Syarikat Tesla semenangnya terkenal sebagai pembuat kereta elektrik dari Amerika Syarikat namun baru-baru ini banyak portal dalam talian mendedahkan bahawa syarikat ini bakal mengeluarkan telefon pintarnya sendiri yang dikenali umum sebagai Tesla Phone.
Pendedahan sebegini bukan sahaja mengejutkan, tetapi membuatkan ramai pihak tertanya-tanya sama ada berita ini sekadar ura-ura yang belum pasti atau sekdar berita palsu.
Adakah Tesla sudah melancarakan Tesla Phone?
Anda mungkin telah melihat banyak video di YouTube dan TikTok baru-baru ini tentang Tesla mengeluarkan telefon pada harga serendah $100 yang mengejutkan ramai tetapi tidak ada bukti bahawa peranti ini benar-benar wujud.
Ada kemungkinan ia hanyalah umpan untuk menarik banyak klik kepada laman-laman web yang dibina dengan teknologi AI (kecerdasan buatan) yang cuba untuk menjana pendapatan dengan menarik ramai pelayar internet ke website mereka.
Malah, sekiranya anda ke laman web rasmi Tesla, tidak ada langsung mendedahkan berita tentang telefon misteri ini.
Malah, Elon Musk selaku pemilik Tesla tidak mendedahkan apa-apa mengenainya melalui rangkaian sosial besar yang dimilikinya, X (dahulunya Twitter).
Pendapat Elon Musk mengenai bisnes telefon pintar
Satu ketika dahulu, Elon Musk sendiri melalui ciapan di laman sosial X mengatakan bahawa telefon pintar itu sendiri adalah teknologi yang sudah terkebelakang.
Sebaliknya, beliau menunjuk ke arah Neuralinks, merujuk kepada perkembangan cip yang boleh ditanam di dalam otak untuk kemudian membolehkan peranti dikawal oleh impuls elektrik yang dicipta apabila kita berfikir.
Dalam satu podcast, beliau mengatakan Tesla tiada perancangan untuk hadir dengan telefon Tesla atau Tesla Phone buat masa ini, dan lebih memfokuskan kepada penyelesaian kenderaan elektrik dan simpanan kuasa.
Artikel berkaitan: 15 Smartphone Murah Terbaik Bawah RM1000
Tesla tiada rancangan membangunkan Tesla Phone
Menurut Elon Musk, pada hari ini arena peranti mudah-alih adalah sihat dan tidak memerlukan sebarang perubahan drastik.
Sebelum ini, beberapa kali telah hadir desas-desus berkenaan Tesla Phone, dan melalui podcast ini, Elon Musk turut mengesahkan tiada sebarang perbincangan berkenaan dengannya yang berlaku dalam syarikat mereka.
Jadi, boleh disimpulkan bahawa berita mengenai Tesla Phone pada masa ini adalah berita palsu semata-mata yang tidak mempunyai asas, hanya dibuat oleh pengguna internet yang tidak bertanggungjawab untuk menaikkan view di video Youtube dan menaikkan trafik sesuatu website secara tidak beretika.