan Perodua atau tidak.
Setiap kemudahan tersebut, pengguna boleh mendapatkan mata ganjaran yang dikenali juga sebagai ” Ukoin”. Pelbagai tawaran yang boleh anda tebus hanya melalui aplikasi Ufirst.
Kelebihan
Bagi pengguna Perodua yang telah mengaktifkan akaun mereka dalam program UFirst, mereka boleh menikmati manfaat-manfaat dan kelebihan-kelebihan berikut:
- Tempahan kereta baru Perodua
- Tempahan Pandu Uji (Test Drive)
- E-Appointment – Tempahan servis kereta secara dalam talian
- Peringatan penghantara kereta anda untuk diservis
- Sejarah perkhidmatan servis
- Pembaharuan insurans
- Bantuan towing kenderaan
- Pencarian pusat servis dan jualan Perodua
- Ganjaran dan Penebusan
Artikel berkaitan: Perodua Axia Baru 2023: Harga, Varian & Gambar Terkini
Langkah Pengaktifan Ufirst Perodua
Terlebih dahulu, anda perlu mengaktifkan akaun UFirst anda dengan mengikuti langkah-langkah berikut:
- Log masuk di Ufirst.com.my
- Klik Login / Sign Up
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan / Passport anda di Login ID
- Untuk kata laluan, masukkan nombor pendaftaran kereta anda
- Klik Login
- Klik pada “To To MyPassport”
- Seterusnya, pada paparan PDPA dan Terma &Syarat, klik pada butang “Agreen and Proceed”
- Masukkan kata laluan yang baru dan tekan ‘Submit’
Untuk mengemaskini maklumat anda, tekan di ‘Edit Profile’ dan kemudian klik ‘Save Changes’ untuk mengemaskini maklumat anda
Muat Turun Aplikasi
Untuk memudahkan pengguna, anda juga boleh memuat turun aplikasi UFirst secara percuma terus ke peranti mudah alih anda.
Klik pada salah satu pautan di bawah untuk memuat turun dan memasang aplikasi:
- Google Play (Android)
- App Store (iOS)
- AppGallery (Huawei)
Pastikan anda hanya memuat turun aplikasi dari sumber yang sahih sahaja untuk mengelakkan peranti anda digodam oleh perasian hasad.
Cara buat E-Appointment Servis Kereta
Menerusi UFirst juga, anda boleh membuat tempahan tarikh dan masa perkhidmatan servis kereta anda.
Untuk membuat tempahan servis kereta melalui fungsi e-Appointment, ikuti langkah-langkah di bawah:
- Buka aplikasi UFirst anda
- Klik ‘E-Appointment’ pada menu di halaman utama
- Klik tab ‘My Cars’, klik pada butang ‘Add Car’ sekiranya anda baru pertama kali menggunakan fungsi ini atau pilih kereta anda yang sudah didaftarkan
- Klik pada ‘E-Appointmen’
- Klik butang ‘Book Now’
- Kemudian pilih perkara-perkara berikut:
- Preferred Outlet – Lokasi pusat servis kereta Perodua
- Job type – Periodical Service / Other Service
- Car Mileage
- Klik butang ‘Next’
- Pilih tarikh dan masa
- Klik ‘Next’ sehingga slot servis anda diuktamadkan