15+ Tempat Menarik Di Selangor, Sesuai Untuk Trip Hujung Minggu!

15+ Tempat Menarik Di Selangor, Sesuai Untuk Trip Hujung Minggu!
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

15+ Tempat Menarik Di Selangor, Sesuai Untuk Trip Hujung Minggu!

Selangor adalah merupakan salah satu negeri yang berkembang pesat di Malaysia.

Ia bukan sahaja terkenal dengan pembangunannya tetapi juga dengan pelbagai tempat menarik yang menawarkan pengalaman yang berharga kepada setiap pengunjung. 

Sama ada anda peminat alam semulajadi, pemburu ‘selfie’ dan ‘instagrammable spots’, penjelajah budaya, atau pelancong yang mencari keseronokan, Selangor menjanjikan anda sebuah pengembaraan yang tidak dapat dilupakan. 

Mari kita terokai tempat menarik di Selangor untuk percutian bermakna anda!

BACA JUGA: Panduan Bercuti Ke Semporna: Tempat Menarik, Aktiviti yang Sesuai Dilakukan & Tips Penting!

15+ Tempat Menarik Di Selangor

1. Sunway Lagoon

Sunway Lagoon merupakan taman tema yang cukup terkenal dan juga terbesar di Malaysia. Anda wajib peruntukkan masa sehari berada di sini untuk mencuba semua tarikan yang ada. 

Ia menawarkan pelbagai tarikan menarik seperti rollercoaster, gelongsor air gergasi, pantai buatan, zoo mini dan banyak lagi. 

Terdapat enam zon utama dengan tarikan uniknya sendiri iaitu Water Park, Amusement Park, Wildlife Park, Extreme Park, Scream Park, Nickelodeon Lost Lagoon. 

Taman tema yang terletak di Bandar Sunway Selangor ini sesuai untuk dikunjungi oleh semua peringkat umur. 

15+ Tempat Menarik Di Selangor, Sesuai Untuk Trip Hujung Minggu!
Sumber: Sunway Lagoon
15+ Tempat Menarik Di Selangor, Sesuai Untuk Trip Hujung Minggu!
Sumber: Sunway Lagoon

Tempah tiket masuk melalui KLOOK untuk dapatkan harga istimewa. Anda boleh taip: “Sunway Lagoon Ticket”.

Klook.com

2. Batu Caves

Terletak di Gombak, Batu Caves adalah sebuah kompleks gua batu kapur yang bukan sahaja menjadi tempat ibadah penting bagi penganut Hindu, tetapi juga destinasi pelancongan yang popular di Malaysia. 

Dengan keunikan dan sejarahnya, Batu Caves seringkali menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara. 

Ia sangat mudah diakses kerana lokasinya yang berdekatan dengan Kuala Lumpur, lebih kurang 13 kilometer sahaja dari Kuala Lumpur. 

Pendakian tangga berwarna-warni yang terdiri daripada 272 anak tangga akan membawa pengunjung ke Gua Kuil yang mengagumkan. 

Gua-gua di sini dianggarkan telah berusia kira-kira 400 juta tahun!

Gabungan unik antara formasi gua semula jadi yang menakjubkan dan seni bina Hindu yang berwarna-warni, Batu Caves adalah satu tempat menarik yang wajib dilawati di Selangor.

3. Sky Mirror Kuala Selangor

Sky Mirror adalah merupakan sebuah fenomena alam yang menakjubkan dan unik yang terjadi di pantai Kuala Selangor. 

Terletak kira-kira 1.74 batu nautika dari pantai perkampungan nelayan Jeram, Sky Mirror adalah dataran pasir yang muncul di tengah Selat Melaka pada waktu air surut tertentu.

Selalunya, ia tenggelam di bawah laut, yang menjadikannya tidak dipetakan di peta dunia.

Fenomena ini hanya boleh dilihat pada tarikh-tarikh khusus mengikut kalendar lunar Cina, iaitu pada hari ke-1, 2, 14, 15, 16 dan 30 setiap bulan, biasanya pada awal pagi selama 3-4 jam sahaja. 

Ketika air surut, dataran pasir yang cetek ini bertindak seperti cermin gergasi yang memantulkan langit, mewujudkan pemandangan yang memukau dan peluang fotografi yang luar biasa.

Lawatan ke Sky Mirror hanya boleh dibuat melalui bot, dengan perjalanan mengambil masa kira-kira 30 minit dari daratan. 

Selain menikmati pemandangan cermin langit, pengunjung juga berpeluang melihat pelbagai hidupan marin seperti ketam hermit dan kerang di kawasan ini. 

Waktu terbaik untuk lawatan biasanya antara 10 pagi hingga tengah hari, bergantung kepada jadual air surut. 

Sky Mirror telah menjadi salah satu destinasi fotografi popular di Selangor dan sering dibandingkan dengan Salar de Uyuni di Bolivia kerana pemandangannya yang serupa. 

Untuk pengalaman terbaik, pastikan anda membuat tempahan awal dengan agensi pelancongan yang sah.

4. Bukit Melawati

Alang-alang dah berada di Kuala Selangor, anda boleh singgah juga ke Bukit Melawati. 

Bukit Melawati adalah sebuah destinasi bersejarah yang memukau di Kuala Selangor, menawarkan pengalaman unik yang menggabungkan warisan, alam semulajadi dan pemandangan menakjubkan. 

Terdapat pelbagai jenis peninggalan sejarah yang anda boleh lihat di sini. Antaranya ialah, meriam-meriam purba, tembok pelindung kubu, tanah istana, telaga tujuh, batu rata yang digunakan untuk memenggal kepala pesalah, tangga 100 anak tangga, perigi beracun dan makam diraja yang menjadi saksi bisu kepada zaman kegemilangan Kesultanan Selangor. 

Salah satu tarikan utama Bukit Melawati adalah Rumah Api Kuala Selangor yang masih berfungsi. 

Ia bukan sahaja mempunyai nilai sejarah tetapi juga menawarkan pemandangan matahari terbenam yang mengagumkan. 

Bukit Melawati juga menempatkan Monyet Berdaun Perak (Silver-Leafed Monkeys) dan Monyet Ekor Panjang. 

Anda boleh membeli kacang tanah daripada penjual di sekitar kawasan di Bukit Melawati dan memberi makan monyet. 

Sumber: Facebook Love Kuala Selangor

Walaubagaimanapun, pengunjung dinasihatkan supaya berhati-hati terutamanya semasa memberi makan monyet.

Bukit Melawati menyimpan pelbagai kisah menarik, sejarah dan misteri. Ini menyebabkannya menjadi daya tarikan kepada pengunjung tempatan mahupun dari luar negara. 

5. Taman Alam Kuala Selangor

Taman Alam Kuala Selangor merupakan salah satu destinasi eko pelancongan yang menarik di Selangor. 

Ia terletak berhampiran dengan Bukit Melawati dan menawarkan pengalaman unik untuk pengunjung menghayati keindahan alam semulajadi dan mempelajari tentang ekosistem paya bakau.

Pengunjung boleh meneroka kawasan ini melalui laluan pejalan kaki yang dibina di atas air untuk melihat pelbagai spesies flora dan fauna yang mendiami kawasan paya bakau dari dekat. 

Bagi peminat burung, terdapat menara pemerhati khas yang disediakan untuk aktiviti memerhati burung.

Selain itu, pengunjung juga boleh menikmati aktiviti bot untuk meneroka kawasan sungai dan melihat kelip-kelip pada waktu malam.

6. Kuala Selangor Firefly Park

Kuala Selangor terkenal dengan koloni kelip-kelip yang mendiami pokok-pokok bakau di sepanjang Sungai Selangor. 

Pengunjung boleh menikmati pemandangan menakjubkan ribuan kelip-kelip yang berkelipan seperti lampu krismas pada waktu malam. Cantik sangat!

15+ Tempat Menarik Di Selangor, Sesuai Untuk Trip Hujung Minggu!
Sumber: Selangor Travel

Lawatan ke taman kelip-kelip ini biasanya melibatkan perjalanan bot selama 30-45 minit. 

Selain melihat kelip-kelip, pengunjung juga boleh menikmati hidangan makanan laut segar di restoran-restoran berdekatan.

Terdapat tiga pilihan resort yang anda boleh tempah untuk menyaksikan keindahan kelip-kelip pada waktu malam, iaitu: Kampung Kuantan Fireflies Park, Firefly Park Resort Bukit Belimbing dan Pasir Penambang. 

Anda boleh pilih pakej pengembaraan yang ditawarkan mengikut bajet dan kesesuaian anda melalui laman web KLOOK di bawah.

Taip, Kuala Selangor Firefly Park dan pilih pakej yang anda inginkan.

Klook.com

7. Muzium Sejarah Kuala Selangor

Bagi pencinta sejarah, anda juga boleh kunjungi Muzium Sejarah Kuala Selangor yang juga terletak di Bukit Melawati. 

Muzium ini menawarkan pandangan mendalam tentang sejarah kawasan Kuala Selangor, dari zaman pra-sejarah hingga ke zaman kolonial dan moden.

Pameran di muzium ini berkonsepkan ‘mesra pengguna’ dan menyediakan tujuh seksyen yang menerangkan secara kronologi Sejarah Daerah Kuala Selangor. 

Dengan teknik pameran yang interaktif, penggunaan info kiosk, diorama dan audio visual, ia dapat membantu para pengunjung untuk memahami pameran di muzium ini dengan lebih mudah dan berkesan. 

8. Sekinchan

Di Selangor juga terdapat sebuah kampung yang terkenal dengan sawah padinya yang luas dan indah, iaitu Sekinchan. 

Sekinchan telah menjadi destinasi popular untuk pelancong tempatan yang ingin melarikan diri dari kesibukan bandar dan menikmati suasana desa yang tenang serta pemandangan alam semula jadi yang indah. Ia terletak di daerah Sabak Bernam, Selangor. 

Pemandangan sawah padi yang menghijau (atau keemasan semasa musim menuai) menjadikan Sekinchan destinasi popular untuk pelancong tempatan dan luar negara, terutamanya bagi penggemar fotografi. 

Selain sawah padi, pengunjung juga boleh melawat kilang pemprosesan padi, membeli hasil pertanian segar dan menikmati makanan laut di restoran-restoran tempatan. Bukan itu sahaja, pengunjung juga boleh melawat Kampung Nelayan Bagan dan menikmati makanan laut segar. 

Waktu terbaik untuk melawat adalah semasa musim menanam (Mac-Mei) atau musim menuai (September-November).

9. Taman Botani Negara Shah Alam

Untuk meluangkan masa melakukan aktiviti riadah dan rekreasi santai bersama keluarga, anda boleh berkunjung ke Taman Botani Negara Shah Alam. Ia terletak di Shah Alam, Selangor.

Taman ini merupakan taman botani terbesar di Malaysia Ia menempatkan lebih 15,000 spesies tumbuhan tempatan dan eksotik dalam kawasan seluas 817 hektar.

Pengunjung boleh menikmati pelbagai aktiviti seperti berjalan kaki, berbasikal, memancing, berkhemah, memanah, mendaki serta melihat rumah tradisional dari pelbagai negeri di Malaysia.

Selain itu, di taman ini terdapat juga rumah tropika, taman orkid, taman herba dan banyak lagi. 

10. Restoran JIBRIL

Dah penat berjalan-jalan, tiba masa untuk makan pula. Restoran JIBRIL adalah salah satu tempat makan yang unik untuk anda kunjungi bagi merasai pengalaman luar biasa.

Pernah tular baru-baru ini, Restoran JIBRIL seolah-olah ‘tersembunyi’ di sebalik ‘rak buku’ atau ‘dinding batu’ hingga ada yang tak jumpa pintu masuk.

Selain ‘pintu rahsia’, teknik pencahayaan yang gelap dan romantik di dalam restoran ini juga memberi satu kelainan buat pengunjung.

Dari segi makanannya pula, restoran ini terkenal dengan signature makanan yang berasaskan ‘butter’ dan ‘mocktails’ rekaan sendiri. Hidangan di sini semestinya tersendiri dan eksklusif kerana mereka menghasilkan pelbagai menu fusion yang menggabungkan elemen Melayu, Cina dan India. Antara yang popular termasuklah Salted Egg Butter Chicken, Butter Chicken Pizza, Nasi Lemak Butter, Spicy Aglio Oglio Salmon, Assam Thai Butter Clam, Wild Mushroom Soup dan Salted Egg Croissant.

Selain itu, ada juga Asam Pedas Daging Tetel, Rendang Daging Tetel, Orange Butter Chicken dan Butter Chicken Masak Merah.

Jangan risau, walaupun dekorasi dan menu makanan ala-ala mewah, namun harga yang ditawarkan amat berpatutan. (Tak percaya, tengok senarai MENU & HARGA di SINI).

P/S: Untuk makluman, Restoran JIBRIL ini milik Melayu Muslim & disahkan halal oleh JAKIM. Tak perlu was-was nak pilih menu makanan dan minuman ‘mocktail’ yang tersedia di sini.

@jibrilgroup

Salted egg croissant antara dessert paling famous dekat Jibril jangan lupa cuba bila korang datang Jibril ok 👌 #Jibril #SS15 #Butterchicken #SubangJaya #Foodie

♬ Soft and gentle jazz lounge bossa nova(1397330) – Pianon Room

Restoran JIBRIL ada 3 cawangan untuk dine-in di Selangor iaitu di Bangi, Seksyen 3 dan SS15. Selain Selangor, terdapat 1 cawangan di Publika KL dan 1 cawangan lagi di Johor Bahru. 1 lagi cawangan di Setapak juga dijangka akan mula beroperasi pada Januari 2025 nanti.

Selain itu, ada satu lagi outlet Kelana Jaya iaitu JIBRIL Culinary Lab, yang hanya menyediakan perkhidmatan penghantaran dan bawa pulang. Bagi yang tak sempat singgah, bolehlah order online!

Sila ke laman web ini untuk dapatkan lokasi restoran mereka : https://jibrilss15.com/

  • Waktu operasi :
    • Semua outlet : Setiap hari, 12PM – 12AM (last order 11.30PM)
    • Culinary Lab (Kelana Jaya) : Isnin – Sabtu, 10AM – 10PM (last order 9.30PM)

11. Selangor Fruit Valley

Dah kenyang makan yang berat-berat, jom cari pencuci mulut pula!

Selangor Fruit Valley adalah ladang buah-buahan yang terletak di Rawang. Ia menempatkan pelbagai jenis buah-buahan tempatan seperti durian, rambutan, mangga, jambu dan banyak lagi. 

15+ Tempat Menarik Di Selangor, Sesuai Untuk Trip Hujung Minggu!
Sumber: Selangor Fruit Valley

Pengunjung boleh menikmati lawatan berpandu untuk mengenali jenis-jenis buah tempatan, membeli buah-buahan segar dan menyertai aktiviti seperti memetik buah di ladang buah-buahan ini.

Bukan itu sahaja, terdapat juga taman rusa dan taman herba di kawasan ini. 

Sekiranya anda tidak pernah merasai pengalaman berada di ladang buah-buahan, Selangor fruit Valley adalah destinasi ideal untuk anda kunjungi bersama keluarga atau rakan-rakan. 

15+ Tempat Menarik Di Selangor, Sesuai Untuk Trip Hujung Minggu!
Sumber: Selangor Fruit Valley

12.  i-City Shah Alam

i-City Shah Alam ialah sebuah pembangunan bandar berasaskan ICT yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor. 

Tarikan utama di i-City ialah Taman Tema i-City yang mempunyai lima tema utama: City of Digital Lights, SnoWalk, WaterWorld, FunWorld, dan Itsy Bitsy. 

Di antara lima Taman Tema i-City tersebut, City of Digital Lights seringkali menjadi tarikan utama dengan lebih sejuta lampu LED yang menjadikannya penuh yang cahaya berwarna-warni pada waktu malam. Masuk adalah percuma. 

Sebagai pembangunan bandar berasaskan ICT, i-City beroperasi 24 jam sehari dan telah diiktiraf sebagai ‘Cybercentre’ oleh MSC Malaysia. 

13. Air Terjun Kanching

Air Terjun Kanching adalah destinasi popular untuk aktiviti berkelah dan mandi-manda. Ia terletak di Hutan Lipur Kanching, Rawang, Selangor. 

Untuk pengetahuan anda, air terjun ini terdiri daripada tujuh tingkat dan dikelilingi oleh hutan hujan tropika.

Pengunjung boleh mendaki ke tingkat yang lebih tinggi untuk menikmati pemandangan yang lebih indah dan kolam air yang lebih tenang. Udaranya memang sangat menyegarkan!

Selain itu, terdapat juga kemudahan BBQ dan tempat berkhemah di kawasan ini. Memang sesuai sangat untuk aktiviti bersama keluarga mahupun rakan-rakan. 

14. Litar Antarabangsa Sepang

Jangan lepaskan peluang untuk meluangkan masa berkunjung ke Litar Antarabangsa Sepang yang terletak di di Sepang, Selangor. 

Ia adalah litar perlumbaan bertaraf dunia yang pernah menjadi tuan rumah kepada perlumbaan Formula 1 Malaysia Grand Prix.

Walaupun F1 tidak lagi diadakan di sini, litar ini masih menjadi lokasi untuk pelbagai acara motorsport antarabangsa dan tempatan yang menarik. 

Selain menonton acara yang dipertandingkan, pengunjung boleh menyertai lawatan berpandu ke litar atau mengambil bahagian dalam aktiviti memandu di litar.

Di sini juga terdapat juga muzium motorsport yang memaparkan sejarah perlumbaan di Malaysia.

15. Kuala Kubu Bharu

Kuala Kubu Bharu, atau lebih dikenali sebagai KKB, merupakan sebuah permata tersembunyi di Selangor yang menawarkan pengalaman unik kepada pengunjungnya. 

Terletak kira-kira 60 kilometer ke utara Kuala Lumpur, bandar bersejarah ini mempunyai kisah menarik di sebalik kewujudannya. 

Dikelilingi oleh keindahan alam semula jadi Banjaran Titiwangsa, KKB menjadi pintu masuk ke destinasi popular seperti Bukit Fraser.

Penggemar aktiviti luar pasti akan teruja dengan pelbagai pilihan yang ditawarkan di sini. 

Anda boleh mendaki Bukit Kutu yang mencabar, meneroka Air Terjun Sungai Chilling yang menakjubkan, atau mencuba aktiviti menarik seperti paragliding dan white water rafting

Bagi yang mencari pengalaman lebih santai, KKB juga menawarkan peluang menikmati pemandangan bintang di Empangan Selangor atau menjelajah seni jalanan dan bangunan warisan di bandar.

KKB bukan sahaja kaya dengan aktiviti, tetapi juga dengan sejarah dan budaya. Bandar ini memiliki banyak bangunan pra-perang yang memamerkan reka bentuk seni bina zaman tersebut.

Contohnya seperti Menara Jam Peringatan King George VI dan balai bomba lama yang kini berfungsi sebagai pusat informasi pelancongan. 

Pengiktirafan KKB sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO di bawah kategori Bandar Taman Warisan membuktikan nilai sejarah dan budayanya yang tinggi. 

Dengan gabungan unik antara sejarah, alam semula jadi, dan petualangan, Kuala Kubu Bharu menawarkan pengalaman yang tidak dapat dilupakan bagi pelancong yang ingin meneroka lebih jauh daripada kesibukan ibu kota. 

16. Pulau Ketam

Pulau Ketam adalah sebuah permata tersembunyi di perairan Selangor. Ia menawarkan pengalaman unik yang menggabungkan sejarah, budaya, dan kelazatan makanan laut yang jarang ditemui di tempat lain di Malaysia.

15+ Tempat Menarik Di Selangor, Sesuai Untuk Trip Hujung Minggu!
Sumber: Pulau Ketam

Ia merupakan pulau nelayan yang terletak berhampiran Pelabuhan Klang dan terkenal dengan perkampungan terapung serta budaya masyarakat Cina. 

Pengunjung boleh sampai ke pulau ini dengan menaiki feri dari Jeti Pelabuhan Klang, dengan perjalanan mengambil masa sekitar 45 minit.

Keunikan Pulau Ketam terletak pada struktur perkampungannya yang seluruhnya dibina di atas air. Rumah-rumah, kedai-kedai, dan jalan-jalan semuanya didirikan di atas tiang-tiang kayu. 

Tiada kenderaan bermotor di pulau ini; sebaliknya, penduduk dan pelancong bergerak menggunakan basikal atau berjalan kaki di atas jalan-jalan kayu yang menghubungkan seluruh pulau. 

15+ Tempat Menarik Di Selangor, Sesuai Untuk Trip Hujung Minggu!
Sumber: Pulau Ketam

Sumber: Trip Advisor

Ini bukan sahaja mengekalkan suasana tenang dan tradisional, tetapi juga menawarkan cara yang menyeronokkan untuk menjelajah pulau.

Pulau Ketam terkenal dengan hidangan makanan lautnya yang segar dan lazat, terutamanya ketam yang menjadi kegemaran ramai.

Pengunjung boleh menikmati pelbagai hidangan makanan laut di restoran-restoran tempatan, sambil menyaksikan aktiviti nelayan yang masih menggunakan kaedah tradisional. 

15+ Tempat Menarik Di Selangor, Sesuai Untuk Trip Hujung Minggu!
Sumber: Pulau Ketam

Selain itu, pulau ini juga menawarkan pelbagai aktiviti menarik seperti melawat kuil-kuil Cina tradisional, menjelajah kilang kicap tempatan, dan menikmati pemandangan matahari terbenam yang memukau.

Walaupun Pulau Ketam boleh dilawati sepanjang tahun, masa terbaik untuk berkunjung adalah antara Mac hingga Oktober ketika cuaca lebih baik.

Pulau Ketam bukan sekadar destinasi pelancongan, ia adalah pintu masuk ke cara hidup yang unik, menawarkan pelarian yang menyegarkan daripada kesibukan kehidupan bandar dan peluang untuk merasai keajaiban budaya nelayan Malaysia yang autentik.

17.  Taman Tasik Shah Alam

Satu lagi tempat menarik untuk beriadah semestinya Taman Tasik Shah Alam, antara taman bandar terbesar di Selangor. Taman ini menawarkan pelbagai kemudahan rekreasi seperti paddle boat, trek jogging dan juga kawasan permainan kanak-kanak. 

Taman ini bukan sekadar ruang hijau biasa, tetapi merupakan destinasi rekreasi yang menawarkan pelbagai pengalaman menarik untuk pengunjung dari semua peringkat umur.

15+ Tempat Menarik Di Selangor, Sesuai Untuk Trip Hujung Minggu!
Sumber: pandupelancong.com 

Pengunjung boleh menikmati pemandangan memukau sambil bersantai di tepi tasik atau menyewa paddle boat untuk meneroka keindahan tasik dari sudut yang berbeza. 

Bayangkan diri anda mengayuh perlahan-lahan di atas air yang tenang, dikelilingi oleh kehijauan yang menyegarkan. Fuh, pasti sangat menenangkan jiwa dan minda.

15+ Tempat Menarik Di Selangor, Sesuai Untuk Trip Hujung Minggu!
Sumber: pandupelancong.com 

Sumber: pandupelancong.com 

Kawasan lapangnya yang luas membolehkan pengunjung memilih tempat yang sesuai untuk berkelah atau sekadar bersantai menikmati alam semula jadi.

Taman ini sering menjadi lokasi pelbagai acara dan aktiviti komuniti, dari kelas senaman berkumpulan hingga ke pameran seni dan persembahan budaya. 

Ini menjadikan Taman Tasik Shah Alam bukan sekadar taman biasa, tetapi pusat kehidupan komuniti yang dinamik.

18. Zoo Negara

Tak sah cuti sekolah kalau tak bawa anak ke Zoo Negara. Salah satu tempat menarik di Selangor ini terletak di Ulu Klang, Selangor dan adalah rumah kepada lebih daripada 5,000 haiwan dari pelbagai spesies. 

Di zoo ini, pengunjung berpeluang melihat pelbagai haiwan eksotik seperti harimau Malaya, gajah Asia, orang utan, dan banyak lagi dalam persekitaran yang menyerupai habitat semula jadi mereka.

Selain itu, zoo ini juga menawarkan pelbagai aktiviti menarik seperti persembahan haiwan, sesi memberi makan haiwan, dan program pendidikan yang bertujuan meningkatkan kesedaran tentang pemuliharaan hidupan liar.

Lawatan ke Zoo Negara bukan sahaja menyeronokkan, tetapi juga memberi peluang kepada pengunjung untuk menyumbang kepada usaha pemuliharaan haiwan dan alam sekitar.

19. Laman Seni 7

Satu lagi tempat menarik di Selangor yang mungkin tak ramai tahu, Laman Seni 7 adalah sebuah projek seni jalanan yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam.

Ia merupakan salah satu inisiatif kreatif yang bertujuan untuk menghidupkan semula kawasan bandar melalui seni visual.

Kawasan ini telah menjadi tarikan pelancong yang popular untuk mereka yang ingin mengambil gambar dengan latar belakang seni yang unik.

Sumber: Visit Selangor

Penutup

Selangor sememangnya kaya dengan pelbagai tarikan pelancongan yang menarik. Sama ada anda ingin menikmati keindahan alam, menerokai sejarah dan budaya, atau sekadar berhibur bersama keluarga, Selangor mempunyai banyak tarikan untuk diterokai.

Sediakan kamera anda dan bersiap sedia untuk meneroka keindahan dan keunikan Selangor! Jom masukkan tempat menarik di Selangor ni dalam bucket list anda!

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut