Teratak Kasih Salina – Sinopsis Drama, Senarai Pelakon & Episod

Teratak Kasih Salina
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Drama Teratak Kasih Salina atau Rindu Kasih 3 Finale menggabungkan elemen drama keluarga, konflik emosi, dan perjuangan individu untuk mencari makna dan tujuan hidup selepas melalui pelbagai dugaan.

Untuk artikel kali ini, kami ingin kongsikan kepada anda serba sedikit info mengenai Drama Teratak Kasih Salin yang sedang trending ketika ini.

Baca juga: Keluarga Itu: Sinopsis Drama, Pelakon & Episod

Sinopsis Teratak Kasih Salina

Kisah bermula selepas peristiwa tragis dalam “Rindu Kasih 2”, di mana Salina (Ummi Nazeera) kehilangan anaknya, Fayyad, dan suaminya, Amir, secara serentak.

Dalam kesedihan yang mendalam, Salina memutuskan untuk bangkit dengan membina sebuah rumah perlindungan bernama “Teratak Kasih Salina” menggunakan wang peninggalan Amir. Rumah ini ditujukan untuk membantu gadis-gadis yang tersasar dalam kehidupan, memberi mereka peluang kedua untuk bangkit.

Namun, cabaran tidak berhenti di situ. Halijah (Fazlina Ahmad Daud), ibu mertua Salina, masih terperangkap dalam trauma dan kehilangan selepas kematian Amir. Ingatannya semakin pudar, dan hidupnya dibayangi kekosongan.

Anak-anaknya, Iqbal (Meor Mohd) dan Huda (Shazia Rozaini), yang tidak mampu menjaganya, terpaksa meminta bantuan daripada Salina. Walaupun dendam Halijah terhadap Salina masih membara, Salina bersetuju untuk membantu, walaupun menyedari risiko yang bakal dihadapinya.

Dalam masa yang sama, konflik lain muncul melibatkan Abdullah (Hasnul Rahmat), pemilik syarikat Golden Seahorses Sdn Bhd. Bekas menantunya, Qassim (Aqasha), dianggap seperti anak sendiri oleh Abdullah, menimbulkan rasa cemburu dalam diri Faqeh (Luqman Hafidz).

Faqeh berusaha menjatuhkan Qassim dengan menyebarkan fitnah, menggambarkannya sebagai lelaki yang terlibat dengan wanita kelab malam.

Kredit: IG @luqmanhafidzx

Senarai Pelakon & Lagu Tema

Drama Teratak Kasih Salina terbitan P&D Pictures diarahkan oleh Mohd Fazli Yahya (Pali Yahya) menerusi skrip daripada K. Adlie dan Shaza Talib. Drama 15 episod ini dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti berikut:

  • Ummi Nazeera sebagai Salina
  • Aqasha sebagai Qassim
  • Fazlina Ahmad Daud sebagai Halijah
  • Luqman Hafidz sebagai Faqeh
  • Hasnul Rahmat sebagai Abdullah
  • Mimi Ernida sebagai Rita
  • Shazia Rozaini sebagai Huda
  • Meor Mohd sebagai Iqbal
  • Khalida Balqis sebagai Keisya
  • Erin CTJ sebagai Bella
  • Nina Smith
  • Haleeda sebagai Siti Aisyah
  • Nafiz Muaz sebagai Hisham
  • Ezzaty Abdullah sebagai Murni
  • Amyza Aznan sebagai Shida
Kredit: IG @atiqroslee
Kredit: IG @atiqroslee

LAGU TEMA

  • Tajuk : Awan Mendung
  • Penyanyi : Aiman Sidek ft Alin Sidek
  • Lirik : Aiman Sidek

LIRIK LAGU

Awan yang mendung
Seakan memahami
Sulit di hati ini
Bila terkenang kamu

Terdetak dalam hati
Berbunga rasa cinta
Saat daku melihat kamu
Adakah kau rasainya

Demi nama Tuhan
Kan ku selit namamu dalam doaku
Agar Tuhan kan beri jiwamu
Jiwaku bersatu atas nama cinta

Biar jauh beribu batu
Janji sehidup semati
Sampai hujung nyawa

Demi nama Tuhan
Kan ku selit namamu dalam doaku
Agar Tuhankan beri jiwamu
Jiwaku bersatu atas nama cinta

Demi nama Tuhan
Aku akan tetap di sini untukmu
Bersaksikan bulan dan bintang
Hanya kau di dalam hatiku

Kredit: Youtube 4U Entertainment

Tarikh Tayangan

Drama Teratak Kasih Salina akan mula ditayangkan di slot Samarinda TV3 bermula 18 Februari 2025, bermula setiap Isnin hingga Jumaat, jam 10 malam.

Anda juga boleh saksikan drama ini secara eksklusif di platform Tonton menerusi streaming online dalam talian.

Baca juga: Langit Ketujuh – Sinopsis Drama, Senarai Pelakon & Episod 1-8

Promo & Sedutan Episod 1-15

EPISOD 1

EPISOD 2

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut