KEMUDAHAN TEMUJANJI TABUNG HAJI ONLINE
Kemudahan janji temu disediakan bagi membolehkan pendeposit memilih tarikh dan masa mengikut kesesuaian dan tidak perlu menunggu dalam tempoh masa yang lama untuk berurusan.
Pelaksanaan kemudahan ini juga membolehkan TH mengatur kehadiran pendeposit secara berkala dan secara langsung dapat mengelak kesesakan dan ketidakselesaan pendeposit ketika berurusan di pejabat cawangan TH.
Di sini kami kongsikan cara membuat temujanji di Pejabat Cawangan Tabung Haji dan cara mengisi borang transaksi bagi mempercepatkan urusan di kaunter nanti.
Perkhidmatan Yang Ditawarkan Untuk Urusan Temujanji Tabung Haji
Urusan Janji Temu boleh dibuat bagi pendeposit yang ingin berurusan di kaunter TH cawangan untuk perkhidmatan seperti berikut:
- Tuntutan Pusaka
- Permohonan Hibah Amanah
- Kemaskini Maklumat Peribadi
- Pembukaan Akaun TH
Bagi perkhidmatan yang lain, pendeposit boleh terus hadir ke TH cawangan yang berhampiran. Pendeposit juga digalakkan untuk menggunakan kemudahan uniteller Bank Islam dan Bank Rakyat serta kemudahan perkhidmatan dalam talian TH melalui THiJARI dan Rakan Strategik TH iaitu Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank Islamic, CIMB Islamic dan AmBank.
Sebelum hadir untuk berurusan, sila pastikan memakai pelitup muka ketika hadir untuk berurusan. Pendeposit dikehendaki hadir mengikut masa yang telah disahkan. Kegagalan untuk hadir mengikut masa tersebut menyebabkan Janji Temu dibatalkan dan Janji Temu yang baru perlu dibuat. TH tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kelewatan kehadiran pendeposit. Mohon untuk menunjukkan slip atau tangkap layar Janji Temu kepada pegawai TH.
Cara Membuat Temujanji Tabung Haji (TH) Online
Cara membuat temujanji Tabung Haji secara online adalah seperti berikut:
- Layari pautan https://www.tabunghaji.gov.my/ms/janji-temu
- Sila isikan borang temu janji dengan lengkap.
- Pilih tarikh dan waktu mengikut masa beroperasi.
- Tekan butang Hantar.
- Sila semak waktu temujanji yang telah ditetapkan dan hadir mengikut masa yang telah berjaya didaftarkan.
Link Janji Temu : Daftar Janji Temu Anda Di sini
Baca juga: THiJARI: Pendaftaran & Semakan Penyata Tabung Haji Online
Borang Transaksi TH Online
Untuk memudahkan dan melancarkan urusan anda, pendeposit digalakkan merancang sekiranya perlu berurusan di TH.
Muat turun borang transaksi Tabung Haji di rumah dan tidak perlu mengambil masa yang lama untuk mengisi borang di kaunter. Urusan menjadi lebih mudah, cepat dan selamat.
Muat Turun Borang :
i) Borang Simpanan. Maklumat lanjut
- JP001_Slip Simpanan Wang
- JP002_Slip Pengeluaran Wang
- JP003_Borang Maklumat Ahli
- JP004_Borang Permohonan Pindahan Simpanan
- JP005_Borang Permohonan Pengeluaran Pusaka
- JP006_Borang Akaun Waris Pengeluaran Pusaka
- JP008_Borang Pertukaran Hak Penjagaan
- JP010_Borang Caruman Bulanan Majikan
- JP011_Borang Permohonan Penutupan Akaun
- JP012_Borang Permohonan Salinan Penyata Akaun Simpanan
- JP028_Borang Kebenaran Wakil Permohonan Penyata Mini
- JP036_Borang Permohonan Pengesahan Baki
- Borang Penamaan
ii) Contoh borang Hibah Amanah TH. Maklumat Lanjut
- Borang Permohonan Hibah (JP031)
- Borang Kemaskini Hibah (JP032)
- Borang Pindaan Hibah (JP033)
- Borang Pembatalan Hibah (JP034)
- Borang Tuntutan Hibah (JP035)
iii) Borang Kelab TaHa & TaHa@U. Maklumat Lanjut
iv) Urusan Haji
- Rayuan Haji. Maklumat Lanjut
- Permohonan Kad Tauliah Mengajar atau melanjutkan tempoh Kad Tauliah. Maklumat Lanjut
Baca juga: Cara Daftar Haji Tanpa Deposit RM1,300 Melalui KWSP
Untuk melihat senarai penuh dari laman web Tabung Haji, sila klik disini.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi saluran berikut
Telefon : +603-6207 1919(THCC)
E-mel : [email protected]
Laman web : https://www.tabunghaji.gov.my/