Harga Tiket Aquaria KLCC, Waktu Operasi dan Cara Beli Tiket Online

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Aquaria KLCC merupakan salah satu tarikan utama di Kuala Lumpur.

Terletak di pusat bangunan ikonik Menara Berkembar Petronas (KLCC), Aquaria menawarkan pengalaman unik kepada pengunjung untuk menyaksikan kehidupan marin secara lebih dekat.

Antara spesis eksotik yang menanti pengunjung adalah Sand Tiger Shark, Pari Gergasi, penyu laut dan sebagainya.

Menempatkan satu-satunya akuarium berbentuk terowong sepanjang 90 meter di Malaysia, pengunjung juga bakal disajikan dengan pemandangan dasar laut yang menakjubkan.

Aquaria KLCC juga menjadi rumah kepada lebih 5,000 spesis hidupan akuatik serta daratan dalam ruang seluas 60,000 kaki persegi.

Pameran di Aquaria juga bakal mendedahkan pengunjung kepada keunikan biosfera Malaysia termasuk hutan paya bakau, pantai sehinggalah ke lautan dalam.

Ingin tahu harga tiket Aquaria KLCC yang terkini? Ayuh ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut.

tiket aquaria klcc
tiket aquaria klcc

Harga Tiket Aquaria KLCC 2024/2025

Untuk Pemegang MyKad

KategoriIsnin hingga JumaatSabtu, Ahad dan Cuti Umum
Dewasa (usia 13-59 tahun)RM 52.00RM 55.00
Kanak-kanak (3-12 tahun)RM 42.00RM 45.00
Warga Emas (60 tahun ke atas)RM 42.00RM 45.00

Harga Normal (General Admission)

*Untuk pengunjung tanpa MyKad

KategoriIsnin hingga JumaatSabtu, Ahad dan Cuti Umum
Dewasa (usia 13-59 tahun)RM 79.00RM 75.00
Kanak-kanak (3-12 tahun)RM 69.00RM 65.00
Warga Emas (60 tahun ke atas)RM 69.00RM 65.00

Cara Beli TIket Aquaria KLCC Online

  • Pergi ke laman web https://tickets.aquariaklcc.com/
  • Pilih kategori MyKad Holder atau General Admission
  • Pilih tarikh, jumlah tiket (mengikut kategori Dewasa, Kanak-kanak atau Warga Emas) dan waktu (timeslot).
  • Klik Book Now dan buat pembayaran secara atas talian.

Nota : Untuk pembelian tiket secara berkumpulan, sila hantarkan emel ke [email protected].

Waktu Operasi Aquaria KLCC

Hari : Dibuka setiap hari

Waktu Operasi : 10.00 pagi – 8.00 malam (kemasukan terakhir pada 7.00 malam)

Aktiviti dan Tarikan Menarik

Selain terowong lautan sepanjang 90 meter dan pelbagai pameran hidupan lautan, pelbagai aktiviti dan tarikan menarik menanti pengunjung antaranya :

Feeding Time

  • Touch of Pool (10.45 pagi)
  • The Stream (11.15 pagi / 4.30 petang)
  • Aquatheatre (12.00 tengah hari/ 3.00 petang / 6.30 petang)
  • Station Aquarius (12.15 tengah hari / 3.15 petang)
  • Living Ocean (12.30 tengah hari / 3.30 petang)
  • Weird & Wonderful (1.00 tengah hari)
  • Evolution Zone (4.00 petang)
  • Flood Forest (5.30 petang)
  • The Coastal (5.45 petang)
tiket aquaria klcc

Special Feeding

  • Flooded Forest (2.30 petang setiap Isnin, Rabu dan Sabtu)
  • Aquatheatre Sand Tiger Shark (3.00 petang setiap Isnin, Rabu dan Sabtu)

Maklumat Lanjut

Untuk ketahui promosi terkini dan informasi lanjut mengenai harga tiket Aquaria KLCC, sila layari Facebook Aquaria KLCC dan laman web aquariaklcc.com.

Alamat : Kuala Lumpur Convention Centre, Jalan Pinang, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur

No. telefon/ Whatsapp : +06 2333 1888

Baca Juga : Zoo Melaka : Harga Tiket, Waktu Operasi dan Aktiviti Menarik

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut