Walaupun dikenali sebagai negeri terkecil di Malaysia, Perlis menawarkan pelbagai tarikan menarik termasuklah tempat makan yang menyediakan makanan tempatan yang menyelerakan.
Sama ada anda penggemar makanan tradisional, masakan Thai atau sekadar mencari tempat santai untuk minum pagi, Perlis ada semuanya!
Jom kita terokai beberapa tempat makan popular di Perlis yang wajib anda singgah!
BACA JUGA: 20+ Tempat Menarik di Perlis 2025 – Destinasi Mesra Poket!
10+ Tempat Makan Popular di Perlis
1. Warung Teratak Bonda
- Alamat: 30, Persiaran Jubli Emas, Arau, 02600 Arau, Perlis.
- Waktu Operasi: Sabtu – Khamis (7 pagi-12 t/hari), Tutup pada hari Jumaat
Warung Teratak Bonda adalah salah satu tempat makan popular di Perlis terutamanya untuk sarapan pagi.
Warung ini menyediakan pelbagai menu sarapan seperti nasi lemak, roti, ketan, kuih-muih tradisional dam macam-macam. Semuanya dijual dengan harga yang berpatutan dan mesra poket!
Dengan suasana santai di tepi sawah, layanan mesra, serta ruang parkir yang luas, ia menjadi pilihan ramai penduduk tempatan serta orang luar yang berkunjung ke Perlis.
2. Warung Ali Kopi Kechor
- Alamat: No. 65, Kampung Kechor Behor Ampang, 01000 Kangar, Perlis.
- Waktu Operasi: Selasa – Ahad (7 pagi – 8 malam), Tutup pada hari Isnin
Warung Ali Kopi Kechor adalah juga antara tempat makan di Perlis yang cukup terkenal dalam kalangan penduduk luar dan juga pengunjung luar.
Warung ini menawarkan suasana kampung yang santai serta hidangan sarapan pagi yang ringkas tetapi padu. Perjalanan ke warung ini menawarkan pemandangan indah sawah padi terutama pada waktu pagi.
Menu popular di sini termasuk kopi tempatan (panas atau sejuk), nasi lemak, roti jala, pulut udang, kuey teow (dengan ‘wok hei’ ala Penang), sarang burung (roti canai dengan telur dan daging), lontong dan beberapa lagi menu lain.
Suasana warung ini memang meriah dengan kehadiran pelanggan yang tidak putus-putus untuk menikmati sarapan atau makan tengah hari dalam suasana kampung yang tenang.
3. Kak Su Laksa
- Alamat: 97, Lorong Siakap 1, Jalan Kuala Perlis, 02000 Kuala Perlis, Perlis
- Waktu Operasi: Rabu – Isnin (12:00 pm – 07:30 pm), Tutup pada hari Selasa
Bagi peminat laksa, anda wajib singgah di restoran Kak Su Laksa yang terletak di Kuala Perlis ini. Restoran ni memang terkenal dengan laksa beras asli Perlis yang mempunyai kuah pekat, rasa ikan segar dan dihidangkan bersama pulut udang atau pulut mangga.
Harga laksa di sini sekitar RM5–RM10 untuk satu porsi. Suasana restoran pula santai dan mesra. Jadi memang sesuai untuk makan bersama keluarga. Selain laksa, ada juga beberapa menu lain turut dijual di sini.
4. Umar Seafood & Grill
- Alamat: No.Pt 5969, Kampung Batu Tandiap, Seberang Ramai, 02000 Kuala Perlis, Perlis
- Waktu Operasi: Buka setiap hari (05:00 pm – 11:00 pm)
Satu lagi tempat makan popular di Perlis yang menawarkan hidangan makanan laut ialah Umar Seafood & Grill.
Restoran ini menghidangkan makanan laut yang segar dan pelbagai pilihan menu. Antara menu istimewa di sini ialah mentarang (kerang mulut itik), belangkas (horseshoe crab), sotong goreng tepung dan sebagainya.
Umar Seafood & Grill mudah diakses dan ada banyak tempat parkir. Waktu malam, kawasan restoran ni jadi meriah dengan cahaya lampu yang cozy dan muzik latar yang tenang. Memang sesuai untuk dinner chill-chill sambil layan makanan laut fresh!
5. Warung Harumanis
- Alamat: Kampung Hutan Temin, Kampung Mata Ayer, 02500, Perlis
- Waktu Operasi: Buka setiap hari (07:30 am – 05:30 pm)
Perlis dan buah Harumanis memang tidak dapat dipisahkan. Kalau datang ke Perlis, anda kena singgah di Warung Harumanis ini terutama semasa musim Harumanis.
Warung ini sangat terkenal dengan menu berasaskan buah Harumanis. Ada pulut Harumanis, jus Harumanis, cendol Harumanis, ketupat Harumanis dan sebagainya.
Selain itu, warung ini juga menyediakan menu lain seperti nasi lemak, mi kuah tulang/daging serta kuey teow dan macam-macam lagi.
Pengunjung juga boleh membeli buah Harumanis segar terus dari ladang di sini. Jangan lupa singgah okay!
6. Nipah Klasik
- Alamat: 5579, Kampung Bunga Emas, 02700 Simpang Ampat, Perlis.
- Waktu Operasi: Khamis – Selasa (11 pagi – 06:30 petang), Tutup pada hari Rabu
Seterusnya, tempat makan di Perlis yang anda kena cub ialah Restoran Nipah Klasik. Restoran ini menawarkan pengalaman makan di tengah hutan nipah dengan suasana semula jadi sangat tenang.
Restoran ini terkenal dengan hidangan seperti Char Kuey Teow, Nasi Goreng, mee udang special, dan pelbagai makanan tempatan lain. Harganya pun berpatutan.
Minuman popular di sini pula semestinya air nira nipah yang menyegarkan. Kalau minum waktu cuaca panas, memang nikmat!
Selain makan, pengunjung boleh menikmati aktiviti mendayung sampan di kawasan nipah. Restoran ini sangat mesra keluarga, ada tempat parkir yang luas, akses kerusi roda pun ada.
7. Arau Kopi Perlis
- Alamat: Jalan Chin Ali, Kubang Gajah, Arau, Perlis.
- Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat (7:30 am – 12 pm)
Arau Kopi Perlis terkenal dengan menu autentik Perlis dan suasana yang selesa dengan vibe tepi sawah.
Ia merupakan salah satu tempat makan di Perlis yang popular untuk sarapan pagi atau minum petang. Di sini juga ada pelbagai jenis minuman kopi dan teh.
Namun, jalan masuk ke Arau Kopi agak sempit dan tempat parking agak terhad, jadi pengunjung dinasihatkan bersabar ketika mencari tempat letak kereta.
8. Dusun Nakawan
- Alamat: Dusun Nakawan, Perlis (rujuk signboard dari jalan utama, lokasi betul-betul dalam kawasan dusun/hutan di sekitar Banjaran Nakawan).
- Waktu Operasi: Jumaat – Selasa (7 pagi – 12 tengah hari), Tutup: Rabu & Khamis
Dusun Nakawan menawarkan suasana sarapan pagi yang tenang di tengah alam semula jadi. Lokasinya terletak di atas bukit dan jalan masuk ke sana perlu meredah hutan sejauh lebih kurang 1.5 km.
Tempatnya luas, selesa dan sangat sesuai untuk mereka yang ingin menikmati makanan sambil menghirup udara segar hutan.
Selain itu, Dusun Nakawan juga menyediakan kemudahan berkhemah untuk pengunjung yang ingin bermalam di kawasan dusun.
9. Restoran Anjung Keli
- Alamat: No. 550, Jalan Padang Behor, Kampung Padang Behor, Kangar, Perlis
- Waktu Operasi: Setiap hari, 9:30 pagi – 4:30 petang
Seperti namanya, restoran ini terkenal dengan menu berasaskan ikan keli. Salah satu menu istimewa di sini ialah ikan keli goreng yang rangup dan sambal.
Selain ikan keli, restoran ini juga menawarkan pelbagai hidangan tradisional Melayu termasuk rendang, nasi lemak, ikan bakar, kerabu, dan ulam-ulaman.
Konsep bufet dengan pelbagai pilihan lauk pauk dan sambal membuatkan pengunjung boleh menikmati selera kampung yang asli dengan harga berpatutan.
10. Restoran Kuali Hangat
- Alamat: No 69, Jalan Kampung Padang Behor, 01000 Kangar, Perlis
- Waktu Operasi: Isnin-Jumaat (9 pagi – 5 petang) Sabtu tutup, Ahad (9 pagi – 5 petang)
Restoran Kuali Hangat satu lagi tempat makan di di Perlis yang popular. Ia terletak berdekatan sahaja dengan Restoran Anjung Keli.
Tempat makan ini menawarkan suasana yang selesa dan mesra keluarga dengan pelbagai pilihan lauk-pauk tradisional Melayu yang sedap dan harga berpatutan.
11. Dusun Riffaa
- Alamat: Changlun, Kedah (sekitar 30 minit dari Arau, Perlis)
- Waktu Operasi: Setiap hari (10 pagi – 7 malam)
Dusun Riffaa menyajikan makanan ala Thai yang autentik dan pelbagai pilihan menu seperti Miang Pla, Miang Kham, ikan bakar kemaman dan minuman tradisional seperti air nira nipah.
Restoran ini dikelilingi alam semula jadi yang hijau dan tenang, sesuai untuk mereka yang ingin lari dari kesibukan bandar dan menikmati makanan dengan vibe kampung dan hutan.
Selain makanan, Dusun Riffaa juga menawarkan aktiviti menarik seperti ATV. Menarikkan?
12. Restoran Sarang Burung
- Alamat: Km 5, Jalan Kaki Bukit, Kampung Batu Dua, 01000 Kangar, Perlis
- Waktu Operasi: Ahad hingga Jumaat (9 pagi – 6 petang)
Restoran Sarang Burung bukan sahaja terkenal dengan menu roti canai sarang burung, tetapi juga menawarkan pelbagai hidangan Melayu tradisional lain seperti nasi lemak, mee rebus, laksa Perlis dan kuih-muih tempatan.
Restoran ini sesuai untuk sarapan pagi atau makan tengah hari. Lokasinya juga mudah diakses.
13. Warung Tepi Sawah 2769
- Alamat: Kg Bohor Janggus, 01000 Kangar, Perlis, Malaysia
- Waktu Operasi: Selasa – Ahad (7 pagi- 12 tengahari), Tutup pada hari Isnin
Warung Tepi Sawah 2769 adalah salah satu port kegemaran ramai untuk sarapan pagi. Keistimewaan utama warung ini ialah suasana kampung yang asli dengan pemandangan sawah padi yang menenangkan.
Ada macam-macam menu sarapan di sini, contohnya pulut ikan kering, sate, colek, cucur, pasembur, mi rebus, wafel dan aneka masakan goreng. Harganya pun sangat berpatutan.
14. Dunia Yong Tau Foo Jalanan
- Alamat: Kampung Padang Behor, 01000 Kangar, Perlis, Malaysia
- Waktu Operasi: Selasa – Ahad (5 petang – 2 pagi)
Dunia Yong Tau Foo Jalanan juga salah satu tempat makan di Perlis yang anda kena singgah. Ia terkenal sebagai destinasi Yong Tau Foo paling popular di Perlis.
Restoran ini menawarkan Yong Tau Foo dengan kuah istimewa hasil buatan sendiri. Ini menjadikan rasa kuahnya unik dan berbeza daripada kebiasaan.
Selain Yong Tau Foo, anda juga boleh menikmati pencuci mulut seperti Air Batu Campur, Laicikang dan sebagainya.