15+ Tempat Percutian Menarik Di Malaysia, Sesuai Untuk Berbulan Madu

15+ Tempat Percutian Menarik Di Malaysia, Sesuai Untuk Berbulan Madu
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

15+ Tempat Percutian Menarik Di Malaysia, Sesuai Untuk Berbulan Madu

Jika anda sedang merancang bulan madu yang penuh makna, Malaysia menawarkan pelbagai destinasi percutian menarik yang pasti akan memikat hati. 

Daripada pantai yang menenangkan sehinggalah penginapan mewah yang eksklusif, berikut adalah 15+ tempat percutian menarik di Malaysia yang ideal untuk berbulan madu bersama pasangan tercinta!

BACA JUGA: 20+ Tempat Menarik Di Phuket, Sesuai Untuk Percutian Bajet!

15+ Tempat Percutian Menarik di Malaysia untuk Honeymoon

1. Pulau Langkawi, Kedah

Langkawi, juga dikenali sebagai “Jewel of Kedah”, adalah destinasi pilihan popular untuk pasangan yang mencari gabungan pantai indah dan kemewahan. 

Dengan pemandangan laut yang memukau dan resort-resort bertaraf dunia, Langkawi menawarkan pengalaman honeymoon yang tiada tandingannya. 

15+ Tempat Percutian Menarik Di Malaysia, Sesuai Untuk Berbulan Madu
Sumber: Google Review

Pulau ini terkenal dengan pantainya yang indah seperti Pantai Cenang dan Pantai Tengah, serta suasana romantik di resort mewah seperti The Datai Langkawi dan Four Seasons Resort Langkawi. 

15+ Tempat Percutian Menarik Di Malaysia, Sesuai Untuk Berbulan Madu
Sumber: Google Review

And juga boleh menikmati pemandangan matahari terbenam yang memukau dari atas Langkawi Sky Bridge atau bersantai di spa bertaraf dunia sambil dikelilingi oleh keindahan alam semula jadi.

2. Pulau Perhentian, Terengganu

Bagi pencinta alam semula jadi dan aktiviti air, Pulau Perhentian adalah pilihan yang sempurna.

Dengan air laut yang jernih seperti kristal dan pantai berpasir putih, pulau ini menawarkan persekitaran yang tenang untuk pasangan berbulan madu. 

Sumber: Google Review

Anda boleh menikmati aktiviti snorkeling, menyelam skuba, atau bersantai di tepi pantai sambil menikmati matahari terbenam yang memukau. 

Resort-resort di sini, walaupun mungkin tidak semewah di tempat lain, menawarkan pengalaman yang lebih intim dan dekat dengan alam.

3. Cameron Highlands, Pahang

Jika anda menggemari suasana yang sejuk dan pemandangan hijau, Cameron Highlands adalah destinasi yang sesuai. 

Kawasan tanah tinggi ini terkenal dengan ladang teh yang luas, kebun strawberi dan semestinya cuaca yang sejuk sepanjang tahun. 

Sumber: Google Review

Nikmati waktu bersama pasangan sambil menikmati secawan teh panas dan pencuci mulut berasaskan strawberi di gerai-gerai yang ada di sana. 

Anda juga boleh meneroka trek-trek hutan atau melawat taman-taman bunga yang indah untuk menambahkan lagi keseronokan percutian romantik anda. 

4. Pulau Rawa, Johor

Untuk pengalaman honeymoon yang benar-benar eksklusif, Pulau Rawa di Johor adalah pilihan yang tepat. Pulau kecil ini seringkali dianggap seperti ‘bayangan’ Maldives kerana keindahan yang ditawarkannya. 

Sumber: rawaislandresort

Dengan hanya beberapa resort di pulau ini, anda akan merasakan privasi dan ketenangan yang luar biasa. 

Nikmati aktiviti seperti snorkeling, berkayak, atau sekadar bersantai di tepi pantai. Makanan yang disediakan di resort-resort di sini juga terkenal dengan kelazatannya, menjadikan setiap hidangan satu pengalaman istimewa.

5. Kundasang, Sabah

Bagi pasangan yang mencari pengalaman berbulan madu yang luar biasa, Kundasang, Sabah adalah pilihan destinasi yang terbaik. 

Sumber: Google Review

Dengan latar belakang Gunung Kinabalu yang megah, Kundasang menyajikan panorama alam semula jadi yang cukup menakjubkan.

Bukan itu sahaja, terdapat juga beberapa tarikan utama yang ada di sekitar Kundasang seperti Desa Dairy Farm, dan sebagainya. 

Sumber: Google Review

Sebaiknya pilih penginapan yang menawarkan pemandangan gunung yang memukau untuk menjadikan setiap hari anda dipenuhi dengan keindahan alam. 

6. Melaka

Bagi pasangan yang meminati sejarah dan budaya, Melaka adalah destinasi yang sesuai untuk diterokai. Bandar bersejarah ini menawarkan gabungan unik antara warisan kolonial dan budaya tempatan. 

15+ Tempat Percutian Menarik Di Malaysia, Sesuai Untuk Berbulan Madu
Sumber: Google Review

Berjalan-jalan di sepanjang Jonker Walk pada waktu malam, menikmati makanan tempatan yang lazat, atau bersiar-siar dengan beca yang dihiasi bunga – semua ini menjanjikan pengalaman honeymoon yang romantis untuk anda bersama pasangan.  

15+ Tempat Percutian Menarik Di Malaysia, Sesuai Untuk Berbulan Madu
Sumber: Google Review

Jangan lupa juga untuk menikmati pemandangan bandar dari Menara Taming Sari atau bersantai di Pantai Klebang. 

7. Pulau Tioman, Pahang

Pulau Tioman adalah syurga tersembunyi yang sempurna untuk pasangan yang mencari ketenangan dan keintiman.

Dengan pantai-pantai yang cantik dan hutan hujan tropika yang menghijau, pulau ini menawarkan pelbagai aktiviti untuk dinikmati bersama. 

15+ Tempat Percutian Menarik Di Malaysia, Sesuai Untuk Berbulan Madu
Sumber: Google Review

Resort-resort di sini juga menawarkan penginapan yang selesa, dari chalet tepi pantai yang sederhana hingga villa mewah, memastikan honeymoon anda penuh dengan kenangan indah.

8. Semporna, Sabah

Bagi pasangan yang meminati dunia bawah air, Semporna, Sabah adalah destinasi yang tidak boleh dilepaskan. 

Terkenal dengan pulau-pulau kecilnya yang cantik seperti Pulau Sipadan, Mabul dan Kapalai, Semporna menawarkan pengalaman menyelam dan snorkeling yang luar biasa. 

15+ Tempat Percutian Menarik Di Malaysia, Sesuai Untuk Berbulan Madu
Sumber: Google Review

Bayangkan diri anda bersama pasangan berenang bersama penyu, ikan pari, dan pelbagai hidupan marin yang menakjubkan. Fuh, seronoknya!

Selain aktiviti air, anda juga boleh menikmati matahari terbenam yang romantis dari resort anda, menjadikan setiap malam di Semporna satu pengalaman yang sangat bermakna. 

9. Penang

Pulau Pinang, atau lebih dikenali sebagai Penang adalah destinasi yang sempurna untuk pasangan yang meminati gabungan budaya, sejarah dan makanan. 

George Town, ibu negeri Pulau Pinang, adalah tapak warisan dunia UNESCO yang penuh dengan bangunan-bangunan bersejarah dan seni jalanan yang menarik. 

15+ Tempat Percutian Menarik Di Malaysia, Sesuai Untuk Berbulan Madu
Sumber: Google Review

Nikmati momen-momen berdua anda bersama pasangan meneroka lorong-lorong sempit bandar lama, atau bersiar-siar di Taman Botani yang indah. Jangan lupa untuk mencuba pelbagai makanan jalanan yang terkenal di Penang!

10. Kuala Lumpur

Meskipun Kuala Lumpur mungkin bukan pilihan pertama yang terlintas di fikiran untuk berbulan madu dek kesibukannya sebagai ibu negara Malaysia, namun ia sebenarnya menawarkan pengalaman yang mewah dan cukup romantis untuk pasangan berbulan madu. 

15+ Tempat Percutian Menarik Di Malaysia, Sesuai Untuk Berbulan Madu
Sumber: Google Review

Hotel-hotel mewah seperti Four Seasons Hotel Kuala Lumpur, Grand Hyatt Kuala Lumpur, The Ritz-Carlton Kuala Lumpur dan beberapa lagi, menawarkan penginapan yang luar biasa dengan pemandangan bandar yang menakjubkan. 

Di Kuala Lumpur, anda boleh menikmati makan malam romantis di restoran atas bumbung, membeli belah di pusat membeli-belah terkenal, bersantai di spa mewah dan lakukan pelbagai lagi aktiviti menarik bersama pasangan.

11. Pulau Redang, Terengganu

Pulau Redang adalah satu lagi destinasi pantai yang sempurna untuk berbulan madu. Terkenal dengan air lautnya yang jernih dan pasir putihnya yang lembut, Pulau Redang menawarkan suasana yang tenang dan romantis. 

Di sini, anda boleh menikmati aktiviti seperti snorkeling, menyelam atau sekadar bersantai di tepi pantai.

15+ Tempat Percutian Menarik Di Malaysia, Sesuai Untuk Berbulan Madu
Sumber: Google Review

Resort-resort di Redang juga sering menawarkan pakej honeymoon yang istimewa, termasuk makan malam romantis di tepi pantai dan rawatan spa untuk pasangan. 

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan penyu bertelur di pantai, satu pengalaman yang pasti akan menjadi kenangan manis sepanjang hayat.

12. Pulau Pangkor, Perak

Pulau Pangkor, sebuah pulau yang tenang di Perak, adalah destinasi yang ideal untuk pasangan yang mencari ketenangan dan privasi. 

Dengan pantai-pantai yang indah dan suasana yang aman, Pangkor menawarkan persekitaran yang sempurna untuk berbulan madu. 

Sumber: Google Review

Anda boleh menikmati aktiviti seperti berbasikal mengelilingi pulau, melawat perkampungan nelayan tradisional, atau sekadar bersantai di tepi pantai.

Resort-resort di sini sering menawarkan villa peribadi dengan kolam renang, menjadikan bulan madu anda benar-benar istimewa.

13. Desaru Coast, Johor

Desaru Coast di Johor adalah destinasi pantai yang popular untuk berbulan madu. Dengan resort-resort mewah seperti The Westin Desaru Coast Resort, ia  menawarkan pengalaman percutian bulan madu yang luar biasa. 

15+ Tempat Percutian Menarik Di Malaysia, Sesuai Untuk Berbulan Madu
Sumber: Google Review

Anda boleh menikmati pemandangan Laut China Selatan yang menakjubkan, bermain golf di padang golf bertaraf dunia, atau bersantai di spa mewah. 

Desaru Coast juga menawarkan pelbagai aktiviti menarik seperti melawat ladang buah-buahan tempatan atau meneroka taman tema air yang berdekatan. 

14. Pulau Kapas, Terengganu

Pulau Kapas di Terengganu juga salah satu destinasi yang anda boleh pertimbangkan untuk berbulan madu. Pulau kecil ini terkenal dengan pantainya yang bersih dan air laut yang jernih. 

15+ Tempat Percutian Menarik Di Malaysia, Sesuai Untuk Berbulan Madu
Sumber: Google Review

Di sini, anda boleh melakukan pelbagai aktiviti reakreasi atau sekadar bersantai di tepi pantai sambil menikmati keindahan pulau ini.

15. Janda Baik

Terletak hanya 45 minit dari Kuala Lumpur, Janda Baik menawarkan pelbagai pilihan aktiviti dan penginapan yang sesuai untuk bulan madu. 

Salah satu tempat yang paling menarik di Janda Baik adalah Tiarasa Escapes, yang merupakan lokasi glamping mewah di tengah hutan hujan.

Di sini, anda boleh memilih untuk menginap di dalam khemah safari yang selesa atau vila di puncak pokok. 

15+ Tempat Percutian Menarik Di Malaysia, Sesuai Untuk Berbulan Madu
Sumber: Pahang Tourism

Suasana yang tenang dan privasi yang ditawarkan menjadikan Tiarasa Escapes pilihan yang sempurna untuk pasangan yang ingin meluangkan masa berkualiti bersama.

Selain Tiarasa Escapes, terdapat banyak lagi pilihan penginapan lain di Janda Baik yang menawarkan suasana romantis untuk percutian bulan madu anda.

Klook.com

16. Pulau Sibu

Pulau Sibu adalah destinasi ideal untuk bulan madu yang ingin jauh daripada kesibukan bandar.

Pantai yang tenang dan resort eksklusif seperti Sibu Island Resort menawarkan suasana yang romantik dan privasi. 

Terdapat beberapa pilihan penginapan di Pulau Sibu yang sesuai untuk pelancong. Sibu Island Resort adalah salah satu pilihan utama, menawarkan kemudahan yang selesa dan pemandangan laut yang menakjubkan. 

15+ Tempat Percutian Menarik Di Malaysia, Sesuai Untuk Berbulan Madu
Sumber: Google Review

Resort ini menyediakan pelbagai aktiviti dan kemudahan, termasuk kolam renang, spa, dan restoran yang menyajikan masakan tempatan dan antarabangsa.

Selain itu, terdapat juga pilihan penginapan lain seperti Rimba Resort yang menawarkan suasana yang lebih intim.

Penutup

Malaysia mempunyai pelbagai destinasi yang sesuai untuk bulan madu yang penuh dengan keindahan dan romantik. 

Selain berbulan madu, senarai tempat percutian menarik di Malaysia yang disenaraikan di atas juga sesuai untuk percutian seisi keluarga.

Akhir kata, rancang percutian anda dengan teliti dan pilih destinasi yang paling sesuai dengan citarasa dan keinginan anda untuk memastikan bulan madu anda benar-benar istimewa!

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut