Ubat Resdung Untuk Kurangkan Gejala

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Resdung dalam istilah perubatan dipanggil sebagai Allergic Rhinitis. Namun, ia turut dikenali sebagai sinus. Jadi, ia merupakan salah satu penyakit alahan yang boleh berlaku jika seseorang tersalah makan atau terdedah kepada sesuatu yang menyebabkan alahan.

Kebanyakan resdung berpunca daripada masalah hidung dan sinus. Hanya 10 hingga 12% masalah resdung mungkin disebabkan masalah pergigian dan mulut.

Biasanya pesakit akan mengalami beberapa gejala seperti :

  • Hidung tersumbat
  • Mata kegatalan dan berair
  • Kerap bersin
  • Telinga tersumbat, sakit atau berdengung
  • Berdengkur ketika tidur
  • Sakit kepala
  • Sakit pada bahagian muka atau gigi

Sekiranya tidak dirawat dengan betul, resdung boleh menjadi lebih teruk sehingga ada yang perlu menjalani pembedahan.

ubat resdung

Ubat Resdung

1. Ubat Antihistamine

Ubat ini berfungsi untuk melawan kesan histamin yang menyebabkan simptom resdung.

Loratadine atau Cetirizine merupakan antara ubat antihistamin yang popular di pasaran. Juga boleh berfungsi sebagai ubat selsema, lebih sesuai dimakan pada waktu malam kerana boleh menyebabkan mengantuk.

2. Ubat Spray Hidung Steroid

Sekiranya ubat antihistamin tidak memberi kesan yang ketara, doktor mungkin akan mengesyorkan penggunaan ubat spray hidung steroid.

Ia perlu digunakan pada jangka masa yang agak lama bagi mengurangkan keradangan dalam hidung.

3. Paracetamol

Ubat tahan sakit boleh digunakan untuk mengurangkan sakit kepala yang berlaku akibat resdung.

4. Antibiotik

Doktor akan mengesyorkan pengambilan antibiotik sekiranya pesakit disyaki mengalami resdung akibat jangkitan bakteria atau resdung berada pada tahap kronik.

Untuk memastikan ubat resdung yang digunakan benar-benar berkesan, anda perlulah elakkan daripada bahan pencetus (trigger) kepada alahan atau resdung yang dialami.

Komplikasi Resdung

Dalam kebanyakan masa, resdung tidak berbahaya.

Namun jika ia tidak dikawal dengan baik atau pesakit sering mendapat jangkitan kuman, ia boleh mendorong kepada keradangan rongga hidung yang kronik.

Sinus atau resdung yang kronik pula boleh menyebabkan sakit kepala yang teruk serta salur rongga yang tersumbat sehingga memerlukan prosedur pembedahan.

Ia juga boleh menyebabkan komplikasi lain seperti :

  • Meningitis – jangkitan dari sinus yang merebak ke selaput otak.
  • Masalah penglihatan – jangkitan merebak ke soket mata sehingga menggangu penglihatan dan buta bagi kes yang kronik.
  • Darah beku – Salur vena berdekatan dengan sinus mengalami jangkitan sehingga menyebabkan Cavernous Sinus Thrombosis yang boleh membawa maut.
  • Celulitis – Jangkitan bakteria sehingga ke kulit kawasan muka.

Untuk mengatasi resdung, anda dinasihatkan untuk mendapati ubat di klinik atau farmasi sahaja kerana terdapat beberapa produk diharamkan serta mencurigakan yang dijual di pasaran.

Oleh itu, anda perlulah berhati-hati ketika membeli.

Anda juga boleh semak produk kesihatan yang telah diharamkan di pautan ini.

Pesakit perlulah makan ubat resdung sesuai dengan arahan daripada pakar perubatan bagi merawat masalah yang dialami.

Sekiranya resdung lebih teruk, segeralah rujuk kepada doktor.

Sumber : myhealth.gov.my, Klinik Nur Hijrah

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut